CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 28, 2011

Garisan hitam putih makin malap.

Makin hari makin malap nampaknya garisan hitam putih antara Jenah dengan Kamal.

Makin hari nampaknya makin suram, makin sejuk lepastu kaku.

Jenah cakap kalau pun hubungan dia dgn Kamal occay sesangat. Tapi ahli keluarga Kamal pulak yang tak occay. Maksud di sini adalah sangat tidak occay. Atau bahasa hariannya, tak menjamin ketenangan lah kiranya. Dah lama dah Jenah sabar, taknak besar2 kan hal ni. Jenah tanam sikap positif. Jenah pesan kat diri sendiri insyaallah, takkan ada apa-apa.Semuanya akan occay. Alah, lelama occay lah.

Tapi nampak gayanya makin teruk pulak Jenah hadap. Hati busuk takyah cakap la. Dengki2 lagi lah, dah macam makanan ruji. Yang si Kamal dah takleh cakap dah. Mulut Jenah dah berbuih pesan itu, ini. Tapi Jenah rasa macam takde perubahan pun. Jenah cakap susah, kalau Kamal takde perndirian sendiri. Pantang ahli keluarga dia cakap A, dia ikut je. Padahal sah2 Kamal tau A tu salah. Takleh buat A, kena buat B. Yang makan hati Jenah jugak. Bila susah Kamal cari Jenah. Jenah la yang susah payah, susah hati, susah pala otak mikir utk Kamal. Tapi yang di dengarnya tetap lah ahli keluarga dia yang sokmo sakit hati dengan Jenah.

Pastu kawan Jenah bagi pendapat. Kawan Jenah cakap dalam hidup ni kita pasti akan diuji dengan tiga perkara :

1. Ujian datang dari suami
2. Ujian datang dari keluarga ( probably mertua )
3. Ujian datang dari anak-anak

Jadi kawan Jenah cakap kalau hidup dengan Kamal nampak gayanya Jenah kena hadap masalah dengan keluarga mertua. Tapi kalau Jenah jumpa dengan lelaki lain, mungkin Jenah akan hadapi masalah dengan suami atau anak-anak pulak. Kawan Jenah suh Jenah pilih sendiri. Kawan Jenah cakap kalau ipar duai hati busuk, berdengki macam mana la nak hidup dengan tenang.

Kau tak teringin ke idup aman damai Jenah? Bertepuk tampar dengan ipar duai, masak sama2, makan sama2, g pasar sama2. Kau tak nak ke Jenah? Makan hati tau kalau kau hidup dengan keluarga macam tu. Memang la kau dengan Kamal bahagia, tapi kau bukan kawen dengan Kamal je, kau kawen dengan seluruh ahli keluarga Kamal. Kau jangan memain Jenah. Kau ingat kawen ni kerja kontrak ke, tamat kontrak kau leh pk nak renew ke tak. Kau ready ke nak makan hati? Kurang2 setahun sekali sah2 kau jumpa ahli keluarga si Kamal tu, time ni la diorg nak bubuh kau kaw-kaw punya. Banyak la dah dengar cerita, kes-kes macam ni. Tak ngam dengan ipar duai. Lepas tu bila bini sakit hati, sedih, kecewa sebagainya haruslah laki bini tadi bergaduh. Si suami lak backing ahli keluarga dia walaupun sah2 si suami tahu perangai ahli keluarga dia jenis bushuk. Kalau si suami backing bini, kang ada lak ugutan dari pihak keluarga kata suami ni kena queen control, kena nasik kangkang. Tak pepasal si suami dalam dilema. Pastu gantung diri.

Kalau sakit hati sebab perangai Jenah ni memang memualkan takpe gak. Ini kenal Jenah pun tak. Tau2 dah berbakul2 kata-kata nista untuk Jenah. Yang Jenah lak terpingga2. Apakah? Apa Jenah dah buat kat diorg sampai diorg mengata, mengumpat, mengeji Jenah mcm pernah tidur sebantal, makan sepinggan, panties share sesama, mandi segayung. Apakah?

Tapi siyes aku tak heran. Orang-orang mcm ni masih wujud. Kau ingat hantu syaitan je ke yang wujud. Manusia-manusia mcm ni memang lah wujud. Aku sanggup kawan dengan hantu syaitan dari kawan dengan manusia mulut wangi ni. Kalau kau bela hantu, sah2 dia dgr cakap kau dengan syarat kau bagi dia makan. Tapi kalau kau kawan dengan manusia mulut wangi ni kau buat baik mcm mana pun tetap la kau kena tikam, citer kau dijaja, silap2 diorg tak kenal kau pun kau jadi mangsa tau!

Jenah, aku siyes kesian kat kau tau. Kau sabar jelah ye. Buat solat istikharah, mintak petunjuk. Dia Maha Mengetahui. Dia Maha Bijaksana. Kau mintak la tolong dengan Dia. Harap kau dapat sesuatu yang lebih baik dari Kamal. Kot. Erk!!

Tata!

1 comment:

cHe cHue said...

sian kat jenah sian sian sian :(