CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 21, 2011

Menggorek Kenangan Silam

Kali ni entry saje gatal2 nak mengungkit kenangan masa kecik-kecik dulu.

Sabtu baru-baru ni aku g makan Sate Kajang Haji Samuri! Langsung tak plan tau. Bila di tanya oleh En Qausar nak ke mana, aku jawab jom layan kona Bukit Ampang. Boleh lak mcm tu kan? Ingat trek ke? En Qausar laju je menuju ke Bukit Ampang. Masa tgh layan kona, aku mengusul kan cadangan kat En Qausar

jom jalan sampai Sg Congkak..

jommm..

Disebabkan aku ni mahir dengan jalan di Hulu Langat itu, jadi aku pun jadi penunjuk jalan. Mahir yer? Last2 aku tak ingat simpang masuk ke Sg Congkak. Kami terus slamber sampai ke hujung. Siap ada sign board Bukit Nuang. Leh nampak tau Bukit Nuang. Gila kan? Terlajak melampau. Masuk kawasan org asli. Siyes damai sgt. Bau rumput, bau air sungai.. segar gila. Takde la mcm kat KL. Sesak. Jiwa kacau. Hahaha!

Lepas sesat jalan, perut pun lapar. En Qausar ajak makan sate kajang. Takkan nak cakap

taknak lah.. kita balik makan kat KL jelah eh,eh,eh..

Terus naik hiway. Ikut jalan baru. Kalau ikut jalan lama haruslah sesat. Sekarang ni dah belambak dah cawangan Sate Kajang Haji Samuri ni, jadi tak heran la nak makan Sate Kajang Haji Samuri kan. Kat Medan Mara Jln TAR tu pun leh dapat. Tapi memori dia tak sama dengan makan kat Majlis Perbandaran Kajang tu tau. Sebab dulu-dulu, masa aku kecik kalau nak makan sate kajang, kena la g kat Majlis Perbandaran Kajang tu. Baru dapat sate Haji Samuri. Lepas tu ada lak bangunan baru untuk Sate Kajang Haji Samuri tu, kat Bangunan Dato Nazir Kajang. Lebih meriah. Kalau dari Hulu Langat nak ke bandar Kajang tu tak la jauh sgt. Dulu ikut jalan lama. Sekarang ada hiway. Kena bayar tol. Tapi aku suka ikut jalan lama. Memori occay.

En Qausar nak makan kat Majlis Perbandaran Kajang. Aku nak makan kat Bangunan Dato Nazir. Meriah. Dua tingkat lak tu. Ada lampu2. Ramai orang. Kecoh2. Ribut2. Haha.. En Qausar ikut je. Kesian En Qausar. Dalam hati gedik nak makan kat tingkat atas. Masuk2 je dalam bagunan Dato Nazir, pelayan offer kami naik tingkat atas. Wahh, laju je aku naik dulu. Tinggal En Qausar di belakang. Erk!

**
**
**
**
**
**
**
**
**

Sambil beratur, sambil tgk cara2 bakar sate.

Nama saintifik ABC tu ialah ABC Teringin.




Ayam 20 cucuk. Hati ayam 5 cucuk.






Pemandangan dari tingkat atas. Open air sambil makan sate :)


Masa ni tak ramai lagi.


Makin ramai.


Boleh lak lepas makan aku meroyan tiba2..

Aku : Alaaaaa.. Nape kita tak asingkan lidi sate ni.. Nape kita kumpulkan sama2. Kalo tak leh tau sape makan paling banyak..
En Qausar : Memang kita asingkan pun.. Ni ai punya ( sambil tunjuk lidi2 sate elok je susun tepi mangkuk kuah ) ni yu punya ( dia tunjuk lidi sate dalam dulang )
Aku : Errrr.. Yeke? Tak pasan lak.. Cane leh kantoi ni.. Hahaha
En Qausar : Ai makan 10 je.. Betul la.. Yu patut makan 15, Sebab ai tak makan hati tu..

Aku tak puas hati.. Aku kira lidi aku dgn lidi dia. Nak bukti gak. Takleh jadi ni. Sebab ada lagi 3cucuk sate tak habis.

Ni En Qausar punya : 10 cucuk.


Ni aku punya : 12 cucuk.

Baki lagi 3 cucuk, haruslah aku habiskan. Huhuhu.. Tula, tamak lagi. Kan dah takleh masuk! Huhuhu.. Ampun ya En Qausar.. Hahahaha


Percubaan En Qausar nak buktikan perut aku buncit selepas mkn sate. Tapi takde punnn..




Sape itu En Qausar? Mana pergi En Gaban? Errr..
Tata!

No comments: