CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 21, 2011

En Gaban Jumpa Perempuan Lain?

Mood yang perlu digunakan semasa membaca entry ni ialah 'tenang'.

Setenang air di sungai. Jangan disangka tiada buaya. Kalo buaya tu kenyang dia tak kaco la. Tapi kalo buaya tu lapar, mmg jd mangsa lah yer!

Kisahnya bermula bila si dia ( perlu rahsiakan nama, nanti masuk Metrol lak ) beritahu ada org ckp rindu kat dia. Orang yang cakap rindu tu perempuan la sebab si dia di sini merujuk kepada lelaki occay. Masa gadis tu cakap dia rindu kan si mamat ni, aku tak tumpukan perhatian sgt. Sebab tgh pikir hal lebih serius ( lah sangat ). Jadi setelah segalanya reda, si dia pun ulang lagi kes gadis tu cakap rindu kat dia. Kali ni aku pun tanya la sapekah? Jawapan dia

Gadis ni dia kenal masa dia belajar dulu. Masa tu baru semester satu. Bebudak lagi kan. Hingusan lak tu. Baru kuar dari celah ketiak mak. Kesiannn.. Jadi bebudak semester satu ni time rehat reramai la g cafe membeli makanan. Time tu la si dia dgn gadis itu bersua muka. Pandang2, jeling2. Dari mata turun ke hati. ( part ni aku tak sure sm ada betul ke tak. betul la kot. ingat2 lupa la ). Jadi si gadis ni tersuka lah kat si dia. Tukar2 no fon ( oh! sweet!! ), msg2, dalam hati ada taman bagai. Tapi si dia takde hati pun kat si gadis tu ( kata si dia lah kan.. org laki, bukan leh caya kan,kan,kan ) Hahahaha.. Tapi si gadis ni dah tangkap cintan dah kat si dia. Tapi.. Bolayan. Kawan kpd si gadis tu pun minat kat si dia ( erk! apa gojes sgt kah si dia ini? ), tapi bila kawan kpd si gadis ni baca msg2 si gadis dgn si dia tu, kecewa lah kawan si gadis itu. Bila nmpk si dia ni, kawan si gadis tu buat muka ( muka kecewa + marah la tu kan ). Yang si gadis ni pun kira tak bernasib baik gak lah, sebab si dia takmo kat si gadis ( mcm pilem industan kan? uwekk ). Kawan si dia ni pulak yang minat kat si gadis tu. Si dia pun bagi no fon si gadis tu cepat2. Last2 bersatu lah si gadis tadi dengan kawan si dia ( pening lah aku ).

Bila aku tny nape tak suka je kat si gadis tu, si dia kata takde hati nak bt cane. Masa tu hati dia kat aku. Terkenang2 kan aku. Tercari2 aku. Hahahaha.. Part ni siyes aku gelak. Korang bayangkan lah, aku kenal si dia masa tingkatan 4. Aku pun taktau pasai pa aku meluat sgt kat si dia ni. Bukan si dia ada buat salah pun kat aku. Gila kan? Dari form 4 sampai form 5 si dia dok ngacau aku. Tapi bolayan. Taktau la sebab apa aku nyombong sgt dgn si dia masa tu ( metal disorder la tu ). Abis sekolah kira lost contact la kan. Tapi sampai umur 20 si dia dok cari aku. Masa si dia semester satu tu, umo si dia 19 tahun. Aku time tu tgh menggila dgn kwn2 form 6 aku. Hahaha.. Logik gak apa dia cakap tu kan? Dia takmo kat si gadis tu sebab dia masih memikirkan tentang aku yang ntah di mana.. Ermm.. Yekeeee? Elehhh, mesti ada sikit2 b suka kat dia kannn? kan? Umo 19, awek takde, takkan tak teringin sikit kotttt.. Ada la tu kann,kan,kan? ( Ah! melalut! ).

Nak dijadikan pilem, korang ingat Shah Rukh Khan je tau belakon pilem? Realiti pun ada tau. Beberapa hari lepas ( minggu lepas ) si gadis jumpa si dia kat FB. Dah add-approve tu diorg chatting pastu tukar no fon. Message2. Pastu check shedule masing2 set dating. Yeee, dating. Aku? Uwaaaaaaa!!!!

Arini diorg nak ketemu. Petang ni lepas asar. Lepas solat asar la tu. Lepas solat asar tu b doa la..

Ya Allah, tetapkan lah hati aku kepada kekasih aku ( nama sebenar saya ). Amin.

Aku? Errr.. Nak cakap apa eh? Tersekat2 kat kerongkong ni. Malam td dah bagi tazkirah sikit kat si dia. Sempat lagi aku berdrama air mata

Aku : Xpelah, xkan tata nak larang.. B g jelah jmp dia eh.. Xbaik mungkir janji..
Si dia : B jhanjie x de pape yg akan belaku shok.

Drama, drama, drama. Jap! Xde pape yg akan berlaku esok ( arini la tu )? Lain mcm je bunyik! Yu jangannnnn.. Kang buaya lapa kang, ilang pala tu baru tauuu..
kehkehkehkeh

Kan tadi aku dah ckp, mood baca entry ni mood 'tenang' sebab masa jari aku menaip pun dgn mood 'tenang'. Siyes ni aku tenang. Nape aku tak ikut si dia g jumpa itu gadis? Aku kat Putrajaya ni ha, dia kat KB. Mcm mana aku nak ke sana? Tak sempat aku nak sampai KB diorg dh abis dating dah. Jadahnya kan. Alah, aku redha jelah. Nak dikawal2, dilarang2 pun nak btpe. Dia jujur gtau aku hal ni pun dh kira bersyukur dh. Kalo dia nak bt jahat btpe dia gtau aku sume ni kan? Betul ke konsep aku ni? Tak terpesong ke? Ah! lantak lah. Boyfren/suami ni pasti akan hilang dari kita. PASTI. Kalau tak kena amek dgn perempuan lain, kena amek dengan Allah ( kredit kpd ahkak geli ). Ni sikit ucapan dari ta kepada b

B, kalo b sayang tata, ingat2 tata tau masa dating tu. Istifar bebanyak. Ingat tata tiap saat ( bukan kena ingat Allah ke? ). Agak2 jauh melayang tu cepat2 mengucap tau. Urut2 dada ingat tata kat KL ni. Balik cpt sikit. Jangan smpai mghrb dating tu. Syaiton byk. Ingat2 sikit lagu Jangan Pandang-Pandang ( Ana rafalli dgn Suhaimi ) tu. Kalo dia bagi flying kiss takyah gatal nak tangkap. Biorkan je. Kalo b curang blkg tata, siap b. B ckp, b nak ilang jari telunjuk ke, jari hantu ke, jari manis? Biar cacat. Uwaaaaaa!!

Tata!

p/s : kira korg tau lah si dia tu En Gaban kan? Ntah pape kan aku ni. Si dia konon. Sah2 En Gaban. Tak reti kaber line sungguh aku ni kan? En Gaban kalo baca entry ni agak2 dia suh delete tak? Hahahaha.. Biar kannnn.. Petang ni nak cr mamat mana eh nak ajak dating. Ermm..
Erk!! ( ilang nyawa kang baru tau! )

No comments: