CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 22, 2011

Demam Celcom Blue! Part II

Kita sambung kisah Demam kat Celcom sambil berbaju Biru.

Okay.. Lepas cik mek molek kita tu settle kan kerja-kerja dia yang berlambak tu kitorang terus g HKL. Sebab mata aku time tu macam kuar api. Jadi itu telah menguatkan alasan untuk menuju ke HKL. Demam sikit je g HKL? Haha.. Aku suka. Bayar RM1 dan perkhidmatannya laju,cepat,pantas. Dah lama dah aku buat kerja ni. Demam ke, sakit mata ke, alergi ke ( ni fav penyakit aku ) wajib g HKL. Orang cakap g lah swasta. Cepat. HKL pun cepat babe. RM1 lak tu. Saya mesti pilih! Haha sudah curik slogan orang lain.

Sampaikan En Gaban demam pun aku heret dia g HKL. First time tu dia agak pelik dan takut. Yelah, kita sebut hospital kan. Gerun la. Sebut klinik pun takut. Ni kan pulak hospital. Gelabah En Gaban. Muka dia pucat bukan sebab deman. Tapi takut. Hahaha.. Aku cakap takde pape punya. Doc biasa je. Takde la jumpa pakar bedah ke apa

Honey biasa la datang sini. Dia check macam biasa, jangan la risau sangat..

Muka En Gaban still pucat. Senyum pun tak. Aku rasa jantung dia. Senyap jek. Hahahaha.. Kuat aku gelakkan dia. Dia jeling buat muka baby tua. Haha..

Relax.. Honey kan ada.. ( padahal dalam hati gelak syaiton )

Since that.. Kitorang jadikan HKL tempat fav kitorang. Hehe.. Aku ni kaki alergi.. Sikit2..

B, kena g HKL.. gatal datang lagi.. huhuhu

Ohhh.. Sudah jauh melalut. Jadi cik mek molek lak jadi pelik dengan aku. Boleh ke? Ada ke? Lama tak? Macam2 dia risau. Macam biasa i know the rules.. Amek kad, tulis nama, IC, blablabla.. Pastu bayar RM1 kat kaunter pendaftaran. Masukkan kad pendaftaran kat meja MA. Bila nama kena panggil sila duduk kat sebelah MA.

MA : sakit apa?
ME : nak demam, dah lama tahan-tahan..
MA : dah brape lama tahan?
ME : er
MA : ada dalam setahun?
ME : ( hampeh kau! ) dalam sebulan
MA : ( muka macam nak senyum. tapi dia kontrol macho! )

ME : bengong tol mamat tu. boleh dia perli aku. dia cakap dah brape lama tahan demam? ada dalam setahun?
Ifah : nape ko tak cakap ' lagi sehari nak cukup setahun '
ME & Ifah : kahkahkahkahkah ( that MA curik2 pandang daku )
blah lah lu.

Kat Farmasi untuk ambil ubat :)

Tu nombor giliran gue~


Wohh! time ni Ifah panggil aku sebab nak mengumpat.


Kitorang ngumpat pakcik kat blkg tu. Dia tengah ngorat awek!


Lepas dah amek ubat, kitorang g Jalan TAR lak. Nak g pasar malam. Beli belah sampai lebam. Tapi takde maknanya. Dah la dah maghrib, ramai orang, sesak. Aku pegang lengan Ifah sahaja. Takut hilang. Kitorang jalan kaki g Central Market. Masa tu pinggang macam nak tercabut. Psstt.. Belum tua sangat tapi pinggang dah ada problem sikit. Hahaha! Mau tak.. Jauh tu jalan kaki. Gila lah. Nape la tak kayuh basikal jek.

Sampai kat Central Market kitorang terus naik kat food court. Laju-laju duduk. Pinggang nak tercabut. Lutut dah gigil2. Nak g order makanan pun malas. Last2 bangun jugak g tengok makanan apa best. Takde. Sume tak best kat tekak kami. Stall yang last.. Gerai Sup & Bakso. Layan jelah.

Soo' Un Sup. Wahhhh betul ke aku eja? Hahaha


Cik mek ni biarkan aku cakap sorang2. Hampeh.


Yummy! Sedap gak Soo' Un Sup.


Sudah kenyang.


Sebelum balik singgah jap kat kaki lima Central Market tu. Ada persembahan tarian rupanya. Ada 5 orang wanita menari. Wahh.. Makciks sumenya.. Very proud. Makciks still poco-poco.

Psst sempat gak makciks tu ajak aku menari sama. Beriya-riya makcik tu ajak. Lepaskan peluang? Oh no!

Ifah, pegang handbag aku eh. Handphone skali.

Hahahaha! Dasar kaki joget. Poco-poco yuk! Hahaha~
Cik mek ni bikin rosak itu video. Dia tak reti. Dia record aku nari ada la 4saat kot. Kuciwaaaa~

video
Macam orang cacat. Kuciwa!

Yang ni akak2/makciks tu punya video. Tapi yang kejap punya.
Yang lama sikit takleh upload. Berat la tu..


video
Itu budak baju kuning sangat nakal. Hehe~


Last, Ifah sempat tanya

nape ko tak menari macam masa kat U dulu..

Malu laaaaa.. Tetiba lak tu. Tak prepare.. Hahaha

Tata!

No comments: