CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 2, 2011

Aku sombong ke??

Hahaha.. Tak marah pun. Buat apa nak marah kan. Orang nak nilai kita, terpulanglah diorang nak nilai kita mcm mana. Setakat ni orang yang kenal aku takde pun cakap aku ni sombong. Jadi, bila orang yang TAK KENAL kita ni lelebih cakap kita sombong aku tak kisah pun. Yelah, orang tak kenal kita kan.. memang la cakap kita mcm2.

Tapi tu lah, lucu tau bila orang yang tak kenal kita leh cakap mcm2 pasal kita. Mcm kenal sangat-sangat lak. You should know me well enough.

Aku sombong eh? eh? Hahahaha.. Yelah2.. Aku ni sombong. Sombong dekat orang yang buat taik dengan aku. Kalau orang buat baik kat kita wajib kita balas baik kat orang tu. Tapi kalau orang buat hal kat kita pun sepatutnya kita buat baik kat orang tu. Tapi kalau kau tak mampu nak buat baik kat orang yang buat hal kat kau, kau diam buat dont know jela dengan orang mcm tu.

Tapi kan, aku menyombong mcm orang tu cakap pun bersebab. Sebabnya? Aku buat muka, muka ketat. Yeke? Masa tu aku kat kedai mamak eh? Aku kat shopping complex eh? Jumpa diorang tetiba paling muka sambil buat muka masam. Aku taktau pulak aku ada buat mcm tu. Ada eh? Seingat aku takde lak aku jumpa diorang di tempat2 sosial seperti itu. Makin aku diam makin menjadi lak kisah2 sombong aku tersebar. Aku nak balas2 ni takde la, aku bukan jenis membalas2. Banyak lagi hal meeting aku nak pk. Biar jelah kebaikan orang Allah yang balas. Aku buat biasa je. Tapi dalam hati sape tak marah kan bila orang sesuka hati label kita dengan simbol2 kurang enak. Tapi apa kuasa yang aku ada nak halang diorang. Orang cakap aku sombong, aku cakap yeke? Kawan dulu dengan aku. Jangan memandai2. Kalau taknak kawan gak, takpe la. Aku tak rugi 10sen pun kalau kau label aku 'sombong'.

Bak kata cikgu sains aku masa darjah lima dulu : biar kita ni pandai-pandai, bukan memadai-mandai.

Lagi satu prinsip aku kalau aku tak suka orang tu aku takkan cakap pasal orang tu. Buat aku sakit mulut, sakit hati babe kalau kita cakap pasal orang yang kita tak suka tu.

Temah pakai baju kebaya arini. Ingat lawa la tu..

Temah punya FB ada picture baru. Rambut kerinting mcm megi weih..

Eleh Temah tu, aritu aku jumpa dia kat sini sini, sombong. Senyum pun tak.. Ingat dia bagus sangat la tu.

Temah tu, tgk pun tau jenis apa bla bla bla bla..

Apa aku dapat kalau aku asyik cakap pasal Temah padahal aku nyampah dengan dia. Buat ulser kat mulut kan? Lain padang lain belalang. Lain orang lain ragam. Tak heran la. Hati dengan akal yang membezakan seseorang.

Aku salute dengan lecturer shantik aku Cik Nor Basyiroh. Dia cakap

kita kalau kenal dengan seseorang jangan sesekali pandang rendah kat dia. kita kena letak kan nilai kat orang tu setinggi-tingginya. biar orang tu yang menurunkan nilai diri dia sendiri. biarkan orang tu yang tunjukkan sape diri dia. jangan kita memandai2 nilai orang.

Jadi, kepada orang yang cakap saya sombong tu ikhlas saya cakap saya tak kisah. Nak label kan saya apa2 pun saya tak kisah. Nak bising2 pun apa saya dapat. Saya tetap mcm ni. Dari pk mulut orang baik pk mcm mana nak tingkatkan diri jadi lebih baik. Saya tak pernah nilai kamu2 dengan label yang kurang enak. Sebab saya tak kenal pun sape kamu. Dont worry, saya bukan jenis nak balas2. Saya sombong? Saya 'ya' kan je. Nak cakap 'tak' pun bukan kamu nak faham. Sebab saya faham kamu memang tak suka saya. Saya tak paksa pun. Saya bukan budak failed SPM. Saya bukan keja cuci lantai. Saya bukan pelacur kelas atasan. Saya kenal sape saya. Kamu yang tak kenal sape saya, saya tak kisah pun.


Tata!

No comments: