CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 22, 2011

Jangan Mengajar Budak Jadi Kurang Bijak

Dalam mengisi saat-saat terakhir hari ini, sebelum kita berjumpa lagi pada 28hb Febuari, aku tersentap pulak dengan fenomena ngeri datang dari seorang manusia yang bergelar dewasa/matang. Apakah aku terlalu emosi, atau aku terlalu menyibuk perihal orang lain? Oh, aku tidak menyibuk. Tapi aku rasa sedih dan kecewa, bila mana seseorang yang cukup dewasa memberi tunjuk ajar yang sangat biadap kepada manusia yang belum cukup cerdik akalnya.

Kisah 1

Seorang wanita mengajar anaknya mengutuk,mengeji,mencerca individu lain. Contoh

Wanita : tgk perempuan tu.. gemuk kan? eeeiii.. hahahaha!
Si anak : hahahaha.. gemuk.. ( hanya mengikut )

Manakah akal dan kematangan si wanita dalam memberi pendidikan kepada si anak? Memang aku belum punya anak. Belum pernah menjadi ibu. Tapi setiap dari kita harus malah wajibkan diri sendiri mencari ilmu dalam mendidik anak2. Kalau mcm ni lah cara si wanita mendidik anak2, aku tak rasa marah pada si anak. Tapi rasa betapa kurang pandainya ( bodoh lah tu ) si wanita mencurahkan kematangan dia. Matangkah dia? Bukankah seharusnya kita

Wanita : Setiap orang ada kekurangan.. Jangan sekali-kali kita menghina orang lain ye.. Berdosa kita menghina ciptaan Allah.
Si anak : Ohh ( menyerap kebijaksanaan yang kita curahkan )

Aku cakap ni pun sebab aku dengar dan nampak dengan pancaindera aku sendiri. Apalah bengong sangat manusia dewasa mcm tu kan. Dia mengajar si kecil bersikap kurang ajar. Budak-budak, mana tahu apa-apa. Apa kita ajar, itu lah yang dia ambil. Bila dah besar, si anak jadi tak tahu hormat orang. Kurang ajar, mulut celupar. Siapa yang ajar. Bila kita dah tua, dia kurang ajar dengan kita, kita nak buat apa? Nak lempang? Nak tengking? Boleh ke bila rebung dah menjadi buluh? Anak-anak mcm ni lah bila di alam persekolahan dia menjadi budak yang suka mengejek rakan-rakan sekelas. Yang dapat kesan negatif ialah rakan-rakan sekelas yang jadi mangsa ejekan. Dah rakan sekelas yang jadi mangsa tu mengumpul aura rasa rendah diri. Hilang keyakinan. Anak-anak siapakah? Kalau bukan anak dari manusia yang hanya pandai buat anak, tapi tak pandai mendidik anak2.




Kisah 2

Si Anak : Tadi masa kat sekolah, D tolak kepala saya..
Si Bapa : Ye? Esok kau pergi sekolah, kau tumbuk budak tu.

Yang ni pun aku dengar sendiri dengan telinga aku. Apa ke gila bapak budak ni. Aku yang dengar terkedu habis. Mcm ni ke dia ajar anak dia. Memang lah niat dia supaya anak dia tak kena buli. Tapi secara tak langsung dia mengajar anak dia menjadi pembuli. Ajarlah anak benteng pertahanan dari hati. Bukan dari perlakuan. Ajar anak erti kesabaran, nilai-nilai murni kan lebih bermakna. Kalau rasa anak kita dalam bahaya, kita sendiri datang ke sekolah berjumpa dengan guru  kelas. Bagitahu apa yang telah berlaku ( bukan g serang budak tu, dan bukan jugak serang cikgu ). Tunjukkan kematangan sebenar, bukan tunjuk samseng pada yang tidak perlu. Kasihan si anak, membesar menjadi pembuli, mungkin ketua ssamseng. Dapat pulak lesen besar dari bapak, lagi la menjadi-jadi. Tu yang banyak jadi si tanggang dengan anak ku sazali.

Apa semua ni? Manakah modal insan yang kita cari? Siapakan yang bakal mencorak negara kalau anak-anak di ajar ilmu salah. Bijak di buku, pandai atas kertas. Tapi jiwa, sikap, adab, peribadi hancur. Salah anak-anak kah? Salah si suami dan si isteri hanya tahu mengumpul anak, tapi tak berkualiti. Ramai takpe, tapi ajar, asuh dengan adap sopan, iman dan kesabaran.

Aku berlebih-lebihan ke? Huhuhu.. Bukan nak tunjuk bagus. Tapi ini apa yang aku faham. Kalau ada yang lebih advance aku sudi berkongsi ilmu. Aku belum pasti bila akan menjadi ibu. Tapi aku tahu, bukan senang untuk menjadi ibu cemerlang. Ganjaran pahala yang dijanjikan perlukan usaha dan ketahanan mental+fikizal+rohani yang kukuh.


Tata!

No comments: