CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 7, 2011

Bila Hidup Semakin Sepi

Haha.. Tajuk macam hape je kan. Makin sepi kan.. Al-kisah bermula bila kawan-kawan seangkatan dah hilang status single. Nak ajak melepak mcm mana. Dengan anak keciknya, suami merengek kat rumahlah, takkan nak ajak membuang masa mcm zaman muda2 dulu kan. Skrg tak muda ke? Muda okay!

Dulu zaman sekolah memang hidup aku dengan sekolah jelah, berkepit dengan buku ( buat alas kepala untuk tido setelah baca dua baris ayat ). Nak jenjalan? Window shopping? Jangan harap.. Nak merayap sgt, merayap dgn family ( nasib family jenis gila2, kalau tak biol aku ). Zaman sekolah form 1 - form 5 takde nak merayap2. Duduk rumah lepas sekolah. Form 6, merasa la merayap dengan fikah and the gang. Nak lepas gian sgt lepas kul 1pm terus amek bus g KL. Dengan baju sekolahnya, selamat sampai KL. Lewat ptg baru blk. Tgk wayang pun dgn baju sekolah. Masa tu umur 19tahun. Lepas punya.. Ahaks! Fikah ketua penjahat. Kami ikut je.

Zaman U, aku dgn Ifah keliling negeri Kedah. Area Yan yang tak pernah kitorg jejak, selamber je masuk tanpa google map. Redah je babe. Nak masuk Langgar ( Langgaq org Kedah sebut ) pun sama, redah je. Pastu abiskan masa kat Canglun, banyak masa sikit lepak kat Jitra. Dah tu nak g mana lagi? Tu pun dah syurga bagi kitorg. Haha.. Bila cuti semester nak jumpa kengkawan sume sibuk kerja. Jumpa pun paksa2. Time ni kengkawan pakat2 bertunang, kawen, kumpul anak bagai. Kitorg kat U serabut dengan tesis. Bahagianya kengkawan kami kan? Hahaha..

Habis zaman U, sibuk cari kerja untuk berjoli. Nak joli apa, kengkawan takde. Sume sibuk buat persiapan bertunanglah, nikahlah, mengandung lah.. Aku joli dgn Ifah jelah. Takpe. Last2 skrg makinlah sepi. Dah tak larat nak dpt jemputan kengkawan bertunang, nikah. Time ni je nak berjumpa pun. Time lain? Jangan harap. Skrg ni bila nak melepak sgt Ifah lah peneman setia. Melepak lah kami sampai lebam. Kalau Ifah kawen? Habis lah aku!

Jadi bila Leha bacakan aktiviti dia dgn gang dia, aku gedik nak menyelit. Kehadiran aku mmg dialu-alukan.. Jadi takyah malu-malu. Rindu sgt nak mengila ramai-ramai. Makan ramai-ramai. Gelak-gelak. Bila join gang Leha merayap rasa rindunya zaman sekolah. Ohh lupa, umur aku bukan awal 20an lagi. Huhuhu! Sejak kengkawan aku buat aktiviti bernikah ni, aku memang rajin menyelit kat gang Leha ni. Tak salah pun.. Hehe

Aktiviti Karaoke






Aktiviti Bowling







Aktiviti Makan









Takyah tempat grand2. Yang penting happening. Memula layan McD dulu. Dah menyumbangkan suara yang sumbang, baling bola batu lak. Dah puas baling bola batu bersungguh2 tapi pin takde la jatuh mana pun, beralih ke Thailand Food Court lak. Layan Bihun Tomyam yang takde kat KL, dgn Manggo Rice yang superb. RM5 setiap satu jenis makanan. Somtam je tak dapat nak rasa. Next time yer..

Lepas ni kena layan bebudak umur 20tahun lak lah nampaknya. Dah tu kengkawan sebaya dok kumpul anak, nak buat cane kan.. Nak ajak diorg jumpa haruslah susah. Terpaksa lah menyelit kat gang Leha. Ni lah kesannya bila hidup semakin sepi. Sungguh aku sepi. Ifah, ko tak rasa sepi ke? Jangan ko tetiba kawen sudah.. Di mana kan ku cari ganti weih! Huhuhu

Tata!

2 comments:

cHe cHue said...

ha ha ha aku gelak lagi - rupenye ko larat ek baling bola batu tu?

Cik Tata said...

larat la hampeh.. huhuhu