CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 19, 2011

Its An Ariberseri Day!!!

Ni arahan En Gaban occay. Dia suh aku tulis kat blog

Happy ariberseryyy yg ke-4. Smuga kita kekal slamanyaaa.. Dan tata lagi asham dari b, buash2 dr b.

Hampeh kan? Leklok wish ariberseri sempat lagi dia ngutuk aku. Ah! Dia memang mcm tu. Tiap2 hari pun ngutuk aku. Asham lah, buash lah, tiak lah, uncit lah, peluh lah. Sumenya aku. Dia takde pun. Dia perfect je sume. Padahal dia lagi doubleeeeee dari aku. Huh. Puas hati. Hahaha!

Oh then..

Aku : Tak sangka kan, gaduh teruk2, abis sume bhs kurang enak kuar, tp cecah gak 4thn kan sayang?
Dia : Ni atas usaha kita and rezeki Allah bagi. Kalo salah satu xde, xsampai 4 tahun nih.
bla bla bla ( mana leh tulis. sensored! )

Maybe ada yang bc entry ni rasa geli2 nak muntah kan. Takpe2, saya faham. Muntah je kat situ. Takpe. Masalahnya ni hubungan saya yang pertama. Boyfren yang pertama. Ni la first time rasa cintan cintun. Cinta monyet ke, puppy love ke hape2 lah. Abis sume binatang2 kuar kan. Ni lah first time. Tak sangka masih ada jodoh lagi kami ni ( sbg pasangan cintan2 ni la ). Toleransi tu penting. Komunikasi lagi la penting. Dah nasib En Gaban la dapat aku. Ada je tak puas hati mula la aku bercakap ( bukan membebel k! )

b dgr sini bla bla bla. Takleh mcm tu b.. Kita kena la bla bla bla. Tata takmo kita mcm tu mcm ni. Kita kena pandang jauh. Dan bla bla bla lagi.

En Gaban setia je dgr apa aku ckp. Ntah lekat ke tidak. Tp tak kisah, janji apa aku nak ckp aku dah cakap. Tugas aku siap dah. Tugas dia lak kena analisis maklumat yang aku dah sampaikan ( lelaki pakar bab analisis ke? bab mengira power la kan? ah! dulik ). Kesian dia kan. Tapi aku tak suka bebel. Bebel ni lain. Bebel ni benda tak perlu pun kita cakap. Pastu ulang2. Takmo la mcm tu. Cakap yang perlu je. Lelaki ni simple. Tak reti bunga2. Nak cakap tu cakap je. Takyah bunga2, daun2 bagai. Straight je occay. Kalo korg bunga2, kona sana kona sini korg mkn hati jelah. Sampai bulan depan dia tak paham.

Nasib baik la En Gaban jenis penyabar. Aku ni dah la garang, cepat merajuk pulak. Hahaha! Dia? Manja. Manja. Manja. Ha, tulah dia. Errr, takleh tulis bebanyak pasal dia. Kang dia suh aku delete lak entry ni. Haha!

Tata!

No comments: