CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 27, 2011

'Honey'. Tapi bukan maksud aku rela di 'Madu' kan.

Surat khabar kecik hari ni, ala yang dia kat celah surat khabar besar tu. Aku panggil dia surat khabar kecik sebab saiz dia kecik. Ada la cerita pasal madu. Bukan madu yang buat facial muka, makan utk kesihatan tu. Ni madu yang pahit tu. Apasal guna terma 'madu' eh? Padahal bukan sedap pun. Nyakit hati ada la. Ni mesti org lelaki yang memandai-mandai guna terma tu kan? Madu konon. Kaum lelaki jela yang rasa manis nya pun. Yang orang perempuan? Pahit, payau, mencucuk2 anak tekak ni ada la.

Aku teringat kata-kata teman baik Fahri ( lupa nama watak dalam filem tu ) dalam filem Ayat-Ayat Cinta, bila si Fahri mintak pendapat kawan baik dia tu tentang poligami. Kawan Fahri cakap

isteri yang satu itu belum pernah adil.. gimana lagi kalau dua.

Betul kan? Isteri sorang pun selalu je rasa tak adil. Bayangkan bila kena madu. Sah2 24jam aku rasa tak adil tau. Isteri sorang pun mesti ada dialog mcm ni

Abang tak adil! Benci..

Kan? Cuba kalo korang ada madu. Pastu korang tau pulak suami korang belikan barang ( apa-apa jelah ) untuk madu korang. Korang tak rasa jeles ke? Jangan nak tipu korang cakap korang tak jeles. Hati korang salut dengan apa? Besi kalis peluru ke? Mesti ada rasa jeles kan. Silap2 wajib terasa hati, dengki dan sebagainya. Kita ni manusia biasa, penuh dosa. Bukan ada keperibadian setinggi Siti Khadijah r.a. Manusia biasa yang hati banyak noda. Korang ingat nak dapat payung emas tu senang? Tanya dulu kat hati sendiri, mampu ke aku redha, ikhlas? Ingat senang nak ikhlas ke.. Kita buat keja rumah kat rumah sendiri pun terkeluar gak kata-kata mengungkit

Asyik aku je basuh kain, kemas dapur, sapu lantai. Korang duk depan tb je 24 jam kan? Pemalas punya adik.

Tu baru bab ngemas rumah. Dengan adik beradik pun kekadang kita jadi tak ikhlas. Sebab sakit hati kan. Ni kan pulak dengan suami, madu.. Taktau la aku kot2 ada antara korang yang sanggup, ikhlas, redha. Memang aku salute la.

Tapi kan, dah dua kali kes bini pertama kena tetak dengan madu. Gila kan? Dah la dia amek suami orang. Boleh pulak dia tetak bini tua tu. Lepas tu laki dia boleh pulak tinggalkan bini pertama tu berdarah sensorang, dia g bawa bini muda dia lari, nak sembunyikan bini muda dia tu. Dian ingat dia kat Indonesia kot. Ni Malaysia occay, polis2 Malaysia berkaliber kau tau. Kalau korang la jadi bini tua tu apa la tindakan korang eh? Bini tua tu maafkan suami dia tau. Part ni tetiba muka aku biru2 tahan marah. Amarah sungguh aku bila dapat tau akak tu maafkan suami dia, sebab fikir anak-anak. Dah kena tetak kat muka yer, mulia sungguh hati akak tu. Kalau aku.. Tiada maaf bagimu. Tapi taktau la kan, esok2 kot aku gila sangat kat laki aku sampai kena cincang pun aku sanggup maafkan. Hahaha. Mati dah, nak maafkan apa nya. See you in akhirat jelah suami tercinta ku oii.

Ngeri kan? Boleh pulak yang merampas tu menetak. Kalau yang bini pertama tu menetak aku sokong je. Haha. Apalah..

Maniskah bermadu? Rela kah? Sanggup kah? Si lelaki akan cakap 'Ya!' 'Sunnah Rasulullah'. Tang kawen, poligami kemain tetiba boleh ingat pasal sunnah, islam bagai. Masa bagi nafkah, tanggungjawab boleh lak ilang ingatan pasal sunnah, wajib, sunat sume kan? Emang dasar kamu..

Emosi tau kalo cakap pasal hal ni. Patut lah kes perceraian tinggi. Orang perempuan sekarang ni bijak pandai. Dari sakit hati tgk suami amek giliran tidur rumah madu atau madu2, baik la sedih kejap bercerai dengan suami. Takde la makan hati berulam jantung, pencuci mulut buah pinggang. Nasib lah wahai wanita-wanita sekalian. Nak dapat syurga bukan senang, tapi tak susah. Suami yang masuk syurga, isteri pun ikut sama masuk syurga. Tapi isteri yang masuk syurga, belum tentu suami ikut sama masuk syurga. Ni betul2 yer, jangan ingat aku suka2 reka ayat pulak. Gila apa aku nak reka2 fakta islam. Ini benar yer.

Aku bagi ke EG madukan aku? Errrr.. Payung emas kah? Err.. Gulp! Takmau kena tetak! Haha.

Tata!

No comments: