CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 31, 2011

Ekzos motor bising leh menyebabkan kemalangan!!

Entry ni patutnya mood marah. Tapi nak marah2 pun mcm dah basi. Kompaun tetap dapat ke tangan.

29hb versi malam, aku dengan En Gaban kuar lepak minum2 kat danau ( acara wajib kami ialah melepak. bukan berdating berdua di tempat gelap atau malap ). Dah puas makan nasik ayam dengan sate ayam berserta teh tarik yang sangat manis itu ( tak grand pun menu kami. tapi kami bahagia! ), En Gaban asking me

pusing2 jom.. sambil mata wink! wink! sengih meleret.

Apa lagi, pusing2 kat Kolompo lah tu. Suka sangat En Gaban kalau pusing2 memalam dengan harta yang ada itu, si baby blurry lah. Tapi kami tetap bahagia.

Tapi tak sangka lak, malam tu ada sekatan jalanraya oleh En Polis sekalian. Takpelah. Tak kisah pun. Sebab takde buat salah apa, so redah je. Rutin biasa En Gaban tunjuk IC, roadtax dengan lesen. Passed! Eleh, selalu memang passed pun. Memang takde masalah dengan baby blurry kami tu. Semua cukup sifat tau! tapi ada la sorang encik apa ntah. Baju hijau2 jek, dok suluh2 ekzos baby blurry. Pastu dia suruh En Gaban start enjin. Bila dia dgr bunyik merdu baby blurry, dia suruh En Gaban tolak ke depan sana. Occay, fine.. Ikut jelah. Bila sampai kat tempat yang disuruh tu, kitorang nampak ramai kumpul2. Macam pasar malam. Pastu ada mesin pulak. Macam mesin denyutan jantung pun ada. Petak2 je.

Upanya tu mesin membaca tahap asap dengan bunyik! Hampeh. Jabatan Alam Sekitar punya kerja upanya. Takpe2. Kami ikut jelah arahan diorg. Nak melawan pun buat apa kan. Mcm tak sekolah tinggi la pulak kan. Jadi dengan profesionalnya kami ikutkan saja lah.Memula check asap. Check tahap karbon monoksida tinggi ke tak. Dah dapat result, baby blurry passed! 33/45. Cayalah baby blurry, kamu mesra alam! Hahaha.
Betul la, maknanya baby blurry kami tak capai tahap mencemarkan udara Malaysia.

Next stage, where as this is the last stage.. Check bunyi. Nak pastikan, pitching okay ke tak. Sah2 baby blurry bunyiknya merdu. Masa tengah tunggu En Gaban menemani baby nya untuk diperiksa, aku nampak sorang pakcik ni tercari2 IC, lesen dgn roadtax dia. Dia cari2 kat poket baju, dompet, tanya kat bini dia. Kesian aku tgk. Aku pun gtau la dokumen tu diorg tak pulangkan lagi. Masih ada kat encik2 pemeriksaan tu. Baru pakcik tu lega.

Ada-ada jelah diorg ni. Tak habis-habis nak menyusahkan orang. Pakcik tu ngadu kat aku. Bini dia angguk2 je.

Diorg ni nampak motor kecik2 ngan kereta ni je yang berasap. Kilang2 besar tu lagi banyak kuarkan asap diorg tak buat pape pun. Saje nak aniaya orang. 

Betul2. Kilang2 tu lagi teruk.. Pergi la check.. Pakcik tu dengan bini dia angguk2.

Pastu aku nampak En Gaban monyok. Kesian dia. Katanya pasti fail sebab bunyi baby blurry kuat. Takpe2. Tggu je result. Dah puas diorg godek2 baby blurry, dapat result.. Failed! Syed! Parking tepi terus g kat pondok buruk untuk amek kupon makanan percuma. Hahaha.. Bukan.. amek kompaun la. Huhuhu.. Aku sempat tgk pakcik td lak tgu motor dia diperiksa. Bini dia mundar mandir kat tepi aku. Kesian lah weih! Orang tua nak bawa bini dia jalan2 pun korang nak tahan. G*la!

Aku pelik la..

Ekzos bising leh jadi penyebab kemalangan upanya. Baru aku tahu. Lagi satu upanya ekzos bising leh meningkatkan statistik kemalangan dan kes ragut. Cayalah!! Apa kena mengena ekzos bising/kuat dengan statistik kemalangan ni? Ada sesape pegawai2 keselamatan leh rungkai kan persoalan aku ni? Jap, pembetulan. Bukan persoalan aku dengan En Gaban je occay, persoalan semua yang terlibat dalam hal ni.

Occay lah aku faham JAS buat Ops tu sebab nak jaga alam sekitar. Taknak alam sekitar tercemar dengan asap dan bunyi. Bab asap tu aku taknak komen banyak sebab sah2 baby blurry passed exam asap tu. Tapi bab bunyi ni, apa masalah JAS dengan bunyi kenderaan eh? Nak banteras pencemaran bunyi? Yang kelab malam, kabal terbang, bunyi tembakan, konsert, bunga api tu pencemaran bunyi gak kan? Kalau nak ikut kan pencemaran bunyi tu adalah apabila melebihi 80dBA. Korang pun belajar sains dulu kan? Zaman sekarang ni, mana nak dapat bawah 80dBA? Library leh la babe! Kalau dah namanya kenderaan, memang la bunyi bising. Ini lah risiko yang perlu sesebuah negara hadapi sekiranya mahu mencapai status negara maju. Memang saja la kan nak aku membebel pasal pembangunan. Jangan sampai aku kuarkan teori2, konsep2 pembangunan. Juling jugak bijik mata kang.

Nak capai negara maju kena la terima semua ni. Pencemaran bunyi, udara, air, masalah sosial, tekanan hidup, ekonomi melambung. Aku tak la kata benci kepada pemantauan, pengurangan. Tapi berpada2 la sikit. Time2 minyak naik, harga barang naik, gaji masih di tangga lama sesuka hati je nak kuarkan saman. Kalau nombor plat fancy, kecik blablabla takpe la, saman la ribu2 pun. Memang patut la. Sebab kalau nombor plat kecik, tak nampak, susah baca, apa-apa jadi mcm kes ragut ke,langgar lari ke rakyat gak susah. Mcm tu jugak kalau tak pakai side mirror, leh menyebabkan kemalangan. Tak pakai topi keledar, kalau eksiden tercampak terburai lak otak kan dah nyusahkan orang nak kutip otak kau. Memang patut pun disaman. Tapi bab bunyi ni memang aku tak puas hati. Kalau encik2 keselamatan termasuk lah encik pencinta alam ( konon ) ni teliti sangat, banyak lagi medium2 besar yang mengeluarkan pencemaran bunyi lebih dari kenderaan kecik2 ni.

Bagi aku baik paksa masyarakat laksanakan prorgam kitar semula! Sampah dah banyak sangat! Setakat pencemaran bunyi tu, kalau bukan sebab motor2 kecik ni memekak, kalau jenis dengar radio kuat2, tgk TV kuat2, bercakap terpekik terlolong, sampai masa gegendang kau ilang kekenyalan gak. Masa tu kau tetaplah pekak! Suruh rakyat kitar semula! Plastik belambak2. Kertas buang mcm tu je. Ingat kau tebang pokok esok pokok tu tumbuh semula ke? Fikir2 lah, oksigen lebih penting. Mana nak dapat oksigen kalau bukan dari pokok. Tebang pokok banyak2. Buat kertas, pastu buang je sepah2. Dah la umat manusia makin banyak. Sumber alam makin berkurangan. Fikir mcm mana nak paksa rakyat berjimat cermat sumber alam lagi bagus. Dari dok saman orang tak tentu pasal, tapi pencemaran tetap pencemaran. Ben*ong!

Tak pepasal di akhir entry ni korang kena berilmiah sikit. Takpe. Sekali sekala basuh sikit otak tu. Paksa pk sikit. Jangan nak sibuk hal orang. Sibuk tepi kain orang je.

B, takpe, duit kita kan banyak. Memang untuk bg kat diorg. Kalau bukan duit dari kita/dari orang awam mana diorg ada duit. Nak bagi anak bini makan apa kan? Janji duit kita dapat dari sumber halal kan b kan? Bukan dari sumber alam. Sumber halal.

Tata!

No comments: