CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 24, 2011

Salah ke jadi perempuan? Salah ke?

Mood yang perlu digunakan untuk baca adalah ' sendu+sedih+feeling air mata light2'.

Entry ni di kredit khas utk para gadis, wanita, perawan, perempuan sahaja. Bahasa dan nota di bawah khas utk para lelaki, jejaka, teruna, badang dan yang sama jenis dgn yang gagah2 perkosa ni lah.

Ni aku nak start bebel ni. Lantak lah org nak muntah ke apa ke kan. Nak bebel gak. Ni, aku nak gtau, kalo dah namanya perempuan kan wajib la sensitif, cepat terasa, laju2 nangis, merajuk, nak dipujuk, nak kata2 bunga, bahasa tapis2, puji2 bagai. Tu pasal la namanya perempuan. Kalo tak suka benda2 tacing geli-geli ni takyah la kami ni jadi perempuan. Jadi lah lelaki mcm korg2. Tomboy? Hello, kalo dah hati tu cop kaler pink, ko pakai la seluar, tie, kemeja lengan panjang, rambut ko buat mcm KFCM ke, kalo hati ko tu pink, tetaplah pink. Perempuan bengis garang mcm harimau lapar? Tetap la nangis dalam hati. Luar je muka ketat habis, berkerut2 tahan marah, padahal dalam hati dah lebat dah hujan air mata.

Cuba la korg yang lelaki2 ni tanya kat perempuan2 atas muka bumi ni, ada ke yang tak sensitif? Tak cepat nangis? Ada? Kalo ada tu sebab dia sengaja meninggikan ego dia supaya dia tak nampak lemah. Tapi sampai bila? Satu hari, jatuh berderai jugak air mata dia dek terasa hati dgn layanan suami yang acuh tak acuh, sakit hati dapat laki meyakitkan jiwa. Sebab tu perempuan yang diam, simpan semua kesedihan, kesakitan, kekecewan dalam hati, perempuan tu jadi seorang pendendam, pembenci. Korg suka ke dapat yang pendendam? Silap2 time korg tgh tido dia siram asid kat muka korg.

Perempuan ni mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda. Sebab tu kalo perempuan ni merajuk ke, marah ke, terasa ke memang amek masa utk ok. Yang korg ni sang lelaki, suka2 cakap perempuan ni kuat merajuk, suka merajuk lama2 kan? Lain kali kaji dulu sebelum tuduh2!

Aku tetap tak puas hati kalo lelaki ni cakap rimas lah dengan perempaun kuat merajuk ni. Dah mcm tu sifat perempuan, nak buat mcm mana. Merajuk yang berpada2 tu apa salahnya. Merajuk tu perlu kan, kalo tak merajuk nmpk sgt la kita ni jenis tak kisah dengan hubungan kita kan? Nak jadi apa jadi lah, aku pedulik apa. Mcm tu korg nak ke sang lelaki? Kalo aku merajuk takde la aku harap sgt bunga mawar merah 5 dozen dpn rumah aku. Tak pun coklat Cadbury 5 kotak. Cukup la cakap

sorry sayang, tadi saya ada buat awak sakit hati eh? awak merajuk dengan saya eh? sorry eh..

tak pun

saya tahu saya salah tadi sebab cakap kasar dengan awak. saya mintak maaf eh.. saya tak sengaja..

Mahal sgt ke? Lebih mahal dari harga bunga mawar merah dgn coklat Cadbury tu ke sang lelaki oiii? Dah la bagi kita sakit hati, terasa, sedih, merajuk. Maaf dah la takde, siap tambah marah2 pulak

ni apa lagi tak kena ni? asyik nak merajuk je.

Hoii, sah2 la kita merajuk sebab dia. Tak kan sebab kucing aku makan ikan tak habis aku nak merajuk, menangis kat dia pulak kan? Kalo takde angin takkan pokok leh bergoyang. Kalo bukan sebab sang lelaki mengeluarkan kata2 kasar, takkan la kita nak terasa hati pastu merajuk pulak kan? Sah2 org perempuan ni ada angin tiap2 bulan. Salah ke? Masalahnya org lelaki ni taknak study psl perempuan. Taknak bertoleransi dengan sifat semulajadi perempuan.

Kita ni ada sifat masing2, mmg takkan sama antara lelaki dengan perempuan. Cuba la faham. Memang la korg akan cakap

ah! asyik lelaki je nak kena faham. nak kena pujuk. nak kena cakap baik2.

Dah tu sape yang akan jadi ketua? Perempuan ke lelaki? Sape yang ada kuasa sebagai manusia yang dipercayai boleh memimpin? Perempuan ke lelaki? Sebab lelaki itu adalah ketua keluarga, bakal ketua keluarga, maka haruslah lelaki belajar mcm mana nak handle masalah2 dalaman wanita ni. Hati dia. Kelembutan dia. Kerapuhan hati dia. Korg la kena belajar, amek tahu. Kalo taknak amek tahu dengan alasan

ah, malas aku. banyak lagi hal lain aku nak pk. takde keja aku nak pk hal sentap-sentap ni.

Takyah la berbini, takyah ber'girlfren'. Dok bujang sampai ke tua. Tak pun layan je kaum sejenis korg. Sehati sejiwa kan? Geli aku. Tak layak la korg jadi ketua keluarga. Hati bini pun tak reti nak jaga. Bini ko nak. Hati bini ko buat alas kaki je. Memang patut pun kekadang 'Suami Mangsa Dera'. Dah susah sgt nak faham apa bini nak. Elok2 bini protes cara halus ( majuk2 mintak dipujuk, marah2 mintak dibelai, sakit hati mintak dimanjakan) korang yang sengaja mintak bini protes cara kejam (simbah asid,lari ikut jantan lain, potong anu dsbg ). Korang yang mintak. Jangan nak salahkan perempuan yer!

Susah sgt ke nak jaga makhluk paling lembut hati nurani ni? Rasanya susah lagi nak bela singa kat Zoo tu kan? Pelik lah aku.

Tata!

7 comments:

Eifa said...

marah betul cik adik ni....
Lain kali, bila dia ckp mcm tu lg bg pnampar bnyk2 kali, pastu kamu lari belakang mak :)
hahaha.....

cHe cHue said...

tu pasai la ramai kaum azwan ismail skang nih he he he - nk try la - ko stuju x aku nk jadi mcm dorng2?

Cik Yunn said...

to Eifa : haha.. nyorok blkg bapak la. molek lak bapak pegang rotan dgn misai lebat melentik.. heee~

Cik Yunn said...

to che chue : ko jgn buat pasal. mana En Abu nak letak muka? hahaha.. kalo kapel dgn sesama jenis takde yg sentap ke? ada pny.. sentap tetap sentap. i dong care! haha

Lady Eyra said...

sangat suke entry nie..nak pinjam sehelai due ayat erk...nak sound bf nie..kebetulan ngah angin ngan dye hahaha..

Cik Yunn said...

Lady Eyra : boleh je awk.. Sharing is caring..
sorry eh saya lambat reply komen awk ni..:) thx sudi bc entry kat blog ni :))

Kalam Suci said...

Kan... memangla kdg geram.. tp nk wat cmne..kalo dpt yg xpndai pujuk..kte kne pujuk dri sendiri