CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 22, 2011

Bila nama aku jadi 'Sheila'

Banyak kali dah jadi kes mcm ni. Dulu time belajar. Masa tingkatan 6 aku kenal dgn sorg mamat India. Nama dia Richard. Mana ntah pergi mamat ni. Muka mcm Negro, rambut kerinting lengkap. Cakap omputih bunyik mcm rapper. Siap dgn effect tangan goyang2. Aku kalo cakap dgn dia kena dongak, bukan sebab aku ni rendah. Tapi sebab dia tinggi sgt. Hahaha. Dia ni rajin tegur aku. Kalo terserempak kat koridor mesti tegur. Dia panggil aku

Sheila, sheila!

Letih dah aku betulkan nama aku. Dia dok panggil aku 'sheila'. Dia kelas Fizik, aku kelas Ekonomi. Tiap kali aku nak turun tangga nak g library, dia mesti nampak. Sebab dia ni guard kat koridor tu. Siyes tau, selalu nampak muka dia tercegat kat koridor. Dia tu mcm takde cikgu ke? Kalo nampak aku wajib la dia tegur.

Hi Sheila!

Dan ntah kali ke berapa aku harus betul kan nama aku.

My name is Saila. Not Sheila, Mr Richard.

Dia gelak kuat. I like to call u Sheila. As cute as a button.

Err.. What ever, i like to remind you. My name is Saila okay?

Okay, Sheila.

Lotih den. Lantak ko lah Richard. Janji ko bahagia. Skrg ni mana la dia eh? Last jumpa dia masa Majlis Graduasi untuk pelajar tingkatan 5 dan 6. Masa tu Richard bisik kat telinga aku

If i am Malay, i will propose you.

Gulp! Aku susun ayat baik2

Oh come on Rich, there's a lot of Indian girls out there. More cuter that me rite?

You are the cutest girl i have.

Nasib baik tak terbatuk ayam goreng time tu. Mana la kau Richard. Kau la satu2 nya manusia yang panggil aku 'Sheila'. Dah jadi engineering kot mamat tu.

Tu cerita 5 tahun yang lepas. Baru kejap ni pulak kawan baik aku Abirami ( Indian girl ) call aku. Dalam hati terdetik, apa kehalnya minah ni call aku. Nak ajak aku g Batu Caves ke, kan ada jualan lagi kan. Kot la nak bawa aku kan. Tapi bukan. Boleh pulak jadi mcm ni

Aku : Hello Abi..
Abirami : Eh, Kak Yun ke? Alamak, saya salah call la akak. Saya nak call kakak Devan ( laki dia ) nama dia Sheila, nama akak pun saya save Sheila dalam hphone saya. ( Hahahahaha. dia gelak ). Sorry eh akak.
Aku : Hampeh sungguh minachi ni. Penat je aku angkat call kau.
Abirami : (gelak tak abis lagi )
Bengang aku.

Moral dgn cerita di atas, agaknya kengkawan India aku memang gatal2 panggil aku Sheila eh?

Tata!

No comments: