CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 4, 2011

Siyes Aku Nak Jugak

Apasal tajuk macam kurang betul jek..

Ni aku nak bgtau yang aku teringin sesangat nak daki bukit. Nak sesangat.

Dengar citer orang, tgk pictures orang, cukup buat aku nak daki gak. Nak jugak. Nak jugak.

Hint kat atas adalah susulan daripada kemerengan aku yang nak mendaki sebuah bukit hasil dari hasutan-hasutan manusia yang dah pun menjejakkan kaki di atas puncak bukit tersebut. Kalau tak salah, rasanya memang tak salah pun, sepupu aku Cik Siti dah pun naik ke atas bukit itu. Dia tu bukit mana tak naik, sume tempat dia dah jelajah.. Nyesal lak tak amek course Psikologi mcm dia dulu ( hahaha ). Pernah tahun lepas dia ajak aku join group dia daki bukit apa ntah. Excited takyah cakap la, berkobar-kobar gila dalam hati. Bayaran takde mslh, bila aku tanya bila? Dia jawab 'lusa'. Gila sungguh. Cuti nak apply awal2. Mana sempat. Delete terus perasaan berkobar2 tu.

Sejak bila aku suka aktiviti mendaki ni? Sejak abis belajar kot.. Yelah, dulu masa time skolah tak merasa nak kemana2. Tiap kali sekolah buat aktiviti masuk hutan ke, daki bukit ke, camping ke, aku selalu tak join. Sebab? Huhuhu.. Ibu aku tak bagi aku buat aktiviti begitu. Bahaya+risau+takut katanya. Jadi bila ada surat tawaran untuk buat aktiviti mcm tu, aku tak amek pun. Pasti+wajib ibu aku tak bagi. No way katanya. No more budi bicara. Huhuhu!

Jadinya bila dah abis belajar, dah dewasa ( dewasa lah sgt yer? ibu aku tetap layan aku mcm kanak-kanak okay ) baru lah merasa nak buat aktiviti luar rumah. Sejak dua menjak ni je aku leh melangkah panjang sikit. Kalau tak.. Siaran radio tak berbayar harus aku dengar ( bebel la tu. huhuhu! ). Rasanya boleh kot aku nak daki bukit yang aku kepingin itu. Bak kata En Abg Azam 'pujuk baik-baik'.. nak pujuk apa, ibu aku bolayan pujuk rayu ni.. Sedih.

Bukit mana? Bukit Broga. Yup. Dah ramai yang naik kan? Ye.. Aku tahu. Kira aku ketinggalan keretapi lagi la ni kan? Tak dulik. Selagi takde orang ratakan bukit tu, selagi tu semangat aku masih ada untuk daki. Poyo! Tapi masalah terbesarnya ialah.. Kengkawan aku ada ke yang sanggup nak daki Bukit Broga tu? Ada? Ifah kot.. Yang lain? Anyone? Huhuhuhu.. Nak ajak Re-10.. Nak ke diorg? Huhuhu..

En Gaban? Tak tanya lagi dia nak ke tak.. Rasanya macam taknak kot.. Dia pernah cakap dulu, dia jenis gayat. Dia mesti taknak punya.. Huhuhu.. Tak tanya lagi memandai je aku teka kan. Dia tu baik+sopan+lemah lembut ( erk! bukan yang softlan tu weih! ) boleh ke dia daki bukit nih.. Kalau aku yelah kot.. Ganas+kasar+garang+cengeng ( hahaha! wajib nangis ). Nanti lah aku tanya En Gaban, Re-10.. Kalau diorg nak sanggup aku sponsor! Hahaha..

En Zul cakap nak pergi. Tapi dia nak pergi senyap2. Tau2 je dia MMS aku yang dia dah sampai. Kejam kan? Tapi aku tau.. Dia mesti sampai kat sini je




Kat signboard je. Mesti punya.. Hahahaha

Misi tahun ni ialah

Lokasi : Bukit Broga, Semenyih
Hari : Akan diberitahu kelak
Waktu : Selepas Subuh
Peserta : Seramai kawan yang boleh ( last2 aku sorang je )







Tata!

2 comments:

cHe cHue said...

budus la ko !!! gelak besor aku bile bace perenggan seblum gambo tu

Cik Tata said...

weykkkk! padam muka.. aku tak sabar tgu pic ko sblh signboard tu k! :D