CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 28, 2011

Bengang Dengan Lelaki Suka Menipu Nih!!

Kalau korang dapat boyfren atau nama khas nya boyafren yang kaki kelentong ni korang nak buat apa eh dengan itu mangkuk?

Kisah 1
Boyafren korang buat mcm ni kat belakang korang

Boyafren : nak kenal dgn awak leh tak?
Pompuan : boleh je..
lepas borak panjang
Boyafren : kalau abg panggil 'syg' boleh tak? ( mula merenyam tiba-tiba )
Gelifren : gf abg tak marah ke abg panggil saya 'syg' ?
Boyafren : abg takde gf..

Jadah haram sungguh kan? Kalau mcm ni pulak

Kisah 2

Korang dapat tahu yang boyafren korang rupanya banyak ber'couple' dengan pompuan2 lain. Selama ni korang tertipu hidup2. Bila korang tanya kat boyafren korang dia jawab

Boyafren : mana awak tahu sume ni? Jangan dengar cakap orang!
Kamu : Apa pulak, saya nampak dgn mata saya sendiri!
Boyafren : Mana buktinya?
Kamu : FB, email, Freindster, SMS, chatting.. Sume tu lah buktinya!
Boyafren : Ohhh.. Jadi selama ni awak skodeng saya? Awak ceroboh hak peribadi saya? Gf apa awak ni? Tak percaya dgn bf sendiri? Awak ni tak amanah tau tak? Saya ni siapa pada awak? Kenapa awak buat saya mcm ni? Awak buat saya kecewa tau tak? Sampai hati awak tak percaya kat saya!

Pandai dia pusing ayat kan? Bidang psikologi kata Reverse Psikologi. Dia psiko kita pulak. Patut dia yang salah. Tetiba jadi salah kita pastu jadi mcm ni

Kamu : saya bukan ceroboh, tapi saya curiga dgn kelakuan abg sejak kebelakangan ni
Boyafren : sama la tu, nape awak mesti curiga? Awak tak percaya abg kan?
Kamu : Bukan, saya percaya abg -
Boyafren : abis tu? sampai hati awak buat abg mcm ni ( ntah apa motif ntah )
Kamu : tak abg, saya syg abg.. saya takde niat pun nak ceroboh hak peribadi abg ( nangis )
Boyafren : terpulanglah kat awak nak percaya abg ke tak, semua tu cuma adik angkat abg je. awak rasa abg ni jahat kan? abg tak paksa awak percaya abg. abg kecik hati sgt dgn awak ( buat2 nangis )
Kamu : abg, saya mintak maaf.. saya janji saya tak buat lagi.

Haram sungguh. Elok2 korang nak fire dia, dia batai fire korang dulu. Siap siram air kat korang. Habis padam api korang. Dalam hati boyafren tu gelak syaiton. Sebab tak kena fire dgn korang, dgn kelicikan dia, korang lak yang kena.

Tolonglah wahai boyafren sekalian. Apa korang rasa kalau orang buat kat adik pompuan korang mcm tu. Marah ke? Buat apa nak marah. Kau pun sama. Sesuai la tu kalau orang buat kat adik pompuan kau gak.

Ada banyak sangat boyafren kat luar sana tu. Yang betul2 lelaki sejati pun ada. Tapi kesian la, elok2 ada lelaki baik, dah tercemar sebab boyafren2 daratan nih. Peringatan buat kaum wanita/gadis/perawan, hati2 lah mendekati sang arjuna nestapa ni eh. Ada tu, bodoh2 g percaya mamat hayun mcm ni. Baru ayat sikit dah cair, bukan bagi kunci kereta pun. Ayat manis je, guna air liur busuk tu dah cair, dah terpikat. Apa murah sangat ke harga diri sang gadis skrg ni? Tak semua yer! Yang kurang akal tu sahaja.

Mcm pengalaman aku, selalunya bila ada mamat mana ntah add aku kat FB laju je diorang chat. Baru2 ni ajak aku dtg g tempat dia kat Kuantan. Jadahnya ntah! Aku kenal dia pun tak. Ajak beriya2, aku dah cakap taknak tu taknak la, dia ajak lagi. Aku cakap aku takde kenalan kat sana, buat apa nak g sana. Semata2 nak jumpa dia? Gila! Bila aku pancing sikit cakap aku takde kawan nak bawak teman g sana, dia leh cakap 'saya kan ada' Hahahahahaha! Siyes itu mamat kaki penjahanam. Dapat pumpuan pastu ntah apa dia buat. Lepas habis jahanamkan pmpuan dia buat bodoh je. Please la girls, jangan jadi bodoh yer sayang.. Bukak mata hati luas2. Nilai kita tak terbayar oleh sesiapa. Hati kita tak tertanggung azabnya kalau disakiti. Maruah kita tak boleh dibeli. Kalau habis sume tu, kita nak cari kat mana sebagai ganti?

Wake up girls!!

Tata!

3 comments:

Eifa said...
This comment has been removed by the author.
Eifa said...

Siapalah mamat yg dimaksudkan ni. nk tgk muka dia gak, hansem sgt ker....meh sini nk rendam dlm air panas, kihkihkih.

Cik Tata said...

ada kat FB, g lah tgk :D