CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 17, 2011

Mengapa Ada Wanita TIDAK GEMUK ( biarpun tanpa diet )

Pelik mcm mana leh berlaku. Tapi ia bukan mustahil kalau kita bijak memilih kualiti berbanding kuantiti.

Jelik tak ayat kat atas? Maksud aku yang tukang taip ayat tu, mcm jelik je kan. Haha.. Tetiba terasa nak taip info kat sini utk pembaca2 tersayang. For sure yang lalu lalang kat sini kaum wanita, kaum cantik2, comel2, seksi2, ayu2, sopan2 kan.. Jadi gatal tgn sikit nak share pasal diet. Kalau nak suruh aku yang diet mmg tak lah jawab nya. Time lunch wajib mkn berat. Suruh aku makan ala kadar, ringan2, wajib lah aku meroyan nnt. Metabolisme tinggi melampau, mkn apa je lesap. Nak naikkan berat badan mcm tunggu kucing bertanduk. Abaikan! Jom kongsi info kat blog picisan ni :)

Ingin contohi diet wanita Perancis? Mereka makan apa saja yang disukai. Perancis hakikatnya "diliputi" kafe serta restoran, tetapi masalah obesiti dan penyakit berkaitan jantung penduduknya adalah terendah di dunia. Itulah yang menariknya tentang French Women Dont Get Fat - sebuah buku anti-diet hasil tulisan Mireille Guiliano. Dalam buku tersebut, Guiliano berbicara tentang budaya Perancis dan bagaimana ia menekankan budaya makan untuk keseronokan tetapi menggalakkan rakyatnya memberi tumpuan kepada kualiti berbanding kuantiti. Budaya mereka mengamalkan kunyahan perlahan, dan duduk di meja sehingga habis hidangan. Selain itu, rakyatnya cenderung mengambil bahan segar dalam jumlah kecil, berbanding sepinggan makanan segera.

Isu lain yang turut disentuh Guiliano termasuklah makan secara terburu-buru. Di Malaysia contohnya, ramai gemar membungkus makanan tengahari dan menikmatinya di pejabat, atau membeli hidangan beku di pasar raya dan simpan berhari-hari dalam peti sejuk. Bezanya di Perancis, rakyatnya lebih gemar menggunakan bahan segar yang dimasak sendiri di rumah.

Satu lagi keistimewaan budaya mereka ialah tidak wujud amalan menikmati hidangan di meja makan sambil mata pula menjamu siaran televisyen. Mereka sebaliknya akan memberi tumpuan kepada makanan yang sudah terhidang di depan mata, dan seterusnya dinikmati perlahan-lahan agar semuanya dapat dihadam sempurna. Kesannya, rasa lapar lebih cepat hilang dan tiada keperluan untuk meminta pinggan tambah ( nasi tambah la tu ).

Kesimpulannya, biarpun program mengubah keseluruhan budaya pemakanan adalah mustahil bagi sesetengah individu, tapi sekurang-kurangnya ubahlah sikap kamu terhadapnya. Benar kamu bukan wanita Perancis, namun kamu juga boleh memilih di antara kualiti atau kuantiti - amalan yang memastikan mereka kekal langsing.

p/s : bukan ke dalam Islam, Nabi s.a.w sendiri ada berpesan kunyah 44 kali, masa makan jangan bercakap, makan sebelum lapar benti makan sebelum kenyang, jangan gelojoh, makan dgn kuantiti sedikit ( jgn bazir ). Relevan tak dengan Guiliano tu. Kita nak tunggu org Perancis lah, org Amerika lah, org Jepun lah bercakap baru nak sedar kan. Padahal Nabi s.a.w banyak tinggalkan sunnah. Jom pakat2 bukak minda :)

Tata!

2 comments:

*Miss Geli^ said...

ahkak makan banyak, kunyah dua tiga kali, telan, lepas makan tido,
tak gemuk jugak..hahah..camno?

Cik Tata said...

kena menuntut ilmu dr ahkak ni.. ahkak gtau la apa ilmu ahkak.. nnt sy tulis. leh kalahkan wanita perancis.. hahaha!