CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 17, 2011

Bercinta Akan Buat Anda Takde Waktu Untuk Rehat

Kalau kau bercinta, kau takde waktu rehat tau

Tindakan pertama aku lepas dengar ayat tu aku gelak besar dan lama. Lepas habis gelak baru aku cakap

Betul tu

Cik Leha tanya

Nape macam tu eh? Apa maksud Yana? 

Yer, Cik Yana yang kuarkan statement cenggitu. Memang pun kan Cik Yana.. Sebab :


1. Nak g mana-mana kena report dulu. Bagitahu nak ke mana, dengan siapa, buat apa kat sana.

2. Wish good morning, good afternoon, good evening dan good night.

3. Buat laporan dari masa ke masa. Makan apa, buat apa.

4. Kena jaga hati pasangan ( hati kita terluka takpe )

5. Nak kemana-mana harus dengan dia. Dengan orang lain tak boleh.

6. Call ( bergayut ) itu harus. MMS. 3G lagi.

7. Kalau keluar dengan kawan-kawan, kena balik pada sekian-sekian waktu. Lambat, siap.

8. Blablabla hanya korang yang mengalaminya saja yang tahu.

( contoh2 tersebut tak melibatkan aku yer.. aku cool je.. ahaks! )

Sebab tu takde masa untuk berehat kan?

Cik Leha tetiba tanya pasal cinta. Soalan dia ' boleh tak kalau kita bercinta, tapi sempoi-sempoi je ' ' kita bercinta tapi taknak tergesa-gesa '. Ni kes konfius lagi la ni. Biasa lah.. Jiwa remaja. Memang la kacau sikit. Meracau tak tentu pasal kekadang. Tapi aku kan kakak yang cool ( hahahaha sila gelak kuat2 ), jadi aku pun start la membebel. Aku citer la pengalaman makan garam yang ado sikit2 tu. Bagi contoh diri sendiri. Contoh orang lain buat apa, mana aku tau kisah diorg kan..

Dedulu masa mula-mula bercinta dengan En Gaban dia sangat defensive. Aku kat Kedah, dia kat Terengganu. Jauh kan. Mana dia tahu aku buat apa kan.. Hahaha.. Aku lak kaki merayap. Kejap g Changlun, kejap g Jitra, kejap g Alor Setar, selalu g Uni Mall.. Mahu dia tak sebu perut memikirkan aku ( konon caring.. haha ), jadi aku kena la buat report sekian,sekian. Memula rasa mcm ' ohhh, caring nya dia ' ( sila muntah hijau ). Tapi lelama rasa macam kena control lak. So, pandai-pandai la kita tarik rambut dalam tepung kan. Slowly, En Gaban mampu reduce kan sifat defensive dia itu. Dalam setahun je aku kena buat report. Lepas tu dia yakin aku leh jaga diri sendiri ( hohohoho! ). Lepas tu aku just bgtahu aku ada kat mana dengan siapa supaya kalau jadi pape dia tahu aku kat mana kan. At least. Jadi aku berani kata yang dia sangat memahami.

Aku pun takde la terjerumus dalam isu ' melapor 24jam '. Biasa-biasa je. Secara tak langsung kitorang bercinta tapi sempoi jer. Alhamdulillah.

Lepas tu Cik Leha bagi soalan lagi. ' benci la kalau jenis nak berdua je. nak buat mcm mana eh? ' ' tak suka la jenis paksa-paksa ni. mcm mana? ' ' benci tol kalau kita cakap pasal fmly, kawan dia tak suka dengar '.
banyak tol persoalan dia nih. Sebagai kakak yang baik ( sila gelak lagi ), aku nasihatkan dia kawan dulu. Kawan dalam-dalam. Wahh.. Maksud aku kawan sedalam-dalamnya. Cari point-point negatif dan positif dalam diri dia. Share masalah sama-sama. Kawan yang baik adalah kawan yang kongsi suka duka bersama. Kalau dia penyabar dia akan tunggu kita. Kalau dia cool dia akan berkawan dengan kita selama mana yang kita nak. Kalau dia nak kita dia tetap akan tunggu kan? Kalau dia dapat yang lain maybe kita tak okay untuk dia, dan dia tak okay untuk kita.

Moralnya, kenal dulu orang tu dalam2. Kalau dia memang untuk kita, jauh mana pun jarak kita, tetap jumpa jugak.

Lagi satu.. Cintailah seseorang kerana kekurangan dirinya. Kalau kita mampu terima keburukan diri pasangan kita, itulah cinta yang sebenar. Dia terima keburukan kita, kita terima keburukan dia. Fair and square. Ada ke benda yang lebih buruk dari buruk? Kalau kita boleh terima keburukan dia, apa yang lebih buruk dari keburukan dia? Takde kan? Kalau kita pilih kebaikan semata-mata, kita pasti akan kecewa dan tak pernah puas dengan pasangan sendiri. Ada je yang tak kena. Keburukan tu biarlah perkara-perkara yang boleh dibawa berbincang. Keburukan yang tak memudaratkan keselamatan dan perasaan diri. Keburukan kaki perempuan harus diharamkan sahaja! Kaki pukul, kaki judi, kaki botol.. Tapi kalau kaki bola, kaki motor, kaki PS II, III, bawak2 la berbincang bebaik..

Gtau kat dia

2 jam untuk bola, 2 jam untuk saya..

Boleh gitu? Ala, tu kira hobi. Lelaki memang la ada hobi. Asalkan dia tahu urus masa dan perasaan okay lah tu.. En Gaban kalau dapat main PS takleh diganggu. Ayat dia

jap ehhh.. B nak g berjuang..

Game perang2 Vietnam katanya. Lantak lah. Konon berjihad la tu..  Kalau pasal MotoGP pun aku kena heret sekali. Layan lah Valentino Rossi, Marco Simoncelli bagai. Tak pasal2 kan. Nasib baik aku ni jenis universal.. Haha

Tata!

No comments: