CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 17, 2011

Bila monorail selalu penuh

yer, aku kalo nak g jejalan kat KL tu naik pengangkutan awam je. Atau kata org bandar public transport. Mcm cab, LRT, monorail dan apa2 ntah lagi lah. Sabtu bru ni kwn baik aku ms skolah menengah ajak la jumpa utk gosip2 katanya. Alamak, bab gosip aku mmg fail la. Bukan nak tunjuk baik, tapi rs mcm nyesal tak sudah je bila dh selesai ngumpat ni. Taktau la, itu aku. Kot org lain taktau la mcm mana kan. Banyak kali la jugak, bila ada kwn ajak ngumpat sure aku rs nyesal lak lepas tu. Tetiba dtg rs kesian kat org tu. Sebab tu kalo aku nak ckp sgt, rs dh gigil2 badan ni amarah sgt kat seseorang, aku cr Ifah je. Diulangi, IFAH sahaja. Sebab?

1. Aku percaya dia dunia dan akhirat
2. Cukup pilih sorg manusia yang aku percaya utk meluahkan apa sahaja. Kalo aku di cop pengumpat, sekurang2 nya aku ngumpat dgn sorg makhluk je kat dunia ni. Iaitu Ifah.

Jauh dah meleret ni. Occay, blk semula kepada tajuk di atas. Disebabkan aku ni pengguna setia pengangkutan awam, jadi aku kena la naik ketapi yang jalan atas langit tu. Namanya Monorail. Masa pergi tu tak penuh sgt, masih ada ruang bernafas lagi. Tetiba makin penuh start kat Monorail Medan Tuanku. Bila dh makin ramai tu mula la bersesak2. Nak gerakkan tgn pun takleh. Untuk pengetahuan mana yang tak pernah naik benda alah tu ( yelah,ada keta takyah sesak2 dgn lautan manusia ) ada satu laluan yang agak kona baring gitu menyebabkan kami2 yang dalam benda alah tu pun sama2 lah ikut kona terbaring skali. Masa ni lah yang agak menyulitkan keadaan bila terlalu padat mcm iklan Milo Fuze maka masing2 terpaksa menghimpit antara satu sama lain. Dan di masa ini lah aku dgn tak sengaja jadi tempat sandar sorg mamat ni ( utk makluman dia dgn gf dia ms ni ). Mamat ni membelakangkan aku. Aku lak menghadap belakang dia. Jadi bila dia menjadikan aku tempat menampung berat badan dia semasa kona baring itu, aku terkedu, terdiam dan terhilang nyawa sekejap. Gf dia berusaha pegang tgn si mamat ni. Dan aku lak nak bt apa? Takkan nak tolak dia pastu marah2 kan.. Sah2 dia tak sengaja ( jgn dlm hati kau, kau senyum lak yer! Huhu ). Untuk 4-5 saat itu aku terdiam seribu bahasa ( padahal aku cuma tahu 2,3 bahasa je ). Nasib baik aku masa tu mmg tgh pegang tiang yang ada dlm Monorail. Kalo tak sure terbaring atas lantai Monorail dua2 ekor skali. Time tu mmg azab nak tanggung malu.. Huhuhu! Setelah adengan kona baring itu tamat gf kpd mamat tu dgn muka merah padam ckp sesuatu kat bf dia. Ntah apa diorg ckp aku tak dgr, tapi muka gf dia mmg malu abis kat aku. Aku cpt2 la alih pndg tmpt lain ( sorok muka ) sebab takmo mamat tu nengok aku, malu sungguh aku nak tgk muka diorg. Huhuhuhu.. Tetiba monorail tu jd lengang sikit. Ah sudah! Aku dah taktau nak pandang mana. Mamat tu dgn gf dia ada lagi. Kali ni diorg dpt tgk muka aku. Muka gf dia manis je mcm senyum2 tgk aku. Aku nak senyum balik, tp malu punya pasal aku senyum tapi pandang lantai Monorail. Yang si mamat pun senyum jugakkkk.. Apa gila? Kau takyah la pandang aku. Gf kau sorg je pandang dah la, pumpuan sama pumpuan kan. Saling memahami. Kau takyah lah! Huhuhu. Menci tau time tu!

Siap satu citer semasa perjalanan menuju ke destinasi. Muka ni rs sejukkk je.. Sejuk sebab malu taktau nak ckp mcm mana. Rasa mcm agak malang la aritu. Semasa perjalanan pulang pun sama. Kona baring punya pasal aku jd mangsa sekali lagi. Damn!

Masa dlm Monorail gak, siyes aku benci nak naik monorail lagi. Huhuhu! Kali ni pun kes bf org gak. Ish! Sedih lak aku dgn diri sendiri. Masa dlm berimpit2 dlm benda alah tu, ada la pasangan merpati muda hangat bercinta berdiri sebelah aku. Time kona baring tu bf kepada gadis itu terus pegang lengan aku yang time tu tgh pegang tiang. Masa tgn dia landing kat lengan aku mmg dah rasa lain. Tapi aku pun taktau apa yang lain. Bila pk2 blk rasanya aku sorg2 je, takde peneman pun. Tapi apasal lengan aku ada org pegang. Lama aku biarkan, kot2 tgn tu nak blah sendiri. Aik, mcm lupa nak lepaskan je. Aku jeling la tgk tgn yang tak bersalah tu, sah! mmg tgn tu tgh pegang lengan aku. Dalam hati dh berdetik berkali2 bila nak lepaskan lengan aku ni. Mamat ni lupa ke.. Tak lama lepas tu aku dgr gf dia ckp

awk ni... suka hati je.. sambil senyum2 gelak2 kecik. yang si bf buat muka terkejut, buat muka pelik pastu buat muka mcm besalah sikit. ( korang imagine lah sendiri yek! )

Dan aku lagi sekali kena alihkan muka pandang tempat lain. Memang malang sungguh aritu.

Moralnya apa eh? Jangan naik monorail? Jangan berdiri masa dalam pengangkutan awam? Jangan pergi sensorang? Huhuhuhuhuhuhu! Sedih nak mati!

Tata!

No comments: