CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 10, 2011

Bila Kecurangan Tiba Di Tahun-Tahun Lusuh Perkahwinan

Agak teruja sejak dua menjak ni terbaca tajuk2 panas di ruangan maya. Soal kecurangan, kecacatan komunikasi antara pasangan, ketidakjujuran, dan akhirnya mengheret kepada perceraian.

Sememangnya aku belum cukup layak untuk berhujah tentang kecelaruan peranan suami isteri ni. Sebab aku belum lagi  bertukar status bujang kepada status isteri. Dan aku juga belum mempunyai seorang suami.

Tapi hasil pembacaan di blog kesukaan aku yang di carut oleh Ahkak Geli , banyak yang aku tahu dan banyak juga yang aku belum tahu tentang isi dalam rumah tangga. Bila baca pulak di blog Encik Kuba , terselit konflik peranan/watak yang sepatutnya dilakon mengikut skrip, tapi disebabkan kecelaruan yang berlaku, watak suami dan isteri tidak berlakon mengikut skrip lagi.

Skrip apa? Allah itu kan Pencipta. Dalam erti kata metaforanya, dia lah Pengarah dan Penulis Skrip. Kita? Pelakon Utama. Tiada watak pembantu. Skrip itu kan panduan hidup yang Allah sudah tentukan. Tapi manusia yang penuh kecelaruan jiwa selalu sangat terbabas dari skrip asal. Kebanyakannya buat skrip sendiri. Bila srip asal dimanipulasikan, diterbalikkan atau ditolak ke tepi.. Ini lah hasilnya. Kecelaruan peranan. Sepatutnya suami begini2, tapi jadi begitu. Sepatutnya isteri begitu2, tapi jadi begini.

Maksud yang lebih simple.. Suami tidak memainkan peranan sebagai suami mengikut landas Islam. Dan isteri juga lupa peranan dia sebagai isteri mengikut suruhan Islam. Kunci utama ialah Islam itu sendiri. Kalau Islam diletakkan yang paling atas di antara ciri-ciri lain, Insyaallah.. Walaupun tak semua ciri Rasulullah s.a.w itu mampu di adaptasikan dalam diri kita, at least.. Ada.

Eh, layak ke aku bercakap tentang agama? Islam? Walaupun aku tak sempurna dari luaran, tapi jiwa aku masih mohon petunjuk dariNya. Bukan selamanya aku begini, dan bukan selamanya aku mahu jahilkan diri. Tak salah belajar. Tak salah mengumpul ilmu untuk jiwa yang tenteram.

Soal kecurangan yang terlalu berlambak berlaku.. Aku cuma mampu kata ' No Komen '. Sebab yang melalui nya sahaja mampu berkata2. Sama ada yang jadi mangsa atau pun si pemangsa. Soal lelaki atau perempuan, siapa yang bersalah tak relevan lagi untuk zaman-zaman moden melampaui sempadan ni. Kalau dulu lelaki mendominasi dunia, wanita tempatnya di bawah tempurung. Tapi sekarang, wanita taknak lagi terkurung. Nak bebas. Punya dunia sendiri. Sukar untuk menyatakan siapa yang bersalah dalam konteks berpasangan ni. Perempuan pun ada jugak yang nak tunjuk hebat, mampu mendominasi pasangan tanpa rasa bersalah hingga terjebak dengan kes kecurangan. tapi tak bermaksud aku menyokong lelaki. Kalau si tulang rusuk kiri yang bengkok itu berlaku curang, apakah peranan yang sudah dimainkan oleh si empunya tulang rusuk itu? Gagal atau berjayakah dia?

Terlebih sudah ni.

Niat memula nak gtau 'banyak berjalan luas pemandangan'. Sama la mcm kes blog walking ni. Banyak berjalan2, banyak la tajuk2 berfaedah kita jumpa. Antara nya yang aku mention kat atas tu la. Dua orang blogger berhujah macam dalam parlimen. Aku setuju. Aku setuju bila rakyat Malaysia sudah terbuka mindanya dalam berhujah. Mengutarakan pendapat tanpa menolak pendapat orang lain. Konflik bagus tau. Untuk org Melayu konflik tu benda kena elak. Tak elok berkonflik. Tapi dari konflik la kita dapat tahu kekurangan kita, ketidakupayaan kita, kebodohan kita. Lepas tu kita betulkan. Tapi kalau stakat berkonflik lepas tu bermasam muka baik takyah. Tu namanya zaman Paleolitik.

Tetiba jiwa aku pun bercelaru. Nak kawen pasal nak elak maksiat, nak zuriat, nak berkasih sayang. Tetiba bila Ahkak Geli dan Encik Kuba berhujah.. Rasa gementar nak tunggu bila tibanya tahun2 lusuh alam perkahwinan. Yelah, bak kata Ahkak Geli.. Kalau satu bahagian je yang nak berkomunikasi, nak betulkan keadaan, nak yang terbaik, tapi yang satu lagi bahagian bt taktau jek.. Mcm mana? Tu yang bercelaru tu. Ish!

Rancangan Semanis Kurma tu okay gak.. Tapi berapa ramai lelaki yang nak tgk. Liga Inggeris boleh gak kot perbaiki masalah rumah tangga. Ntah. Motivasi tu kan ubat bagi mental ke arah kecemerlangan. Rajin2 lah hadir/dengar/baca benda2 berunsur motivasi ni eh. Untuk perhubungan yang lebih sehat.



Tata!

No comments: