CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 27, 2011

Hanya Kerana Kau Seorang Wanita

Hanya kerana kau seorang wanita, mungkin kah kita membiarkan orang-orang yang kita sayangi dibebani ujian, dugaan seorang diri? Sampai hati rasanya kita membiarkan perut kenyang tapi orang yang kita sayangi berlapar. Sampa hati rasanya kita bekerja, punya duit sendiri, berlibur sambil menabur duit atas jalan tapi sanggup melihat orang yang kita sayang terperangkap dalam kekecewaan mengenang nasib tak berkesudahan. Mungkin sangat lah sanggup kita membiarkan jiwa orang yang kita sayangi terbeban dengan seribu satu masalah sedangkan kita bergelak ketawa menikmati dunia tanpa derita. Hanya kerana kau seorang wanita, adalah mustahil kita sanggup bersikap kejam begitu. Membiarkan, melihat dan kemudian berkata 'bukan masalah aku. usaha lah sendiri'. Hati seorang wanita sangat penyayang. Terlalu penyayang sehingga doa seorang wanita = ibu akan sampai dulu dari lelaki. Yang merendahkan martabat seorang wanita ialah mudah tertipu dengan keindahan dunia ( materialistik ). Sanggup kita pergi meninggalkan orang yang kita sayangi yang terkontang kanting dengan bebanan, pergi mencari yang lebih penuh poket dan hartanya. Buat apa tunggu orang yang tak boleh bagi aku kemewahan? Nak makan apa nanti? Boleh kenyang ke makan cinta? Boleh cantik ke dengan kasih sayang? Baik aku cari yang ada duit, ada kereta, ada rumah, ada kerja besar. Baru la hidup aku terjamin. Takyah susah2 kerja, duduk je rumah. Ada bibik, ada driver. Sanggup kan? Senang kan? Jadi bini nombor dua pun takpe, janji kaya. Pakai bomoh pun aku sanggup, janji aku dapat duit poket dia. Janji rambut aku tak kembang mcm perempuan gila, tiap2 bulan pergi rebonding. Janji muka aku cun 24jam, hari2 pergi jumpa Nurul Shukor. Janji pakaian aku penuh satu dewan, gila apa aku nak pakai baju sama utk kali kedua. Hidup dengan lelaki sengkek, kerja tukang cuci nak jadi apa? Aku nak makan makanan mahal2 setiap hari untuk perut aku ni. Ingat makan nasik lauk murah2 perut aku leh terima? ( padahal dari kecik feveret utama wajib ikan goreng dengan kicap ).

Hanya kerana kau seorang wanita, memang banyak yang perlu dijaga. Setiap inci tubuh kita perlukan pakar kecantikan dan perawatan. Baju kena matching dengan seluar, tudung, sepit rambut,  handbag, kasut dan pewarna kuku. Kalau tak matching nanti melangkah kaki dari pintu rumah kena sambar petir. Mati kat pintu rumah. Kau nak?

Hanya kerana aku seorang wanita, hati aku sensitif. Mudah simpati. Bila tgk muka orang yang buat jahat dengan aku time dia makan sorang2, makan lauk telur goreng dengan sambal ikan bilis boleh menitis air mata aku. Jahat sungguh dia burukkan aku, jahat sungguh dia jaja citer aku. Tapi bila dia kena herdik tgh2 org ramai, makan lauk sambal ikan bilis dengan air suam masa hujung2 bulan terdetik gak rasa simpati. Ini kan pulak orang yang kita sayang. Suka duka dengan kita, susah senang dengan kita. Banyak tabur kasih sayang kat kita tetiba kita bersikap kejam hanya kerana 'setiap saat itu duit. takde duit kau dihina. takde duit kau dibenci. orang tak pandang kau. orang ludah je tgk kau sebab gaji kau rm800'. Subahanallah. Jauhkan hati aku dengan rasa itu. Lindungilah hati aku dari sifat tamak harta dunia. Aku memalingkan pandangan aku dari kebendaan. Aku tanam dalam hati, bukan itu yang aku mahu. Aku motivasikan diri, bukan itu bekalan mati nanti. Aku hanya seorang wanita yang hatinya cukup mudah tersentuh. Kudrat aku tak kuat untuk melawan dunia. Tapi aku gunakan hati yang nipis ini melawan dugaan. Aku gunakan jiwa yang lemah ini berdiri menghadapi ujian supaya orang yang sedang dalam kesusahan itu tahu, aku takkan mengaku kalah. Aku sebarkan semangat juang aku supaya dia mampu bangun.

Kudrat aku lemah, tapi jiwa aku kasar. Aku tak suka nampak lemah. Aku benci mengalah. Walaupun aku seorang wanita, tapi aku tak mudah kalah. Aku takkan sekali2 memalingkan hati aku hanya kerana dia tak punya apa-apa. Cuma aku minta dari yang tak punya apa-apa itu, tunjukkan yang kau lebih kuat berbanding aku yang lemah ini. Tunjukkan yang kau mampu berdiri berbanding aku yang mampu teguh walaupun aku berpaut pada dahan mati. Tunjukkan kesungguhan kau berbanding aku yang tak mudah mengaku kalah. Kita menikmati dunia, bukan dunia menikmati kita. Kita hidup di atas dunia, bukan dunia hidup di atas kita. Kita mencorakkan dunia, bukan dunia mencorakkan kita. Kita mengatur dunia, bukan dunia mengatur kita. Kita hidup menunggu mati, bukan selamanya kita hidup di dunia penuh tipu dosa.


Tata!

p/s : agak serius entry ni. maaf kalau ada yang tak bersetuju dengan hasil tulisan aku kali ni. entry ni sekadar luahan rasa sebab dah lama sangat tak berilmiah. lapangkan minda, bukakan hati, jangan sempitkan jiwa, luaskan ilmu supaya jadi modal insan kelas pertama.

No comments: