CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 16, 2011

Ikut Couple Baru Ber'shopping'

Acara wajib time buring of course lah buat excersice kaki kat Times Square. Oh ya, jangan lah di tanya kenapalah aku suka sgt g Times Square tu. Aku pun taktau. Maybe sebab susunan kedai yang kemas, kaki lima yang mudah untuk di susuri, salesgirl yang ramah tamah, ramai bebudak pelbagai ragam atau pun sebab Times Square mmg tempat paling simple, mesra dan cepat dalam konteks berhujung minggu kot. Ntah, aku pun taktau apa aku ngarut. Senang kata dah aku suka, nak buat mcm mana kan.. Huhu

Mcm biasa la, bila kaki dah penat, perut wajib lah lapar. So, jom singgah McD. Skrg ni McD dah ada sentuhan lucu tersendiri bagi kami. Apa lagi kalau bukan kes gadis tak pandai tekan sos kat McD la. Ala, cerita yang ni ha. So, tiap kali msuk McD wajib lak kami ada conversation mcm ni

B, g amek sos eh. Tata tak reti.

Eh, apa lak. Tata la.. B tak reti nak tekan2. Nanti b pusing2 benda tu..

Keji kan? Tapi bukan aku yang keji, En Gaban yang kejam. Ngajor aku bukan2. Tgh2 layan shake perasa stroberi, tetiba En Gaban dapat sms dr En Wan Osali. Jejalan dgn girlfren upanya. Kami ajak dia singgah McD. Mcm ajak singgah dtg rumah kami lak. Beberapa minit kemudian EWO pun tiba dgn girlfren dia. Sungguh la sengal aku ni, dh brape kali jumpa dgn diorg asyik lupa je nak tny nama girl EWO tu. Apakah aku ni kan? Tapi aku panggil girlfren EWO cik misi jelah yer. Sbb gadis tu buat nursing.. cik misi la kan,kan.. Dah abis citer pasal bola dan motor, orang lelaki berdua tu senyap. Dah abis citer la tu. Pastu baru EWO teringat yang cik misi dia nak beli belah sikit.

Jom, cari2 baju ke seluar ke.. EWO ngajak.

Lum gaji lagi la.. Haha

En Gaban jeling. Hehehe.. Biasa la, org pmpuan kan.. Mana leh lari dari shoping moping ni. Dipendekkan citer, aku dgn En Gaban pun ikut la EWO dan cik misi dia mencari sehelai baju. Untuk pengetahuan kaum lelaki, kaum wanita ni tak kenal erti penat, sakit sendi, sakit pinggang, pedih tapak kaki tiap kali bershopping yer. Lagi banyak kedai medai, lagi sehat kaki kami tau.. Haha. Setelah aku kuar masuk kedai2 yang aku suka ( tanpa En Gaban. takmo paksa2 dia ikut. suka hati dia lah nak ke mana pun. janji dia tak hilang ), aku drg EWO mengeluh. Letih dia ikut cik misi dia kuar masuk kedai. Takpe lah, bukan lama pun..

Pastu En Gaban bisik kat aku

lagi dasat awek wan dari tata..

nape?

sume kedai dia masuk. tata leh tahan lagi, nak masuk pilih2 dulu.. dia tak, sume dia masuk..

Aku tgk blkg. A'ah. Cik misi masuk semua kedai yang ada. Sederet tu, sume dia masuk. Hahahaha! Dasat. Aku pun salute. Aku pun surrender kalo mcm tu. Sume kedai nak masuk.. Shoplots kat Times tu brape ratus.. Tercabut lutut. Huhu! EWO bantai mogok. Dia bersila lak atas 'kerusi org penat'. Ala, kerusi utk org2 lelaki yang penat tggu isteri,gf, tunang, simpanan atau sebagainya bershopping. Nasib baik En Gaban ada sebagai peneman. Kalau tak? Merangkak la EWO kat Times tu. Cik misi still dgn misi dia. Buat2 tak paham yang EWO dah lelah. Haha.









Ni wajah2 bosan sang lelaki









Di akhir kisah, dapat la sehelai baju. Punya la cik misi pusing keliling.. Sehelai je.. Hahaha. Aku dgn En Gaban relax je sbb kitorg mmg mcm gitu. Stakat eskelator Times.. Kacang hijau je.. Hahaha ( belagak bengong ). Tapi kalau tiba saat nya aku nak shopping aku tak ajak En Gaban. Tak tenang aku nak pilih2 tau.. Asyik terganggu dgn wajah resah En Gaban. Nak ke tandas lah, lapar lah, sakit perut lah.. Hishh.. Hilang fokus tauuu!


Tata!

No comments: