CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 26, 2011

Maksud disebalik nama. Tata.

Ramai gak yang tanya

Tata? Apa tu? Ditambah dengan effect dahi kerut2. Muka kemot2. Ish, mcm pening pala la nak mikir.

Takyah susah2 mikir. Ni aku nak gtau defenisi dan konsep nama tersebut. Biasa la kan dialam bercinta ni, sumenya indah, manis, gula-gula ( sweet ), bagai dunia kita sahaja yang punya. Jadi panggilan nama jugak haruslah indah, comel2, manja2, aww2 gitu. Takkan nak panggil 'oi' kan? Nama makan kasut wedges? Masa memula bercinta ( baru2 belajar ) dengan En Gaban, aku bantai je panggil 'aku-kau'. Masa tu aku taktau nak panggil apa. Dah la memang kenal muka masa zaman2 pakai uniform putih, pastu jadi kawan baik selama 7 bulan. Sepanjang berkawan tu panggil 'aku-kau' kan, tetiba falling in love lak.. Nak panggil apa? Panggil 'Yang' ke? 'Abang'? Abang lah sgt yer, aritu ber'aku-kau' tetiba nak panggil dia 'Abang' nak pitam lak aku. Aku lak memang rock habis, selamber je 'aku-kau'. Yang si En Gaban masa tu dok bahasakan diri dia 'Caher' ( Shahir ). Erk!! Nama sebenar dia appear kat blog aku. Hahahaha! (maap En Gaban ). Masa tu aku dah start rasa

nape la mcm tak rock je skrg ni eh.. Pening2 gak aku time tu. Aku still la ber'aku-kau'. Gila kuang asam kan aku time tu. Yelah, org tak reti. Gitulah jadinya. Pastu En Gaban panggil aku 'Yun' ( nama panggilan aku dalam family ). Aku pun layan kan jelah. Jadilah 'caher-yun'. Masa tu siyes aku rasa teramatlah skema. Hadapkan jugak lah sebab budak baru belajar kan. Memang la agak ngok. Pastu ada la unsur2 'cayang' dalam msg. Jap2, kalo ada yang dah start pening2, nak muntah, loya dan sebagainya sila keluar saja dari blog ini. Sebab arini mood nak memperjelaskan asal usul nama 'Tata' itu. Complicated tau ( konon lah sangat ). Pastu dia panggil aku 'Hany' ( Honey ) aku pun panggil lah dia 'B' ( baby. bukan bab! ). Ber'hany-b' lah kami pastu. Lepas tu ntah mcm mana, dia bantai panggil aku 'Tata'. Ish, nak jelas kan kat sini pun aku pening2 ni. Sebab aku sendiri rasa nak muntah. Siyes!

Memula aku tak rasa pelik. Sebab dia memang selalu panggil aku dengan nama pelik2 ni. Contohnya :
1. Ata ( mata sepet. aku tak rasa pun. sah2 mata aku ni bulat, mata melayu. dia tu yang sepet kata org lak )
2. Tiak ( ketiak. hampeh kan?! )
3. Peluh ( sebab aku kuat peluh. sangat hampeh! )
4. Gelojoh ( sebab aku selalu ptong Q. ada ke b? )
Tapi aku tgk En Gaban mcm menjadi2 lak panggil aku nama 'Tata' tu. Dah lelama tu aku pun tanya la apasal panggil aku mcm tu. Pelik sgt je. Pastu dia jawab Tata Young. Ah! Aku nyampah. Xyah la nak perli2 hany kan. Pastu dia buat tak paham bahasa. Ilang dah nama 'Hany' aku. Terus dia ber'Tata' dgn aku. Aku 'Hany' gak. Sampai satu tahap, dengan aku-aku sekali ter'Tata'. Dalam FB dia selamber je panggil aku 'Tata'. Kengkawan rasa pelik je. Aku lak rasa malu. Jadah la nama mcm tu kan. Dengan kengkawan UPM dia boleh dia bantai perkenalkan

ni kuih raya Tata aku buat.

Sadis gila aku rasa. Tak pasal2, kawan dia Fazlyna panggil aku 'Tata'. Sekarang jadi adik angkat kitorg. Diulangi, kitorg yer. Kalo adik angkat En Gaban sorg memang lain je aku rasa kan.. Hahaha. Faz, faz tetap adik akak yang cumel. Mmuah! Occay, cukup. Si SB ngan Naqi pun panggil aku 'Tata'. Apasal tak heboh satu UPM tu pasal tata? Baru la glamer kan.. Nak marah pun takleh. Hadap jelah. Aku redha ( hahaha ).

Aku lebih rela dia panggil aku 'tiak'. Lantak lah ketiak ke apa ke. Bukan apa, aku takut ada org cakap aku ni gedik. Nama Tata konon. Geli aku. Haaa.. tu yang aku takmo tu. Diorg bukan nak tanya ke apa ke, suka-suka je tuduh aku camtu. Padahal sah2 salah En Gaban kan? Jangan ada pulak cakap aku bajet cun pakai nama Tata. Argghh! Tension la aku. Nama tu En Gaban yang gatal mulut bagi. Bukan aku mintak

Sayangggg, panggil la ai Marie, Joanne, Jennifer Lopez. Panggil laaa, panggil laa.. Pleaseeee.. Kalau b tak panggil ai dgn nama2 omputih tu ai bunuh diri.

Aku sendiri geli dia dok panggil aku Tata,Tata,Tata. Serabut tau. Nape aku layan? Dah boyfren aku, layankan jelah. Takkan nak marah2 pasal nama kan. Lantak dia lah nak panggil aku apa pun. Dah dia yang nak panggil, bukan aku suruh. Kadang kita ni tak pepasal jadi bahan mulut org kan. Takpe lah, aku cakap kat En Gaban

Tgk, ni sume salah b. Gatal2 panggil nama 'Tata'. Kan dah org salah anggap. Suka2 ngata tata mcm tu.

En Gaban? Orang lelaki lah namanya.. Buat dek jelah. Tetap jugak dia panggil aku 'Tata'. Aku? Pasrah jelah. Dah boyfren aku nak memang jenis suka panggil aku dengan pelbagai nama. Nak buat mcm mana kan? Kalo rasa2 sakit hati, suruh la laki/boyfren korg panggil korg Fasha Sandha ke, Dato' Siti ke, Hillary ke kann!

Sekarang ni En Gaban dah pandai panggil aku 'Marie'.. Aku? Semakin tertekan kau tau! Nama tata Nur Saila anak En Norman la b, sah2 tata ni melayu tulen. Asli. Pakai kain batik, makan kerabu jantung pisang tauu! Jangan la mengarut sgt b oiii.. Kang ada lak kata tata ni tebiat nak mamp*s lak.. Huhuhuhu!
Aku jugak yang kena kan? Tapi kan ada jugak suara2 nyaring cakap

Lantak lah, hal korg laki bini. Dulik la apa orang nak kata.

Err.. belum laki bini lagi. Belum, belum dan belum. Konpius aku!

Tata!

No comments: