CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 1, 2011

Ayat-Ayat Yang Bisa Buat Hati Wanita Terharu

Entry hari ni nak bebel sikit pasal ayat-ayat yang bisa membuat hati serapuh biskut lemak ni menjadi terharu walaupun masa tu tengah tumpah larva panas berapi-api.

Bukan apa, nak dapat ayat-ayat syahdu dari sang arjuna memang susah. Kadang-kadang tu sangat mustahil. Ada tu 'jangan harap'! Jadi bila dapat ayat syahdu walau setahun sekali, terasa hidup ni terlalu dihargai kan? kan? Sejuk je hati, lebih-lebih lagi kalau time tengah panas menggelegak. Tak pun terharu terus, rasa nak nangis.. Sob sob sob.

Jom kita check ayat-ayat sukar dari sang arjuna tapi bisa meruntun hati si dara...




Ucapan Maaf

Selalunya ( kerap, kekadang seminggu sekali ) mesti ada drama gaduh-gaduh sayang kan.. Ending mesti ada scene air mata ( pmpuan la tu,takkan lelaki lak ). Tak kisah la sape yang salah/mulakan dulu tapi bagi aku bila dah bergaduh tu haruslah cepat2 pulihkan keadaan. Kalau si dia tak mulakan langkah awal untuk pulihkan keadaan, tak salah kalau kita yang mulakan. Nak tunggu sang arjuna pulihkan? Lambat kot.. Lambat takpe lagi. Buatnya dia buat dono ( buat bodoh la tu ) sape yang sakit jiwa? Jadi bila sesi pemulihan tu mesti ada tambahan touching2 kan. Mcm2 keluar time tu. Sesi luah2 la katakan.. Selalunya sesi pemulihan ni amek masa la sikit. Kecuali la si dia awal-awal minta maaf. Katanya takyah panjang2 kan lagi cerita. Laju2 dia minta maaf.. For sure kita tamatkan drama dengan happy ending kan.. Kalau yang degil tu? Nak tunggu sang arjuna cakap

i am sorry sayang

macam tunggu kiamat wajiblah sakit hati lama sikit k.. Nangis pun lebih sikit.. Sebab tu lah, ucapan maaf tu amat bermakna bagi seorang wanita macam saya ni :) kalau salah di pihak si dara pun tak salah kita minta maaf. Kalau masa sesi pemulihan tu dah terang2 salah kita, minta maaf jelah. Nak tunggu apa lagi kan.. Takkan nak tunjuk keras lagi. Tak semestinya sang arjuna je kena minta maaf. Tapi disebabkan penulis entry ni ialah seorang perempuan, jadi nak ditegaskan disini bahawa apabila bergaduh-gaduh sayang tu ringan-ringan kan lah mulut tu untuk ucapkan kata maaf wahai sang arjuna. Kalau perlu hadiahkan coklat ke, bunga setangkai ke, belanja chicken chop ke itu dikira bonus sangat2..

Kekadang tu bukan time bergaduh je perlu minta maaf yer. Setiap kali kita buat silap ringankan mulut untuk minta maaf. Contoh patutnya jumpa pukul 8.15pm, tapi sampai pukul 10.00pm si dia senyap je. Anta sms sampai 4x. Tapi takde reply. Elok2 dah pakai jeans, terus tertido dengan itu jeans. Rupanya dia ada meeting. Time meeting lak takleh reply sms gf. Redha jelah kan.. Walaupun redha tapi mesti ada saki baki tak puas hati kan.. Majuk ringan2 sikit sebab lapar ( yelah, nak jumpa kan.. dalam pala otak pk nak chicken chop dah ), tetiba dapat sms

Taa.. shiannn dia. B minta maaf sbb x msg td. ( sebab musabab nape dia x reply msg. takleh tulis kat sini ) huhu..

Sejuk hati kan? Hahaha.. Kantoiiii~ citer di atas adalah kisah benar ehem ehem aku. Hahaha.. Eh, tapi korang pun leh apply kan untuk diri sendiri. Ni cuma contoh dari kisah sebenar je. Uf-Fuh!




Kata-Kata Pujian

Bayangkan kalau hidup korang dihujani dengan pujian dari sang arjuna tercinta korang.. Tak ke bahagia. Apa korang buat dia puji, apa korang pakai dia puji, pastu tak kira lagi setiap bulu mata korang tu dia puji.. Caya kan? Ada sorang ustaz ni cakap, orang perempuan ni memang suka dipuji. Bagi aku kalau yang puji tu suami/tunang/kekasih hati memang berbunga-bunga cinta la.. Tapi kalau dari orang lain iaitu orang awam, aku taknak.. Huhuhu.. Takut timbul rasa riak, takbur, lupa daratan, kembang semangkuk, belagak, bongkak semua lah. Biar kena tegur, boleh kita baiki diri kan? Sudah lari tajuk. Kalau dapat pujian dari sang arjuna korang wajib muka koang berseri-seri kan? Blushing saja..

Sang arjuna pun, rajin2 la beri pujian. Penat tau kita keliling shopping complex pilih baju paling cantik untuk pakai masa dinner, time dinner boleh pulak dia buat buta. Dah sah2 baju kita tu sebijik mcm spotlight. Nangis tau. Kalau selalu tu kita ni tak ber'make-up', tetiba hari tu datang pulak angin rajin nak sapu macam2 kat muka ni, sang arjuna puji lah.. Bukan susah

eh, cantik eye shadow..

Senang je kan? Simple. Ayat ringkas. Tu je dah boleh buat hati perempuan berbunga2. Macam2 bunga berterbangan. Bunga reflesia pun join skali k. Nak advance lagi

awak nampak cantik hari ni.. baju putih ni sesuai sangat dengan awak..

Cuba tengok dalam mata gadis tu. Bersinar2 tak? Ada pancaran laser tak? Meriah tau dalam hati. Tak sia-sia keliling shopping complex cari baju kan. Tapi jangan try ayat macam ni

first time b tgk tata comel..

baju baru ke? tapi mcm pernah tgk dah baju ni.. eh, silap.. tu dengan awek lain..

tak pernah lagi b tgk tata secomel hari ni.. sebelum2 ni selekeh yang amat..

Ayat-ayat tersebut hanya di terima pakai antara aku dengan En Gaban sahaja. Kalau pasangan lain yang belum biasa, jangan sekali-kali mencuba ayat-ayat tersebut yer. Perang Dunia Ketiga wajib berlaku. Hampeh kan kalau En Gaban bergurau? Sabar jelah! Tapi paling best baru-baru ni

B : kasut baru ke?
Aku : taklah, kasut lama la.. lupa la tu? ( buat muka menguji )
B : ohh.. yang beli kat #####
Aku : haaa.. ingat pun. ingatkan lupa dah..
B : banyak sangat kasut. tu yang asyik ingat sumenya baru je.. huhu
Aku : ( sengih jelah. baru tersedar, byk eh kasut. tak pasan lak )

Ringan-ringan kan mulut tu beri pujian k. Itu cara wanita rasa dihargai. Bila wanita rasa dihargai, mesti wanita akan menatang anda sang arjuna bagai minyak yang penuh. Haha.. Konsep give and take yer!



Luahan Rasa Hormat

Kat sini bermaksud ringankan mulut anda wahai sang arjuna untuk ucapkan betapa anda menghormati pasangan anda. Dalam perhubungan kita mesti ada rasa saling hormat menghormati. Antara ibubapa, ahli keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja termasuk masyarat sekeliling. Dengan pasangan pun sama. Antara suami isteri tu wajib. Hormat isteri anda. Isteri memang la hormat suami, taat lagi. Ni kes suami ni.. Ego besar sangat. Susah tol nak hormat isteri. Hormat perasaan dia, hak dia.. Jangan la main paksa2. Tengking2. Macam isteri korang tu bibik. Kalau bukan sebab isteri korang tu masak, takkan korang kenyang kan? Makan luar? Dah kawen pun makan luar apa citer. Baik takyah kawen kan. Takyah buat pinjaman Bank Rakyat. Hormat perasaan wanita please. Kalau dia merajuk ke, marah ke jangan tambahkan lagi dengan kata-kata nista. Hormati lah perempuan kesayangan korang dengan kata-kata

Taaa.. B hormat tata sgt2. B tau tata pandai. Tata boleh di bawa berbincang kann..

Itu adalah ayat terbaik untuk buat hati seorang wanita itu terharu. Diulangi terharu! Gila kau tak terharu  lagi. Dia dah cakap dia hormat kita sgt2. Say thank you la babe. Hilang rasa merajuk. Saki baki marah lenyap terus. Aku rasa En Gaban ikhlas kot cakap mcm tu. Sebab orang lelaki ni lembab sikit nak cakap benda2 mcm ni. Kalu dia mampu ucapkan kata-kata mcm tu rasanya dia ikhlas la kan. Ikhlas la kot.. Be positif, be positif. Tak baik buruk sangka.. Ish,ish,ish.. Ikhlas kan En Gaban? kan? kan? Ah, kalau tak ikhlas pun dulik apa aku. Janji dia dah ucapkan.

Tu pun kira salah satu strategik untuk menyejukkan hati aku selain minta maaf. Pandai kan yu En Gaban. Bijak2! Subuh2 dah buat ai celik mata baca sms yu. Keseluruhannya prestasi yu semakin memuaskan. Hahahaha!




p/s : apahal sume contoh melibatkan aku?? apakah?

Tata!

No comments: