CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 3, 2011

Dialah Peneman, Dialah Racun

Sebelum ni aku cuma ada family dengan kawan-kawan. Tapi sejak berbunga-bunga cinta ni, ada lah sorang Encik ni duduk dalam hati aku. Dah 4tahun dah dia duduk diam2 dalam hati aku. Taktau bila nak remove ( hahahaha! gurau je! ). Memacam dah aku lalui dengan dia. Pahit manis, suka duka ( standard la kan ), dugaan takyah cakap la.. Makin lama ni makin dasat lak dugaan yang muncul. Bergaduh memang tak larat dah. Nangis lagi lah ( si Encik tu tak nangis la kan. kan? ). Ingat lagi si Encik tu pesan 'jangan ada bosan antara kita' ( ubah sikit lagu Rem ). Aku pun 'ya' kan saja. Tanpa kita sedar, aku ucapkan sesuatu tanpa guna akal. Ikut sedap lidah je, ikut hati ( perempuan lah tu. emosi ), lepas 4tahun aku cakap jugak perkataan 'bosan' tu. Syed! Bodoh sungguh aku. Sebab orang lain aku pertaruhkan hubungan kitorang. Stupid kan? Lepas ucapkan that stupid word, aku terdiam. Menyesal. Nak say sorry macam ego. Mengong. Akhirnya, balik dengan muka ketat sebab bengang campur kesal. Syed sungguh!

Bila pikir2, dia banyak bersabar dengan aku. Dia terlalu baik. Aku lak? Selalu pertaruhkan hubungan kitorang hanya sebab benda2 bodoh ciptaan manusia lain. Aku selalu emosi tak tentu pasal. Huhuhuhu! Dia selalu pujuk baik2. Selalu abaikan emosi gila aku. Buat2 mcm takde apa-apa. Semata-mata taknak panjangkan mslh disebabkan emosi tak stabil aku. Huhu! Kalau dia nak yang sempurna mesti dia boleh cari yang lain kan? Tapi dia taknak. Selalu aku cakap

cari la lain, yang lebih baik..

simple je dia balas

taknak.

Aku selalu suruh dia cari yang lain. Yang lebih baik. Tapi dia degil. Taktau la nape dia nak simpan gak kesabaran dia untuk aku. Dia kejam untuk diri sendiri kan?

Sejak hari selasa dia buat aku risau+sedih+serabut+nangisss! Huhuhu. Ni part aku paling tak suka dalam eposid drama kitorang. Scene air mata. Menci k. Dia suka buat aku nangis. Selalu. Selalu. Dan selalu. Itu Encik buat otak aku tak stabil kejap. Lepas tu makin tak stabil sampai lunch aku tak habis dimakan. Bazir.. Huhuhu. Malam tadi order chicken chop pun boleh salah. Mengong sungguh. Ada ke Chicken chop sos BBQ? Patutnya aku mintak Chicken Chop sos Black Pepper. Mesti abg amek order tu biol kejap, dalam hati mesti cakap ' apa budak ni tak pernah makan Chicken Chop ke '. Bila Chicken Chop tiba ia dihidangkan dengan sos tomato. Hilang lapar aku. Aku paksa En Gaban makan walaupun dia dah kenyang. Makan jugak. Biar buncit perut tu. Syed kan? Last2 balik rumah nangis2 sebab lapar.. Huhuhu! Nak makan dh takde selera sebab Encik jahat tu dah buat aku nangis lagi. Cengeng sungguh pumpuan ni. Sikit2 nangis. Cis!

Encik mana? Encik mana lagi. En Gaban la. Yer, citer di atas ni pasal yu la En Gaban. Khas untuk yu semata-mata. Yu selalu buat ai nangis. Ni nak pergi jauh kan? Nak tinggalkan tata pulak sekarang ni.. Pastu  bagi ayat bukan2. Suka la buat tata nangis kan? Pasni wajib buat tata nangis lagi kan? Malas lah macam ni. Asyik buat tata nangis je. Kena marah nangis, gaduh nangis, pasal orang lain nangis, nak g jalan jauh nangis. Menci laaaa~

p/s : ada orang tu cakap tata cengeng. dulik apa! huhuhu..



Tata!

6 comments:

cHe cHue said...

agak2 kalo kena carut nangis x? miah ha ha ha

Cik Tata said...

nangis jugakkkk! huhuhuhu

aniza said...

ok pe menangis.....tp jgn la asik nk nangis je...kalau jd pe2, ko MAKAN banyak2....perut lapar...mata ngantuk, sah ko layan tido...haha

Cik Tata said...

haha.. tenkiu aniza :) btl tu.. aku slalu buat dgn ifah.. haha.. nsb baik ko jauh, kalo tak ko pun jd mangsa kena teman aku g mkn ;D

Anonymous said...

siapa yg cakap ko cengeng tu?

Eifa said...

siapa yg cakap ko cengeng tu?