CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 19, 2011

Ada pengintip ke kat blog ni??

Makin hari makin sayang? Bukan2.. Makin hari makin banyak lak cadangan. Aritu si polan yang situ, baru2 ni si polan yang sinun ( di larang sebut nama sebenar mahupun nama komersial ). Cadangan suh aku private kan blog ni. Ermm, aku cakap nak btpe la aku privatekan kan?? Bukan ada rahsia kerajaan pun. Peta harta karun pun takde. Stakat folower yang err, tak semenggah tu, sah2 blog aku ni picisan gila. Haha!

Kata si polan yang sinun supaya takde la silent reader yang mana semasa baca blog ni mmg la diam2, tp pastu pot pet pot pet. Laaa.. Sebab tu ke.. Ntah, perlu ke? Kalo dia nak pot pet pot pet, dia punya pasal la kan. Kata si polan yang sitok pulak, supaya takde la pengintip. Erk!! Apakah? FBI? Detective Conan? PDRM? ATM? TUDM? Jadahnya ada pengintip? Oh,oh.. Paham2. Ntah lah ( asyik entah je kan ), aku nak buat apa. Takkan nak larang. Nak marah?

Heppp! Jangan tgk2 blog aku ehhh..

Sape la aku kan. Blog pun picisan jek. Aku buat blog pun sebab aku ni suka menulis ( utk konsep di sini ialah menaip ). Dari kecik aku suka menulis. Masa form 3 sampai form 5 aku buat novel ( masa tu kengkawan sume bc novel. dgn aku pun sama ). Punca buat novel sebab aku ni gatal tgn menulis. Tau2 dh berpuluh2 muka surat aku tulis. Tulis pun kat buku nota sekolah yang kaler coklat tu, tulis pun guna pensil je. Bila kengkawan baca diorg passing satu kelas. Kelas sebelah pun dpt gak buku nota coklat tu. Bila sampai kat tgn aku, buku tu dah tak rupa buku. Hampeh! Atas permintaan, sepanjang aku form 3 sampai form 5 tu, dekat 10buah novel aku tulis ( sume dapt sambutan. tapi aku tak dapat apa2 royalti pun. hahaha! ). Jangan korg tanya mana pergi novel2 tu sume. Kazen2 aku baca ( Datuk Hj Fadillah pun baca occay! siap suh aku buat cerpen hantar ke Utusan. nanti dapat duit katanya ), angin la kan.. Kazen2 aku gedik nak baca pastu sepah2 atas meja. Mcm mana Datuk tak baca. Abis lak tu. Sampai skrg pun dia dok tanya

Takde penulisan terbaru ke? Maaf lah Datuk, la ni pakai belog lak. Hahaha. Jadinya kazen aku yang org Kuching Sarawak, negeri Bumi Kenyalang tu bawa balik novel aku ke sana. Bagi kawan2 sekolah dia baca ( sampai ke sana novel aku naik belon! ). Lepas satu, satu dia bawa balik Sarawak. Dan akhirnya berkuburlah buku2 coklat aku tu di Bumi Kenyalang. Ish, nak nangis lak. Gila tol tulis pasal ni. Ah! Nisa sume kitak punya pasal. Mun kitak sik ambek novel kamek, sik jadi cam ya! Huhuhuhuhu! Eh, i think i should speak in Australian language la. Coz she kan dah jadi org Australian. Ah, tak kuasa. Sine kamek pande klaka Tazmania, Perth ya. Ngegeh nak? Hahaha. Melalut dah aku ni.

Jadinya aku ni mmg kuat menulis. Bila dah masuk belajar kat negeri utara nun, aku tulis dalam buku cantik2. Namanya diari. Wahh, ada diari occay! Diari la sgt. Kawan baik aku ( Ifah la weih, sape lagi ) pernah baca isi diari tu tau ( sebab aku yang bagi baca ) sebab dia ckp aku ni dok menulis je. Tulis sorok2 lak tu. Dah tu aku cakap la aku tulis diari. Dia kata dia tak berani nak tulis, nanti org baca. Biasa la, dah nama pun diari mesti la mcm2 kita tulis kan.. Marah kat org tu, org ni. Sedih kena marah, kecik ati dengan mak, gaduh dgn bf, marah2 bf, tak puas hati dkt bf sebab tak wish good night sebelum tido.. Opps! Jadi dia takut org baca. Laaa, pasai pa nak takut. Aku senang je

Aku tulis dalam diari. Yang tahu cuma aku dengan diari ni je. Kalo aku nak ngumpat kau ke apa ke tu antara aku dengan diari buruk ni! Lagi bagus aku tulis dalam diari. Dari aku ngumpat hal kau, pastu jaja citer kau satu Malaya, mana kau nak? Kurang2 aku ngadu kat diari ni ha. Apa diari ni tahu? Abis basah kertas diari ni kena air mata aku pun dairi ni tak kisah. Kau tu! Jadahnya bukak diari aku? Sah2 kau ni tak tahu maksud privacy. Tak tahu maksud amanah kan? Kan?

Dan sekarang ni aku mem'blog'kan diri lak. Takat nak luah rasa marah tu ada la satu, dua entry pastu nyesal lak. Takde la nak nangis2 dpn PC/laptop semata2 nak meluahkan isi hati kan.. Jadi blog ni tempat aku tulis ( taip ) sebab kegatalan jari2 ni nak menaip. Jadi, biarlah yang nak lain2 tu. Kalo suka leh terus baca, kalo tak suka takyah bukak dah blog ni. Diulangi, blog Honey Bee ni hanya utk meluahkan rasa dgn huruf-huruf. Rasa dari hati sendiri utk diri sendiri. Kengkawan yang setia dgn blog ni pun sumenya silent reader. Diorg takde blog, tapi suka baca blog. Bila terasa gigil2 nak komen tu diorg terus call aku. Mcm direct line. Hahaha! Suka hati korg lah yer. Apa2 pun sume entry2 dalam blog ni dipantau oleh En Gaban sejak blog ni diwujudkan. Setakat ni takde yang dia reject. Hehaaa!


Kepada si polan2, aku takkan private kan blog ni. Sebab takde rahsia2 besar, penipuan, reka-reka cerita, mengumpat mengeji siap tulis nama sebenar dan sebagainya. Blog Honey Bee ni telus. Aku cakap apa yang benar. Bak kata pepatah : Cakap biar lepas kalau benda betul. ( Ada ke cikgu BM ajar pepatah mcm ni? )

Salam sayang, peluk cium bagai! Weykk!

Tata!

No comments: