CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 22, 2011

Tersentap Kejap Dengan Sikap Lelaki

Pepagi lagi rutin harian aku ialah

1. Bukak email yahoo
2. Bukak email rasmi
3. Bukak blog
( mcm mana aku leh bukak email yahoo dulu baru bukak email rasmi? sungguh aku tak berdisiplin kan? )

Lepas delete email facebook yang mcm hampeh ( kengkawan aku mmg suka conteng2 kat status aku. komen ntah pape. lari dari status. nyampah. haha ), baca email rasmi ( meeting, memo, kursus, jejln g negara China, huh! ) aku terus baca entry bloggers. Tetiba aku terbaca tajuk 'Susah ye..' dari kawan terbaik aku. Laju je aku baca entry dia. Tetiba hati wanita/perempuan/dara aku tersentuh gila2. Rasa kalau ada la mamat tu depan aku skrg, aku tembak dengan senapang gajah ( ada lagi ke senapang tu? ).

Takyah la aku tulis semula apa yang kawan terbaik aku tu tulis. Aku nak tulis ikut mood aku sendiri, buat analisa sendiri pastu nak emosi sensorang. Kejam.

'Susah yer..' menceritakan tentang seorang lelaki yang curang. CURANG. Pemahaman erti curang bagi seorang wanita ialah sangat hina, keji, tak layak diberi peluang walau secebis. Apa ertinya kalau seorang lelaki diberi amanah untuk menjadi ketua, pemimpin dalam barisan wanita2 lemah, tapi diorang mencemarkan status ketua, pemimpin itu dengan nilai-nilai negatif. Curang, kaki pukul, pemalas, gatal, tak bertanggungjawab, pemarah, dan memacam lagi yang busuk.

Orang kata, biarlah hidup sederhana asalkan hati bahagia. Tapi bayangkan, duit dah la tak semenggah. Curang pulak. Sakit hati kan? Apa yang seronok sangat main perempuan banyak2 ni aku pun taktau la. Hanya kaum jantan sahaja yang tahu. Kaum jantan yer. Bukan kaum Adam mahupun kaum lelaki. Hanya yang bergelar jantan sahaja bersikap seperti haiwan. Takde perasaan. Takde tanggungjawab. Tak layak  jadi ketua. Tapi bagi kaum Adam, dia adalah Adam. Lelaki sejati. Mencari cinta Hawa untuk ketenangan jiwa.

Tenang ke jiwa sang lelaki yang curang? Dah ada gf tapi cakap takde gf. Couple dengan perempuan ni, perempuan itu. Keliling pinggang. Apa sang lelaki dapat sebenarnya? Kepuasan? Puas dari segi apa? Puas di tabik oleh kawan-kawan? Puas di angkat sebagai lelaki terhebat oleh kawan-kawan sekapal? Apa yang bengong sangat aku pun taktau. Kalau dah pasang banyak2, kos pun banyak la kan? Yang sini nak kena call, sms.. Yang sana pun nak kena call, sms.. Apa? Pow je duit perempuan? Ni lagi silakak. Dah la pasang banyak2, pow pulak duit perempuan. Buat2 takde kredit, buat ayat sedih. Pastu awek-awek pun kesian, cair hati. Laju je topup kan si bf ni. Patut la boleh pasang banyak2. Duit sms, call awek yang bagi.
Lelaki-lelaki.

Aku heran sangat-sangat. Kenapa ada lelaki yang boleh jadi lelaki sebenar tapi ada jugak lelaki yang sengaja taknak jadi lelaki sebenar. Diorang lebih suka jadi jantan. Sebenarnya, kita yang membentuk diri kita. Kita yang niatkan dalam hati, kita nak jadi apa. Kalau nak jadi lelaki, lelaki lah jadinya. Kalau kita nak jadi jantan, jantan lah jadinya. Jangan salahkan orang lain. Tanya diri sendiri dulu. Siapa yang cipta sikap buruk mcm ni kalau bukan diri kita sendiri. Allah tak pernah cipta makhluknya jadi buruk.

Kalau lelaki sendiri bersikap curang, mcm mana dengan nasib perempuan? Perempuan curang boleh di bentuk lagi ( bagi yang masih ada iman la ), sebab kewujudan perempuan itu sendiri dari tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Sape yang harus luruskan? Lelaki lah. Sebab dia ketua yang telah dilantik Allah. Tapi kalau lelaki curang, bisakah seorang perempuan membentuk jadi lelaki sejati? Sedangkan lelaki bukan dari rusuk yang bengkok. Maknanya ia lurus. Kenapa lelaki tak mahu berfikir?

Lupa. Lelaki hanya berfikir dari satu sudut yang sempit. Hari ini ialah hari ini. Esok lain cerita. Perempuan lak lain, tahun depan mcm hari esok. Berfikir panjang. Tapi takde silapnya dengan akal dan otak kita. Manusia ( lelaki ) itu sendiri yang mengatur segala2nya. Jangan salahkan emak yang salah bagi susu. Jangan salahkan ayah yang tak bagi duit belanja sekolah. Jangan salahkan ibu bapa sebab tak bagi kasih sayang secukupnya. Kalau dah gatal sangat nak curang, kau anak orang kaya ke, anak orang miskin ke, belajar tinggi ke, tak passed SPM ke, tinggi ke, gemuk ke.. Kalau dah lelaki miang, gatal, tetaplah kau lelaki gatal.

Susah sangat ke nak setia? Jujur? Yang bisikan syaiton gak ko pilih. Benda jahat jugak yang best. Syaiton kan. Ada sorang kawan aku masa kat U dulu, dia tunjukkan gambar gf dia kat aku dengan kawan terbaik aku ni. Dia cakap

kawan-kawan aku sume pelik, diorg tanya aku nape aku pilih dia ( gf dia dalam gambar tu ), nape tak pilih yang lain..

jawapan kau?

sebab aku tertarik dengan sikap amanah dia. dia amanah. aku suka.

Nah! Ini baru dinamakan cinta wahai lelaki-lelaki ( jantan ) sekalian. Dia cintakan gf dia sebab gf dia amanah. Jadinya adalah mustahil dia akan berjumpa dengan perempuan2 lain yang amanah. Tapi kalau dia suka sebab mata perempuan tu cantik, beribu-ribu lagi mata perempuan yang cantik-cantik. Kalau dia suka sebab perempuan tu cantik, banyak lagi yang lebih cantik. Cantik yang mcm mana sang lelaki nak. Yang ni hidung cantik, yang ni bibir cantik, yang ni badan cantik, yang ni rambut cantik. Macam mana tak rambang mata, macam mana tak berlaku curang kan? Tak cukup dengan satu!

Susah yer? Susah nak setia kan.. Susah sangat nak jujur kan..

Masih ada yang jujur, setia.. Tapi berapa ramai? Tolonglah ubah pemikiran kamu wahai sang lelaki. Kamu adalah ketua, tunjukkan kepimpinan kamu. Timbulkan rasa hormat kami kaum Hawa ini kepada kamu wahai kaum lelaki. Jelik sungguh kami dengan sikap curang dan gatal kamu itu wahai lelaki. Hilang rasa hormat kami pada kamu. Haruskah hormat kepada kaum yang menjatuhkan sendiri nilai dan harga dirinya?



Tata!

2 comments:

D Yatie said...

salam, huhu...lelaki~~~
kesimpulannya, satu nafsu sembilan akal...
tapi nafsu yang satu itu tidak mampu dikawal...
(^___^)

Cik Tata said...

wkumusalam.. btl tu.. sepatutnya lelaki lebih arif mengawal perasaan sbb lelaki dicipta mampu mengawal emosi. tapi sbb wanita,keinginan nafsu lelaki selalu tumpas menjadi ketua..