CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal 2010

Antara perkara yang aku buat di tahun 2010

1. Kerja dgn company kedekut tahan gaban. Tapi happy sebab org2 nya baik cuma kedekut.

2. Cari kerja sebab dh dpt segulung jenazah.

3. Sambut birthday bersama2 dgn baby utk kali yg ke-3
    13hb April ( dia )
    14hb April ( aku )

4. Dating / Lepaking dgn baby dgn lebih banyak dan kerap. Sebab masing2 dh abis bljr. Baru leh bercinta jarak dekat. Sebelum ni bercinta jarak jauh. Kedah ngan Terengganu. Ntah cane leh jmp ntah la.

5. Dapat keja bru.

6. Aktiviti sampingan aku sepanjang tahun ni ialah gaduh dgn baby, majuk dgn baby, lepak2 dgn baby, mkn, tido, g keja, blk keja.

Baru aku sedar, gila bosan idup aku sepanjang tahun ni. Cuma dihujung2 tahun 2010 ni la baru rasa idup aku bermakna.. Haha.. Yelah, bru la aku start menyimpan, byr PTPTN, tgk2 brg hantaran ( gila apa ntah, padahal takde orr lamar pun ). Baby pun dh pandai ckp psl kawen. Hahahaha.. Betul ke dia ckp psl kawen kat aku? Eh? Konfius pun ada. Haha.. Tapi yang best tahun ni tahun yang kurang gaduh, majuk2 dgn baby. Bak kata baby

dh matang2 ni baik la kita pk psl keja, ms dpn dr bergaduh je.. tak lama lg kita pun nak kawen dh..

oh so sweet~~ gila gedik aku kan? dulik apa.. Haha

Tahun depan taktau la cane lak. Harap2 lebih baik dari tahun ni. Tapi apa2 pun kita kena melangkah dgn tabah. Kalo jatuh bangun je. Jangan nangis. Lap2 sikit mana yang sakit pastu jln semula. Takyah tgk2 dh tmpt jatuh tu. Walaupun org kata 'tmpt jatuh lagi dikenang' skrg zaman moden. Takyah lah nak kenang2, nnt lmbt nk maju ke depan.

Ingat k, tahun dpn benda yang tak pasti. Kita rancang sebaik mungkin. Kita usaha yang terbaik. Jangan mengalah. Letak target. Jadi seorg yang positif walaupun ada kata2 busuk meracuni minda kita jd negatif.
Aku nak jd apa eh tahun dpn?

1. Nak jadi lebih baik
2. Nak jadi lebih sopan santun, berbudi bahasa, lemah lembut
3. Pandai masak
4. Jadi pekerja yang berdedikasi
5. Berat badan cecah 41kg
Siyes ni, aku tak main2. Pelik ke azam aku? Lantak lah. Dah kata blog aku kan. Azam aku suka ati lahh~
Azam yang no 2 tu aku tau la agak lawak kan.. Bia lah. Be positif occay! Kalo tak berjaya azam yang no 2 tu kira anggap jelah yang aku ni memang Rock Kapak ( gelaran baby bg kat aku sebelum kitorg kapel. masa ni still kwn lagi )

See you next year ( next week la tu )

Tata!

Happy New Year

aku celebrate tahun baru tanpa baby disisi. dia konvoi ke utara. i hate yu baby. tinggal i sensorg kat sini uwaaaaaaa!

Malaysia? Boleh!! Malaysia? Boleh!! The Cup is ours!!

Ole ole ole ole~ ole~ ole~
Ole ole ole ole~ ole~ ole~
Ole ole ole ole~ ole~ ole~

Tepat jam 8.00pm jln raya kat KL dh sunyi. Aku dgn baby odw ke Wangsa Maju. Abg Azam and the gang dh lama ada kat NZ Curry House Wangsa Maju tu. Sampai2 je kat pintu masuk NZ org dh penuh. Sume berdiri. Parking mmg nangis la.. Huhu.. Nasib baik naik baby blurry je. Laju2 parking celah2 yang ada. Patut la diorg sume berdiri, lagu Negaraku rupanya. Giliran Indonesia nyanyi lagu negara diorg, umat manusia kat NZ tu boooo! Hehehe..

Tempat mmg dh fulled. Kitorg yg dtg agak ngam2 dgn time perlawanan kena berdiri jela. Nasib aku dgn baby berdiri plng dpn. Takde la kepala2 yg menghalang pandangan mata aku.

Yang aku leh ckp di sini ialah :

1. Semangat rakyat Malaysia mlm td mmg lain mcm. Dari mula lagu Negaraku dimainkan, sume bagi semangat yang tak berkurang sikit pun. Lagu Negaraku dimainkan sume berdiri tanda hormat. Skrin tunjuk muka coach Malaysia Rajagopal sume tepuk tangan tanda semangat. Tunjuk muka pemain2 Malaysia pun tepuk tangan. Lebih2 muka Khairul Fahmi Che Mat ( KFCM ). Ntah semangat apa teruja. Hehe..

2. Sepanjang perlawanan, rakyat Malaysia kat NZ tak henti2 tepuk tangan tanda sokongan. Bola out pun tepuk, dapat gelecek bola pun tepuk. Tapi bila bab KFCM dpt tangkap bola lagi la tepuk.

3. Ada sekumpulan lelaki buat tepuk sorak. Yang lain2 kt NZ walaupun saling tidak mengenali ikut sama join buat tepuk sorak. Ala, yang mcm bdk2 pengakap sekolah buat tu.

4. Ada bunyi2 trompet gak. Aku tak tau apa kah bendanya, yang aku tau diorg tiup pastu bunyi mcm trompet kuat giler. Tapi yang tukang tiup nafas kena kuat. Kalo semput nnt kuar bunyi mcm ngok. Haha.. Blkg telinga aku je mamat tu tiup. Mana dia dapat ntah. Sume tgk dia. Haha.. Takpe, ko nak tiup byk mana pun takpe. Demi Malaysia occay.

5. First goal dari Malaysia ms separuh masa kedua mmg buat rakyat Malasyia kat NZ menggila. Aku pasti seluruh rakyat Malaysia waktu tu jd gila. Stakat melompat tu biasa sgt. Tapi kalo smpai tahap naik atas kerusi NZ tu siap melompat2 aku risau gak. Kang patah kerusi tak pasal2 mamak NZ tu rugi sebab bola. Ms tu bendera Malaysia berkibar2. Dah tak nampak apa dah. Nampak bendera, tangan, dan manusia melompat2. Mcm halilintar membelah bumi (ayat skema) bila semua bersorak. Nasib baik takde adegan bercium bf gf. Kot2 terlebih excited.. Hahahaha

6. Dan sehingga tamat permainan, nyanyian ole ole ole ole~ ole~ ole~ dinyanyikan bersama oleh seluruh rakyat Malaysia di NZ.

Yang menariknya pada malam tadi :

1. Pekerja NZ ( india2 dari tanah india tu la ) start kutip duit dari meja ke meja masa separuh masa kedua. Yelah, buatnya diorg blk gitu je lepas abis game tak naya mamak tu? Kalo sorg punya harga air rm1, sume skali leh dpt rm1500 mlm td. Tapi mana ada air rm1. Kurang2 rm1.50. Mati kalo sume pakat2 blk mcm tu je. Ingat mamak2 dgn pekerja dia leh kejar ke.. Huhuhu tu lum kira yg makan.. Jadi ms pekerja NZ dok kutip duit dari meja ke meja telah menyebabkan pandangan rakyat Malaysia agak terganggu jadinya kena marah dan maki la pekerja2 NZ tu.. Kesian lak.. Hehe.. Tapi muka pekerja2 NZ mmg takde perasaan. Good job babeh! Haha

2. Dulu ms World Cup takde la segila itu rakyat Malaysia support game kat NZ tu. Serius dh mcm kat Stadium Bung Karno gamaknya mlm td. Semangat Harimau Malaya kan. Mengaum gitu. Grrrrrr!

Yang paling la nak nangis :

1. Esok cuti. PM dh annouced mlm td ( Najib declares Friday a holiday ). Baby lak bg msg kat aku kul 12.07am ( time tu aku dh mimpi g Indon dh ). Katanya Jumaat nie cuti umum. PM announce.. Bgn pg kul 5.20am rs bangga sesgt. Mcm aku lak yg jaga gawal gol Malaysia mlm td.

Ucapan saya buat semua :

1. Terima kasih rakyat Malaysia sebab semangat anda mlm td sgt luar biasa. Pastinya seluruh Malaysia mlm td gemuruh dgn sorak semangat Malaysia Boleh!

2. Kepada pemain2 Malaysia, terima kasih sebab menang mlm td. Secara tak langsung kami dpt cuti esok!

Red and white at stadium but blue wins it

Cries of 'Malaysia Boleh' echo throughout the country

The Cup is ours!!!!

maaf xde gambar. sbb sibuk sgt bersorak. lupa dh nak snap. gambar kat paper kan banyak. lebih kurang gitu la keadaan kat NZ tu ye.

Tuesday, December 28, 2010

Hujan Manusia Di Kuala Lumpur

25 Desimber 2010 (Sabtu)

8.15 pagi - Dengar suara2 sumbang dlm bilik tido aku. Adik aku yang kecik (Miza) dok pilih2 jeans aku untuk disarungkan ke kaki dia. Lps 10min dia kejut aku.

Aku pinjam suar jeans ko yang ni leh tak?

Aku bukak mata, tgk jeans aku dh sarung pun kat kaki dia.

Pakai lah. Dalam hati dh agak dh. Dia takkan pilih suar aku yang bukan2. Dia pilih yang sopan2 je. Haha..

Lepas setengah jam aku dgr suara ibu aku lak.

Adik nak pakai baju ko yang ni, leh tak?

Aku bukak mata lagi, baju aku beli tapi tak pakai sebab nampak ketiak kata baby aku tuh. Dia tak suka aku pkai baju mcm tu. Jadi aku simpan je. Adik aku si Miza nak pakai dgn inner hitam. Amek terus pun takpe.

Sambung tido lagi.

9.30 pagi - Bangun bila rasa bilik aku sunyi. Adik aku si Leha tido lagi kat sebelah aku. Ni mesti ibu aku dengan Miza dh pun menuju je Jalan TAR. Yeahhh! Best diorg takde. Leh malas2 lagi. Belek2 handphone, pastu golek2 kejap dah start rasa bosan. Kejut minah sebelah aku ni suh dia bangun. Ayat kena manis kalo tak dia tak bangun

Jom g pasar, minum2. Malas sungguh nak buat sarapan kat rmh. Saya malas, saya OK! Hahaha (bengong).

Still tak bangun. Takde masa lah nak ayat manis2 nih. Aku kejut dia dgn cara paksa akhirnya dia bangun dengan terpaksa la jugak.

10.30 pagi - Decide nak g shopping.

12.30 pagi - Complete bersiap. Lama sungguh. Sarapan tikit sebelum gerak.



Leha tak bagi aku pakai mcm ni. Dia suh gak aku pakai suar. Menci. Aku tetap nak jugak.
Akhirnya tak berjaya. Kena pakai suar gak.



.
.
.
.
.
.
.
.


Sampai gak kat Times Square. Untuk kali ke brape puluh ntah. Blkg tu tempat arrival penumpang2 Monorail mcm kami ni ha.

Leha cakap : Kaki aku memang untuk dipijak.. Hahaha..
Ayat ni kuar dari mulut beliau sebab kaki dia asyik kena pijak masa dlm monorail. Nak buat cane. Monorail fulled. Sesak. Padat. Bila monorail tu amek kona (corner) sume impit ke tepi. Jadi nasib la kaki sape kena pijak, badan sape jd tempat sandar. KL la katakan. Mana tak padat. Nak sorg2 sila lah naik beca.

Jadi tumpuan pertama ialah pokok krismas. Sebab kat rmh kami takde pokok ni, jadi laju2 kami g kat pokok krismas yg ada kat tgh2 Times Square tu. Sume berebut nak g kat pokok krismas tu tau. Yelah, sume org takde pokok tu. Yang ada pokok mangga je kat laman rmh kan.



Buat2 pegang ornament tu. Tu nama saintifik dia. Nama panggilan harian aku bola gantung2 kat pokok krismas tuuu..


Leha, pic ko kat pokok krismas takyah la eh. Ni kan blog aku. Kalo ko nak pic ko banyak2 dlm blog sila buat blog sendiri ye. Terima kasih :)))




Aku paksa leha posing kat situ sebab nak pic mamat rambut merah kt blkg tu sebenarnya.



Time tgh sesak ni aku paksa gak Leha posing tgh2 kaki lima tu. Nak nmpk effect sesak la katakan.




Gila ramai kan. Pemandangan biasa kalo hari cuti umum. Kena lak ari minggu. Lagi la.. Dah tak nampak kedai. Nak window shopping mmg takleh. Bukan nmpk bju pun. Nampak org je. Yang mana sales girl ngan customers pun tak kenal dah. Serius!


Dah penat beli belah, Leha merungut nak duduk. Ishh, aku tak puas memilih dan memilah lagi dia mintak nak duduk lak. Mana ada bench kosong dah time2 sesak ni. Sume fulled dengan pakcik2, budak2 kecik dok melepak kat setiap bench yg ada kat kaki lima Times Square tu. Tunggu mak, bini, kakak, makcik shopping la katakan. Ada gak boyfren2 sesat duduk kat bench tggu aweks mereka shopping. Sebab tu aku kalo shopping takde makna la nak bw baby. Gila nyampah aku kalo tgk bf aku dok nganga2 tgu aku beli belah. Semak je aku rasa. Gangguan.

Jadi sebab Leha dh merungut ckp sakit pinggang ikut aku masuk sume kedai, jadi tumpuan kami beralih ke bhgn makanan pulak. Sume penuh. Takde langsung meja kosong. Secret Recipe fulled. Mary Brown fulled. Sushi King fulled. McD dan KFC lagi la, xyah ckp.



Posing je.



Ni pun posing je.


Subway dh msuk, tgh bc menu leh lak Leha tarik tgn aku kuar dari situ. Dia tunjuk menu nama Turkey Breast. Mengong. Dia takmo. Takkan la mkn breast si turkey tu kot. Kan? Nampak lak kedai makan nama Uncle Duck Leha bantai gelak. Hahaha.. Pakcik Itik sape lak ye.. Nampak Kenny's Roges. Line up punya lah panjang. Tak jadi. Penat pusing2, kaki dh mintak rehat aku paksa gak Leha msuk Kenny's Roges. G kat welcoming girl ( Nigeria kot) dia cakap

Chicken is not ready. You have to wait for half an hour.

Bincang2 dengan leha, decide gak mkn situ.

Table for two please.

You dont mind to wait for half an hour?

Its okay, i'll wait. ( aku nak duduk sesangat dh ni. tak kira. nak masuk gak )

Dapat duduk sangat lah lega.



Lama gila minah ni pilih menu. Dia nak sume. Ko keja sini jelah kalo nak sume ye.



waiting for our food. snap2 dulu. sengih2 sikit.



My Meal :  Quarter Meal
- 1/4 Ayam Roasted
- 3 side dishes (aku pilih BBQ Baked Beans, Coleslaw & Garden Pasta Salad)
- 1 Kenny’s Home-made Muffin ( perasa Banana)
Harga RM 15.90 sahaja






Leha's Meal : Chicken and Pasta Meal
- Beef Bolognaise Spaghetti
- Fresh Fruit Salad
- 1/4 Chicken Roasted ( black pepper ) 
Harga RM 18.90 sahaja




Leha's Drink : Manggo Juice saja.
Harga RM 5.90 sahaja.
Tu Home-made muffin td. Flavor Banana. Rasa mcm kek pisang.



My Drink : Four Seasons Fizzy ( aku pilih Autumn )
Harga RM 5.90 sahaja.










Bila dah kenyang....




Lama gila kitorg nak abiskan ayam2 tu. Huhuhu..
Occay, its time to go home!

Tetiba sebelum kuar dr Kenny gojes tu ayah aku msg suh beli CD kosong utk menge'burn'. Kenyang2 ni  kena g Low Yat  lak. Jadi di Low Yat aku pun telah terbeli la handphone SE Hazel (J20i).

Occay, enuf. Balik2.



Muka puas hati setelah menghabiskan duit yang ada ( mengong )



Tepi jalan. Nampak arrow tunjuk Plaza Low Yat? Situ la.. Haha



Odw g Monorail Jln Imbi.



Singgah jap semata2 nak posing kat pokok comel tu.



Blkg tu ialah bangunan Berjaya Times Square yang berjaya mengambil semua duit2 aku.



Kat eskelator Monorail Jln Imbi. Perlu ke? Lantaklah.

Occay, balik kena marah dgn ibu sebab byk sgt beli brg. Katanya nape tak simpan duit lah apa lah. Nak amek hati bg dia jgn bebel2 dgn lebih lanjut, aku ajak fmly aku g mkn kat luar. Kat mana? Nanti aku tulis di tajuk yang lain ye.

Tata!








Rasamas Ayamas!

Jumaat lepas smpat tulis nak g Alamanda je. Lepas g Kajang, singgah di Alamanda dengan bantuan mak nya ina yang sudi turunkan kami di Alamanda itu. Jadinya persinggahan yang tak terduga gitu. Sesampainya di situ Alamanda dah pun penuh dengan rakyat Putrajaya. Time lunch. Jumaat. Bru dpt gaji pulak. Memang lah fulled. Sumenya wanita sahaja. Memula pusing2 dulu, tgk handbag dgn kasut (perkara wajib) pastu tak larat nk tgk dah. Sebab aku bukak jenis kaki branded.. So tak brape nak kehairanan tgk brg2 Sembonia, Alfo Raldo, dan ntah hape2 lagi tu. Dalam pala otak aku terbayangkan Times Square je. Ye! Times Square je. Jadi mata terus melilau mencari sudut2 makanan. Ada :

The Chiken Rice Shop


Pizzza Hut



A&W



Secret Recipe



Bayou


Penang Village



Rasamas




 The Manhattan Fish Market







Dah puas gaduh, bebel2, bertumbuk, cubit2.. Akhirnya kami pilih makan kat Rasamas. Fulled time tu. Ada meja kecik kami duduk je. Terlalu excited nak order (padahal lapar gila) aku dgn ina pun terus lah ke kaunter. Amek menu. Pilih2. Sebijik mcm org tak bersalah. Memang la. Nak order kan.. Mana ada salah. Gadis yang jadi pelayan Rasamas tu tanya kami

dah order ke?

Kami pun jawab

belum

Dalam hati dh ckp dh

bengong. Aku kan tgh tgk menu msti la belum order. Odw nak order la ni.

Tiba-tiba dayah panggil. Mulut dia terkumat kamit ckp sesuatu. Jari dia tunjuk2 meja kami. Ohhh.. Order kat meja. Takyah g kaunter. Gelak sikit kat gadis pelayan Rasamas td tu pastu blah! Hahahaha..

Kat meja dh ada menu dh. Pelayan lelaki dh standby dgn buku kecik ngan pen. Nak salin order kami la tu. Yg penting muka jgn cover malu. Buat je muka 'ye? ntah, aku tak kisah pun' hahahaha..

Dah order menu masing2, pose la lebih kurang kat Rasamas tu. Org tgk kami mcm tak puas hati ada, mcm nmpk artis ada hahaha.. Bak kata ina dgn dayah 'lantak la bukan guna duit diorg pun' that's it! So, please snap as much as you can ya gals!

Pilih menu. Banyak sgt pilihan.

Dah pilih nak makan apa, so its time to wait our food will be served in few minutes occay.. Masa tgh tggu tu snap pic sikit..




Bila ina nak train jadi pelayan Rasamas. Gini la rupe nya. Ada gaye k!



Air dah sampai. Yang kaler itam tu ice lemon tea (confirm. lps kena tegur dgn ina. correction katanya!) yang pink tu air Pink Guava. Sedap sgt.


Masa tgh snap2 ni, ada banyak mata memandang. Ye la, silau mata diorg disebabkan flash mcm Anugerah Bintang Tak Brape Popular. Ada yang pandang pelik, ada yang pandang nak tgk2, ada jugak yang pandang mcm nak marah kami. Gagguan diorg nak suap ayam ke mulut. Mcm mana diorg tak marah ye tak. Tapi dayah dgn ina tetap class

Pedulik hape. Bukan guna duit diorg pun!  First class tau korg. Aku tak pernah buat mcm korg. Sebab korg, aku hadap jugak.. Hahaha

After a while ( i mean, after banyak mata jeling2 kami dek kerana flash dslr gilo tu) sampai gak makanan kami. Kalo lagi lambat ayam2 kami smpai, lagi banyak mata2 yang akan silau disebabkan flash dslr tuh.

So, ini makanan2 yang kami pesan


Lap2 sudu garfu dulu. Manja tol diorg ni tau.



My Meal : Fish and Chip
- Potongan ikan. rangup sgt kat bhgn luar. bhgn dlm lembut sgt dan manis rasa isi ikan
- ada coslow
- kentang goreng.rangup di luar, lembut di dalam.
- a slice of lemon
Harga RM 11.90 sahaja



Ina's Meal : Roaster Lada (western)
- ayam dgn kuah black pepper
- coslow
- kentang goreng.rangup di luar, lembut di dalam
Harga RM 16.90 sahaja



Dayah's Meal : Roster Lada ( Original)
- ayam
- sayur campur
- nasi campur kismis dan nanas
Harga RM 16.90 sahaja



Set Roster Lada Ina Punya. Termasuk lah pencuci mulut yang bentuk mcm kek dua ketul kaler kuning tu.
Memula ingatkan kek tau. Sebab ada ice cream vanilla skali. Bentuk pun dh mcm kek je kan.
Upanya bukan tau. Itu adalah Ubi Ketuk + Ice Cream Vanilla :)



Ni lah dia pencuci mulut tu. Tapi ni time dh abis. Ice Cream pun dah cair. Yummy giler.
Makan ubi ketuk dgn ice cream. Pasni beli ubi ketuk kat gerai pisang goreng, beli ice cream, mkn kat rmh.








Bila dah abis..


thank you AYAMAS!!

Berbaloi la mkn di Ayamas ni. Untuk makan bertiga, set2 meal di atas td tu hanya RM57.60.
Ok kan.. Time2 dpt gaji sila lah ke restaurant2 berhampiran anda. Bila dh tgh bulan dan menghampiri akhir bulan sila lah berkunjung ke cafe terdekat andaaaa!

Tata!

Friday, December 24, 2010

Lunch di Alamanda

Mesti ada yg gelak baca entry ni kan. Nak gelak kuat2 pun takpe ye.. Memang first time pun aku nk mencekik kat alamandan tu. Dengan alasan, aku kan bru je menjejakkan kaki kat Putrajaya Wilayah Persekutuan ni. Mesti korg ckp taknak la dok dlm Malaysia pun tak pernah dtg Putrajaya g jenguk2 Alamanda tu. Dah, kat KL pun tak abis pusing lagi. Occay2, takyah byk tulis kat sini ye. Nak g dah ni. Nnt dh siap pic aku upload msuk blog ye.

Snap pic? Eeeeii, smpai nak snap2 pic. Siap nak upload msuk blog. Poyonya! Eh,eh..Ada aku kesah ke? Haha..
Ni kan blog aku.. Haha

Occay, see you then.

Tata!



UPDATED
Masa kat Alamanda time lunch


Bila mama pakai tudung ;)



Gatal sungguh badut nie. Rapat gila. Aku dh senget dok tahan badan dia. Dia sedap je sandar badan dia kat aku. Ingat ringan ke? Apa punya badut ntah.


Aku & Ina : Thank you!
Badut : Tak payah say thank you, kasi satu kiss saja (sambil jari tunjuk pipi dia)

Pipi ko bedak tebal sgt. Lain kali lah aku kiss ko.

Thursday, December 23, 2010

Rayap2 tgh malam

Selasa mlm yang lepas, aku berjalan2 dengan leha, risma, eley dan hakim. Gila skema ayat aku..

Occay, eley drive, kami yang lain duduk saja tgu sampai ke destinasi. Aku tunjuk jalan. Nasib baik betul. Sampai putrajaya g p18 dulu amek luggage aku yg dah tertinggal lebih dari sebulan lamanya. Lepas dh amek luggage trus g Taman Warisan. Perut dh lapar giler. Tapi dalam pala teringat, ofismate aku ckp kalo lambat nnt mknan abis. Tgk jam kat dashboard dkt kul 10. Sempat x eh? Drive laju2 g Taman Warisan (eley mmg drive mcm hantu). Lagi sikit nak smpai Taman Warisan hujan lebat giler2. Payung ada dua, tapi leh guna satu je. Yang lagi satu kitorg taktau nak bukak cane. Hakim ulang alik amek kitorg sorg2 dr parking lot ke kaki lima Taman Warisan. Basah gak akhirnya walaupun berpayung. Naik je ke Taman Warisan agak sunyi, ada beberapa meja je yang berorang. Yang lain kerusi telangkup kat meja. Kitorg pilih meja yang paling dkt dgn stall mknan. Abis basah2. Sebab payung tak memberi kesan positif utk selamat dari terkena hujan.

Tapi sedih mknan tak banyak pilihan. Nasi goreng pun ada 3 jenis je :
1. Nasi Goreng Kampung
2. Nasi Goreng Ikan Masin
3. Nasi Goreng Ayam

Aku decide laju2 nak mkn yang no 1. Yang lain2 lembab dok terfikir2. Last2 aku tolong decidekan utk diorg. 2 Nasi Goreng Kampung, 3 Nasi Goreng Ayam. Settle. Nak order sate ada lak suara sumbang ckp diorg bru je mkn sate. Eleh, kalo aku order abis gak sate tu nnt. Aku nmpk menu lain.

- Tauhu Bakar
- Kerang Bakar
- Sotong Kangkung
- Nasi Lemak dll

Aku order Kerang Bakar. Order air pun lambat. Memang sgt lah lambat budak2 ni tau! Nak pilih air mcm pilih baju. Siap tanya lak minum Kopi Dangdut nnt berdangdut tak? Boleh lak si Eley nanyi lagu dangdut kat situ gak. Gila! Abg buat air dok tahan senyum. Aku bukan tahan senyum. Aku tahan malu. Bengong!
Disebabkan tgh lapar, sume layan nasi goreng masing2 dengan senyap. Bila tiba giliran En.Kerang Rebus aku stop mkn nasik. Kira nasik aku tak habis sepenuhnya. Kalo baby tau mmg kena marah. Nasib baby takde mlm tu. Kalo tak baby kena abiskan. Yeah! Bila nak mkn kerang, aku terpaksa tukar nama. Bukan En.Kerang Rebus, tapi baby kerang yang sgt lah comel smpai tak smpai hati aku nak mkn mereka. Comel. Kecik. Gerammm..

Harap maaf, gambar mknan tak dapat disiarkan sebab tgh leka makan smpai lupa nak snap. Hahaha.. Dah tinggal pinggan bru tringat!




Aku paling suka background nie. Macam kat kg. Cantek!


Aku mcm pregnant. Huhuhu! Bukan salah aku. Salah baju occay.

 

Siyes, aku mcm pregnant. Huhuhu!

 
Time tgh berposing2 kat Jambatan Sembilu ni (nama sebenar jambatan ni aku taktau. yang aku tau jambatan sembilu je) ada la satu gang mamat kelantan yang cuba mengacau2 kami jadi kami pun berangkat lah pulang ke KL. Walaupun hati lum puas berposing.

Anyway, thank you Eley sebab sudi drive untuk kami walaupun mcm hantu. Elak semut tgh jalan konon. Benti tgh2 jalan, siap tarik hand break. Gila sungguh. Tapi akak sgt lah seronok. Sebab ko bw laju mcm Ferrari.

Risma tenkiu jugak sebab sudi ikot akak smpai g Putrajaya. Haha

Hakim, tenkiu sebab sudi menggedik bergambar dengan akak. Silau mata akak dlm keta gelap gelita tu ko dok snap tak henti2. Gila ko ni.

Leha, tak yah lah nak say tenkiu kat ko. Ko bukan membantu apa pun kan. Stakat pinjamkan kawan2 ko tu je takde la apa sgt kan? Hehehe.. Kasut aku yang ko pinjam tu jemur dulu sebelum ko simpan dalam kotak kasut.

Tata!