CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 18, 2011

Susah Dengan Dia, Senang Lagi La Dengan Dia

Hari ni genap ulang tahun persahabatan kali yang ke-6. Kalau ikutkan takde la lama pun. Kira baru je nak nampak dunia. Kalau budak2 tu kira baru nak masuk tadika. Baru nak belajar ABC, 123. Tapi dalam usia 6 tahun persahabatan ni, kira lama la kan..

Memula aku kenal cik mek molek sorang ni masa aku tingkatan 4. Masa tu kelas kitorang sebelah2. Bila selisih kat kaki lima kelas just sengih2 je. FIY cik mek molek ni satu kelas dengan En Gaban. Abaikan pasal En Gaban buat masa ni sebab ni kisah cik mek moleh yer..

Masa tingkatan 6 ( f6 ), aku satu kelas dengan dia. Masa kat f6 kira leh tahan gak berpuak-puak nya. Yelah,masing2 mesti la nak cari gang satu sekolah kan. Dalam f6 ni kita kan jumpa mcm2 student dari sekolah2 yang berbeza, so bila jumpa gang satu sekolah yang sama mesti la rasa selamat kan.. Tapi tu masa mula-mula. Lepas dua, tiga bulan sume boleh masuk. Tak kisah la kan sekolah mana pun dulu. Masa dalam kelas cik mek molek ni diam je. Baik gua cakap.. Senyum pun sikit2 je. Tak macam aku. Gelak kuat. Ratu gelak sungguh time f6 dulu. Gila sungguh.

Start tingkatan 6 atas kitorg rapat. Buat satu gang. Zaman sekolah kan.. Mesti la ada gang-gang ni.. Hahaha.. Time takde cikgu sume pakat duduk dalam gang masing2. Mula la citer hantu la, pasal boyfren la, nak tgk wayang la.. Pasal kerja sekolah takde langsung. Disebabkan rumah aku dengan cik mek molek ni dekat ( dalam 300 meter sahaja kot ), jadi selalu la gak kitorg g sekolah sama-sama. Tapi time balik sekolah lagi la selalu. Sekali jalan kan..

Habis f6 masing-masing apply U. Time ni aku dgn cik mek molek kira makin rapat. Sebab bila dah habis sekolah, dah tak jumpa dah kawan2 lain. Yelah rumah jauh2. Aku paling dekat dengan cik mek molek ni. Bila dapat panggilan U, cik mek molek ni datang rumah aku tunjuk slip dia print. Result panggilan dapat kat UUM. Dia pun suruh la aku check. Kengkawan lain sume dah check. Upanya aku je paling lambat. Bila check aku pun dapat kat UUM. Wahhhh.. Lompat2 dulu. Padahal masa apply tak plan pun nak U sama. Memasing apply memasing punya. Rezeki memang seronok melampau. Walaupun happy tapi susah hati takyah cakap la.. Nama je satu U.. Ingat U ni besar sekolah? Kolej penginapan kitorg lain-lain. Ah, sudah.. Mati la aku. Time ni bukan pk nak masuk U. Pk nak satu kolej dengan cik mek molek ni. Gedik sungguh kan.

Masa minggu oreintasi aku langsung tak jumpa cik mek molek ni. Bila aku tanya kat akak fasilatator kat mana kolej cik mek molek ni, akak tu cakap jauhhhhh.. jauh dari sini. Aduhaii.. Gi mana ni.. Masa tu tiap-tiap hari ber'sms'. Bgtahu aku sedih, nangis bagai. Hahaha.. Dasar cengeng. Tetiba hari last orientasi urusetia maklumkan yang beberapa pelajar kena pindah g kolej baru. Masa tu takde perasaan pun. Lantak lah. Kolej ada 13 buah kau.. Takkan la dapat kat kolej cik mek molek. Bila budak sebelah aku dapat slip pindah kolej, aku dengar dia sebut nama kolej cik mek molek. Lepas tu sorang lagi. Pun sebut nama kolej cik mek molek. Lepas tu sorang lagi. Pastu lagi. Masa tu mata aku dah segar dah.. Doa2 supaya aku pun dapat pindah g kolej cik mek molek.

Akhirnya nama aku pun dipanggil. Wahhhh.. Dapat pindah. G mana? Kolej sama dgn cik mek molek la.. Hahahahaha.. Nangis dulu. Sebab happy melampau. Pastu sms cik mek molek. Dua2 menggedik sesama. Akhirnya bila dah berjaya dipindahkan ke kolej cik mek molek, bilik lak tak sama. Takpe. Janji sama kolej. Blok lain, bilik lain pun takpe. Semester 1 dgn 2 aku tak sama bilik dengan cik mek molek. Lepas semester 2 aku apply mintak satu bilik dengan cik mek molek. Dapatttt.. Seronok melampau lagi sekali. Gila sungguh aku kan?

Start semester 3-6 kitorang pilih subjek sama2, kelas sama2, buat assigment sama2. Start kat UUM la aku rapat sangat2 dengan cik mek molek. Buat tesis masa semester 5-6 pun sama-sama. Hahaha..

Masa semester 1 aku kawan2 dengan En Gaban dia la penyokong kuat. Masa semester 2 aku konpius dengan En Gaban dia gak penyokong kuat. Cheer Leader sungguh cik mek molek ni. Dia la bagi kata-kata semangat.. Katanya

kau tak bagi peluang kat diri kau. cuba kau bagi peluang.. aku tahu ni first time.. kau cuba dulu.. tak salah mencuba.. kalau tak okay, kau tarik diri cara baik..

Wahhhh.. Ni kata-kata semangat sebab aku konpius. Nak En Gaban ke tak, nak ke tak, nak ke nak, tak ke tak.. Ishhh! En Gaban lak asyik bagi soalan jek.. Salah satunya ' Do you love mee? ' Jadah sungguh.. Bila aku cakap aku tak ready la, kita kawan2 la dulu. Dia cakap

laa,aku tanya do you love mee? kalau ko tak suka mee, maybe ko suka laksa ke.. bihun ke kan.

Hampeh! Nasib baik pakai sms. Bukan dia nampak muka aku merah macam mana kan. Malu nak mati aku time tu. Pastu kena fire la. Muka dah merah, apa lagi En Gaban kena marah la dgn aku. Padan muka.
Sebenarnya memang dia berniat nak pancing aku. Cuma dia tukar eja me kepada mee. Padahal.. Nak ngurat. Tapi takut kena tolak lagi. Hahaha.. Kan dah melalut.

Jadi sepanjang 7 bulan En Gaban keep trying nak dapat kan aku ( sila gelak sambil muntah yer ), cik mek molek la bg kata-kata semangat giler2.

Sepanjang kat UUM, kitorang kongsi susah senang sama-sama. Makan sama-sama. Tidur sama-sama. G kelas sama-sama. Melepak sama-sama. Stress dengan tesis pun sama-sama. G library sama-sama. Kalau aku sedih gaduh dengan En Gaban, dia la pujuk2 aku supaya jangan nagis. Ye, En Gaban memang suka buat aku nangis. Huhuhu!

Bila dia lak nangis aku lak pujuk. Bila ada masalah kitorg share sama-sama. Bila lost, kitorg remind masing-masing. Bila sunyi, ngadu kat atas katil sebelum tido. Aku ni kan kuat nangis, dia jelah pujuk aku. Tiap kali masuk semester baru wajib aku nangis dulu sehari dua. Gila sungguh! Rindu kat ibu aku lah, ayah aku lah, kucing aku lah.. Pastu rindu kat En Gaban tak kira lagi. Nangis saja keja aku.

Dah habis belajar kitorg cari keja sama-sama. Pastu g konvo sama-sama. Check in hotel pun hotel yang sama. Hahahahaha.. Memang sawan sungguh kitorg kan.

Ni.. Kami dah besar. Umur pun dah banyak. Takde la mcm zaman umur 19 tahun. Umur 22 tahun. Tu muda sungguh. Ni dah umur.. Ishh.. Lagi 5 tahun cecah umur 30. Muda la kan? Mudaaaa~ Sape kata tua? Cuma makin dewasa. Hahaha..

Time ni kan takde pk pasal belajar, main.. Masing-masing ada keja. Sabtu ahad kitorg lepak kat Medan Selera sarapan sama-sama. Kalau Isnin-Jumaat, sama ada aku atau dia tension dgn keja kitorg lepak sambil makan malam. Pastu share masalah kerja lah, tu lah ni lah.. Bila dah hilang tension dah sejuk, kitorg balik..

Dengan umur camni, kengkawan banyak yang dah kawen. Nak ajak jumpa lepak2 ingat boleh lah yer.. Kalau orang lelaki boleh saja. Kalau perempuan? Anak lagi, rumah lagi.. Suami lagi.. Tak dapatnya nak melepak. Aku hanya ada cik mek molek je.. Huhuhu..

Tapi kalau cik mek molek kawen? Habislah aku.. Kawan lain ada.. Tapi cik mek molek ni lain. Lain sgt. Lain sgt2. Seumur hidup aku.. Dia adalah dia. Dia tak sama macam kawan-kawan yang lain. Kawan-kawan lain baik, cool, caring, semua okay. Tapi cik mek molek gak yang aku cari bila sedih, bila nangis. Nangis puas2 depan dia. Eh, menitis lak air mata. Hahaha.. Mengong. Tak leh tulis banyak2 dah. Kang aku nangis sape nak pujuk?

Senang kata

aku nak tengok ko kawen dulu dari aku tau. aku taknak bawak budak kecik g kenduri kawen kau. nanti aku nak tolong apa-apa yang patut senang. haha..

ilebiu Sharifah Rodziah Binti Syed Jalaludin

Tata!

No comments: