CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 31, 2011

Urutan Kasih Sayang

Dalam minggu ni memang aku dengan En Gaban kena handle emosi baik-baik. Silap sikit je leh jadi point perang saudara. Aku nak touching lebih-lebih pun takleh. Kena faham situasi bersama. Biasa la, aku kan perempuan.. Hati serapuh gula-gula kapas kan.. Kaki cengeng pulak. En Gaban cakap garang sikittttt je aku bantai nangis. Kalau aku taknak nangis aku marah En Gaban balik. Haha. Tapi.. Ada tapi okay. Tapi pastu aku gak yang nangis. Perempuan kan. Takkan En Gaban lak yang nangis. Huhuhuhu!

Alhamdulillah perancangan yang kami buat membuahkan hasil bila stress kami hilang sikit demi sedikit. Pssttt.. En Gaban ni memang sukar sikit nak handle emosi bercelaru ni. Orang mekanikal kan.. Mana la reti nak handle emosi halus mulus ni. Hohohoho! Bila masalah dah tenang sikit baru kitorang ada peluang untuk berbincang, bercerita, gelak-gelak. Jadi untuk menceriakan lagi hati En Gaban, aku belanja dia satu urutan.

Urutan kasih sayang kah?
Sebut pasal urutan ni macam snsitif je kan?
Cakar harimau kah?
Itu cakaran untuk suami isteri kan?
Cakar-cakar manja. Bukan bercakaran ( gaduh )
Eh, apa cakar-cakar nih. Melalut kemain.
Urut. Urut untuk En Gaban.
Tapi bukan aku yang urut weih!
Nak mati kah.
Tapi En Gaban dah booking aku sebagai tukang urut spa bila dah kawen nanti.
Tengoklah kalau aku rajin. Hahahahaha!
Oppppssss........

Okay enough. Malam semalam lagi semalam aku bawak En Gaban g Danau Kota untuk sesi urut mengurut. Bukan aku yang urut. Tapi ada satu tapak tu dia buat bisnes urut, bekam dan sebagainya ( <---- ayat skema ).
RM20 selama 30minit untuk urutan refleksologi. Ada lagi senarai harga bagi urutan lain tapi aku tak ingat.
En Gaban pilih urutan refleksologi. Katanya tukang urut tu akan buat lebih dari 30minit. Memang pun.
Berbaloi.

En Gaban ajak aku urut sekali. Minta maaf ye. Reseptor aku terlebih sensitif. Neuron-neuron aku bergerak lebih pantas dari orang lain. Nanti aku tersepak tukang urut tu mcm mana? Haruskan aku bayar lebih nanti? Baik tak payah. En Gaban pun amek tempat. Luruskan kaki. Di sini En Gaban harus menyerahkan kakinya kepada tukang urut sepenuhnya. Lantak la nak jadi apa pun. Redha jelah.
Aku lak yg ngeri tgk kaki kena urut. Aku memang geli melampau kalau orang pegang kaki ni. Apa lagi dipicit. Mati lah jawabnya.
Memula orang tu tekan kaki En Gaban, itu En Gaban menjerit kecil. Kecil tak kecil la jugak.
Nak pengsan aku gelakkan dia. Padan muka. Berjaya gak aku belanja dia dengan aktiviti membunuh ni. Hahahahhaha!
Dan akhirnya sepanjang sesi urut mengurut itu En Gaban mengeluarkan pelbagai bunyi yang buat aku nak blah dari situ. Tak tahan nak gelak kuat-kuat.. Haha..

Erghhh! Arghh! Erkkkk! Sakit-sakit.. Jap bang jap.. Erghhhhh.. Huhuhuhu
Itu adalah bunyi yang sempat telinga aku rakam. Yang selebihnya aku tak mampu nak dengar sebab aku bantai gelak sorang-sorang.
Abg muda suwet tukang urut tu senyummmmm je.. Suwet sangat. Dia senyum memang suwet. Wajah tenang je tgk aku gelakkan En Gaban. Tapi sekali tangan dia picit betis En Gaban, itu En Gaban meraung sorang-sorang. Hahaha~

Tak duduk diam la jugak En Gaban menahan rasa apa ntah. Macam geli. Macam sakit.
Last-last tempat alas kaki yang ada kat tempat urut tu terjatuh sebab En Gaban tak duduk diam.

En Gaban cuba menahan rasa ngeri kat kaki beliau
Sengih sesaat leh la..


Pura-pura okay


Konon-konon relax..
Mamat kat sebelah tu tak senang duduk.. Hohoho


Nampak tak aunty sebelah tu.. 
Mamat yang jadi mangsa aunty tu sampai merayu mintak nak tarik nafas jap..
Hahaha.. Kesiannn


Tangan yang hujung tu memang tangan tukang urut.
Tapi tangan yang kat lutut tu tangan orang sedang menahan rasa ngeri..
Aku tgk je.. Haha

Lepas semuanya berakhir aunty tu pesan ' datang lagi yer '..
Boleh. Tapi taknak aunty tu. Mcm ganas jek. Nak abg senyum ni gak.. Hehehehe
Tetiba aku rasa aku pun nak gak lah.. Tapi mohon bakal tukang urut tu pkai topeng besi siap-siap.
Bahaya. Kang aku terrr terajang dia macam mana?
Huhuhuhu..





Tata!

No comments: