CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

Malaysia? Boleh!! Malaysia? Boleh!! The Cup is ours!!

Ole ole ole ole~ ole~ ole~
Ole ole ole ole~ ole~ ole~
Ole ole ole ole~ ole~ ole~

Tepat jam 8.00pm jln raya kat KL dh sunyi. Aku dgn baby odw ke Wangsa Maju. Abg Azam and the gang dh lama ada kat NZ Curry House Wangsa Maju tu. Sampai2 je kat pintu masuk NZ org dh penuh. Sume berdiri. Parking mmg nangis la.. Huhu.. Nasib baik naik baby blurry je. Laju2 parking celah2 yang ada. Patut la diorg sume berdiri, lagu Negaraku rupanya. Giliran Indonesia nyanyi lagu negara diorg, umat manusia kat NZ tu boooo! Hehehe..

Tempat mmg dh fulled. Kitorg yg dtg agak ngam2 dgn time perlawanan kena berdiri jela. Nasib aku dgn baby berdiri plng dpn. Takde la kepala2 yg menghalang pandangan mata aku.

Yang aku leh ckp di sini ialah :

1. Semangat rakyat Malaysia mlm td mmg lain mcm. Dari mula lagu Negaraku dimainkan, sume bagi semangat yang tak berkurang sikit pun. Lagu Negaraku dimainkan sume berdiri tanda hormat. Skrin tunjuk muka coach Malaysia Rajagopal sume tepuk tangan tanda semangat. Tunjuk muka pemain2 Malaysia pun tepuk tangan. Lebih2 muka Khairul Fahmi Che Mat ( KFCM ). Ntah semangat apa teruja. Hehe..

2. Sepanjang perlawanan, rakyat Malaysia kat NZ tak henti2 tepuk tangan tanda sokongan. Bola out pun tepuk, dapat gelecek bola pun tepuk. Tapi bila bab KFCM dpt tangkap bola lagi la tepuk.

3. Ada sekumpulan lelaki buat tepuk sorak. Yang lain2 kt NZ walaupun saling tidak mengenali ikut sama join buat tepuk sorak. Ala, yang mcm bdk2 pengakap sekolah buat tu.

4. Ada bunyi2 trompet gak. Aku tak tau apa kah bendanya, yang aku tau diorg tiup pastu bunyi mcm trompet kuat giler. Tapi yang tukang tiup nafas kena kuat. Kalo semput nnt kuar bunyi mcm ngok. Haha.. Blkg telinga aku je mamat tu tiup. Mana dia dapat ntah. Sume tgk dia. Haha.. Takpe, ko nak tiup byk mana pun takpe. Demi Malaysia occay.

5. First goal dari Malaysia ms separuh masa kedua mmg buat rakyat Malasyia kat NZ menggila. Aku pasti seluruh rakyat Malaysia waktu tu jd gila. Stakat melompat tu biasa sgt. Tapi kalo smpai tahap naik atas kerusi NZ tu siap melompat2 aku risau gak. Kang patah kerusi tak pasal2 mamak NZ tu rugi sebab bola. Ms tu bendera Malaysia berkibar2. Dah tak nampak apa dah. Nampak bendera, tangan, dan manusia melompat2. Mcm halilintar membelah bumi (ayat skema) bila semua bersorak. Nasib baik takde adegan bercium bf gf. Kot2 terlebih excited.. Hahahaha

6. Dan sehingga tamat permainan, nyanyian ole ole ole ole~ ole~ ole~ dinyanyikan bersama oleh seluruh rakyat Malaysia di NZ.

Yang menariknya pada malam tadi :

1. Pekerja NZ ( india2 dari tanah india tu la ) start kutip duit dari meja ke meja masa separuh masa kedua. Yelah, buatnya diorg blk gitu je lepas abis game tak naya mamak tu? Kalo sorg punya harga air rm1, sume skali leh dpt rm1500 mlm td. Tapi mana ada air rm1. Kurang2 rm1.50. Mati kalo sume pakat2 blk mcm tu je. Ingat mamak2 dgn pekerja dia leh kejar ke.. Huhuhu tu lum kira yg makan.. Jadi ms pekerja NZ dok kutip duit dari meja ke meja telah menyebabkan pandangan rakyat Malaysia agak terganggu jadinya kena marah dan maki la pekerja2 NZ tu.. Kesian lak.. Hehe.. Tapi muka pekerja2 NZ mmg takde perasaan. Good job babeh! Haha

2. Dulu ms World Cup takde la segila itu rakyat Malaysia support game kat NZ tu. Serius dh mcm kat Stadium Bung Karno gamaknya mlm td. Semangat Harimau Malaya kan. Mengaum gitu. Grrrrrr!

Yang paling la nak nangis :

1. Esok cuti. PM dh annouced mlm td ( Najib declares Friday a holiday ). Baby lak bg msg kat aku kul 12.07am ( time tu aku dh mimpi g Indon dh ). Katanya Jumaat nie cuti umum. PM announce.. Bgn pg kul 5.20am rs bangga sesgt. Mcm aku lak yg jaga gawal gol Malaysia mlm td.

Ucapan saya buat semua :

1. Terima kasih rakyat Malaysia sebab semangat anda mlm td sgt luar biasa. Pastinya seluruh Malaysia mlm td gemuruh dgn sorak semangat Malaysia Boleh!

2. Kepada pemain2 Malaysia, terima kasih sebab menang mlm td. Secara tak langsung kami dpt cuti esok!

Red and white at stadium but blue wins it

Cries of 'Malaysia Boleh' echo throughout the country

The Cup is ours!!!!

maaf xde gambar. sbb sibuk sgt bersorak. lupa dh nak snap. gambar kat paper kan banyak. lebih kurang gitu la keadaan kat NZ tu ye.

No comments: