CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 17, 2011

Majlis Perkahwinanku Semakin Hampir? Part II

Tetiba beli majalah Pengantin. Isu pertama yang selamat aku beli dan terus bawak lari ialah




Yang bestnya beli majalah ni sorok2. Jangan sampai ibu aku tahu.. Sebab? Nanti panjang lebar soal jawab dia. Lepas tu start la cadangan2 dia. Macam tu macam ni. Usul dia siyes banyak.

Paling best.. Aku berkenan tahap maksimum dengan baju nikah yang Adira peragakan tu. Simple tapi chantek. Majlis perkahwinan impian saya? Ohh, malunya.. Huhuhu
Saya mahu yang : Simple. Simple. Simple.
Semuanya aku nak simple. Taknak berat2. Taknak serabut2. Taknak kecoh2.
Less is More kannn..
Contoh gubahan hantaran dalam majalah ni aku dah cop. Hahaha.. Boleh pulak kan? Nak yang simple. Tapi chantek. Dah ada dalam perancangan dah. Tinggal nak laksanakan je. Heeee weykk! Tetiba main cop-cop lak kan.. Takde la.. Dah berkenan, laju2 la decide nak buat mcm gitu..





::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Apasal tetiba je cakap pasal kawen ni? Nak kawen dah ke? Bila bertunangnya? Dengan sape? Bila weih bila? Apanya? Tak apa pun.. Saje gedik lebih nak buat entry pasal kawen mawen ni.. Yela, dah lama kan aku tak buat entry kat belog ini. Nak cakap pasal En Gaban nanti jadi blog En Gaban lak. Nak cakap pasal wanita, emosi la pulak.. Asyik kena tindas jek. Nak cakap pasal kawan.. Sume dah/bakal jadi bini orang, nak share topik sesama mcm dah tak sesuai lak mcm zaman skolah dulu2. Diorg citer pasal anak, suami.. Aku nak citer apa? Pasal kucing aku kat rumah tu leh la..

Jadinya, nak meriah2 kan mood saje je la aku nak cakap pasal kawen-kawen ni. Ala, masa kecik2 dulu kan selalu main kawen-kawen.. Masa tu takde la pk nak buat persiapan bagai.. Tau2 je ada pengantin lelaki dgn pengantin perempuan cukup la. Ada pengapit. Pastu ada watak tukang baling2 bunga,daun. Okay la tu. Janji main kawen-kawen kan. Tapi bila dah dewasa ni.. Bila dah tahu banyak giler persiapan nak kena buat sebelum majlis.. Malas lak nak buat majlis kawen.. Nikah dengan kenduri jelah. Jimat,selamat,berkat. Kan??

Buat macam-macam pun setakat untuk sehari je. Bergolok gadai, berhutang, ikat perut, makan meggi, makan biskut kering, last-last.. Nothing.

Yelah nothing.. Bukan dapat masuk majlah Pengantin pun majlis kawen kita tu. Nak kata orang kenang.. Ntah la. Ada ke orang kenang sampai seminggu. Takat sehari dua je kot. Nak kenang selama2nya lagi la jangan mimpi. Untuk kita simpan kenang-kenangan tu ye la.. Snap gambar, simpan dalam album, letak dalam frame pastu gantung kat rumah.. Tapi yang nak grand2 untuk santapan mata tetamu nak buat apa. Kalau diorg ada bagi share takpe gak. Ni datang untuk komplain. Itu tak kena, ini tak betul. Patut macam tu, patut macam ni. Majlis kawen sape skrg ni.. Mengalahkan tuan rumah.

Masa ber'blog walking' tadi aku terjumpa entry pasal kawen-kawen ni.. Tak sangka, siyes aku tak sangka.. Pemilik blog tersebut cakap pasal kad kawen.. Isu simple je.. Tapi tetiba rasa mcm ' apa ke bodoh orang kita ni '.

Pasal kad kawen je boleh timbul isu ' dia tak bagi kad kawen, aku taknak datang kenduri dia '. ' bagi kad kawen baru aku datang '. ' aku nak kad kawen tau, tanak jemput pakai mulut '. Apa jenis manusia la kan? Konsep pemberian kad kawen ni relate ke dengan konsep walimatulurus dalam Islam? Tak tau lak aku dalam Islam cakap pemberian kad jemputan hukumnya sunat. Awesome! Kita jangan sibuk pertikaikan orang. Itu cara dia. Cara kita lain terpulanglah. Kalau dia dah tak bagi kad, dia jemput pakai mulut.. Datang jelah. Janji dia jemput. Ada apa dengan kad? Simpan ke? Buang ada la kot. Bagi aku kad kawen ni bagi untuk orang-orang penting dan terdekat je.
Cakap pasal penting dan terdekat, jemputan aku nanti yang rapat dan terdekat sahaja. Saudara terdekat, kawan rapat. Reramai pun belum tentu mendoakan pengantin. Ramai yang datang majlis semata2 nak melaram baju memasing, datang untuk komplain pastu balik. Kan.

Kadang-kadang kita ni terlalu mengikut orang. Terlalu mahu menunjuk pada orang. Yelah, sape taknak majlis kawen yang perfect. Bagi aku biar ianya perfect dari segi persiapan, perjalanan dan layanan. Tetamu datang dengan suasana tenang, selesa, makan tak tergesa-gesa ( sebab meja tak cukup, ramai lagi nak duduk ), lagu kawen sayup2 all the day ( bukan suara org karoke jamban, nak cakap pun kena terpekik2 mcm orang sawan ), having dessert puas2, lepas tu jumpa pengantin dan doakan

(( بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ ))
Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-duanya dalam kebaikan. HR Ahmad & Ashabus Sunan 

Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah saw  


(( اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم ))
Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka HR Muslim




Kerja tak susah, hati pun senang..

The day after wedding day boleh plan for honeymoon.. Ahaks! Duit dalam bank kan banyak lagi balance.. Let's go to Bali weihh.. Pulang dari Bali, masuk rumah baru.. Jom borong kat IKEA









Apasal semua nya putih eh? Sebab aku sukaaaa~ Weeee~

Teruja, teruja, teruja.. Entry gedik poyo yang ni drama semata-mata.. Haha.. Saja nak buat check list gedik.. Heeee~


Tata!

No comments: