CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 25, 2011

Aku Kucing Kurap Itu

Kata-kata dongeng pada zaman dahulu kala

Ada satu suara bergema

Aku umpama kucing kurap. Siapa yang nak.

Satu suara halus lain bersuara

Kenapa kamu tak yakin dengan diri sendiri? Kenapa dengan kucing kurap?

Suara kasar itu menyahut

Yelah, siapa yang nak bela kucing kurap kan. Semua org jijik.

Suara halus itu tak bersuara terus. Dia diam. Bukan hilang kata-kata. Tapi kecewa. Kenapa sempit sungguh fikiran suara kasar itu. Tidakkah dia tahu, ada kelebihan disebalik kekurangan. Suara halus itu menutur kata sebaik bicara

Kalau pun kucing itu berkurap, tapi dia tetap makhluk yang dijadikan Allah. Kalau kita bawa kucing itu berjumpa doktor pasti kurapnya sembuh.

Suara kasar itu masih tidak berpuas hati

Mahukah sesiapa membawa kucing kurap ini berjumpa doktor? Menjaga dan membelainya?

Sebelum suara halus itu bersuara, ia tersenyum dulu

Aku mahu. Kerna aku pasti, kurap itu cuma satu penyakit. Ia pasti sembuh. Ia hanya satu kekurangan. Ia bukan satu halangan.

Suara kasar itu tersenyum. Suara halus itu pun sama tersenyum.





Dan kemudiannya

Suara halus itu pernah berkata. Dan kata-katanya bukanlah umpama istana pasir yang mudah runtuh disentuh ombak. Dia mengotakan kata-katanya dengan besi keyakinan dan konkrit kesabaran. Dia menerima seadanya dan setiap kekurangan suara kasar itu dengan penuh tabah. Sudah dia katakan dalam hatinya, dia sisip kemas2 dihujung nyawanya, menyatakan pada diri dan hati

Aku menerima kekurangan apa pun, aku terima kesusahan apa pun tanpa belah bagi. Aku tak pernah kesal, kerna aku sudah titipkan keyakinan dalam hati bahawa ini ujian dan dugaan untuk aku. Aku terima dengan redha, kerna aku mahu hati aku tenang menerima dia seadanya. Tak mahu setitik pun rasa kesal. Tak mahu secubit pun rasa sesal kenapa aku harus hadapi kekurangan dia. Kerna aku tetap yakin, menerima itu bukan pada sebahagian saja. Tapi menerima kesemuanya.

Kekurangan suara kasar itu banyak mengajar suara halus erti sabar, erti sayang sejujurnya, dan redha menerima seadanya. Suara halus tak minta dibalas dengan emas beruncang, tanah berbidang. Cukuplah hatinya dibelai lembut dengan kasih dan cinta. Jiwanya dijaga bagai intan permata. Apalah kiranya jika kekurangan suara halus itu diterima dengan terbuka. Meruntun sedih hati suara halus mengenang nasib tak diterima seadanya. Namun, hatinya tetap ikhlas tak mintak dibalas.


Dongengan klasik terlipat kemas di celah kertas lusuh di sudut sunyi.


Tata!

No comments: