CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 11, 2011

Yang Manis Itu Cinta. Yang Pahit Itu Juga Cinta

Pernah tak korang rasa gagal menghayati setiap lagu yang Anuar Zain nyanyi kan?
Pernah tak korang rasa kosong setiap kali dengar suara merdu mendayu dari Anuar Zain?
Pernah tak korang rasa sebak bila korang hayati lirik yang Anuar Zain alunkan?

Lagu-lagu sebelum ni.. Dan yang ini. Sedetik Lebih.

Disaat adanya perselisihan faham, aku terdengar lagu ni. Terasa bahawa aku terlalui mencintai dia. Terlalu.

Sebelum ni dah selalu sangat Che Chue pasang. Dari tahun lepas lagi. Tapi baru sekarang aku nak hayati. Dan kesannya.. Air mata aku tumpah lagi.






Biarlah kehilangan semua yang dimiliki didunia. Asalkan masih adanya kamu.

Tolonglah mengerti wahai sekalian manusia yang tahu wujudnya kami, sekalian manusia yang memandang kami, sekalian manusia yang melempar dugaan untuk kami.. Cinta aku bukan satu permainan. Kesetiaan aku bukan satu kerja sia-sia. Impian aku bukan untuk dihancurkan.

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan, aku bersyukur adanya kamu

Terlalu banyak dugaan yang aku tempuh untuk hubungan yang belum pasti ini. Janganlah tambah lagi wahai sekalian manusia yang memantau hubungan kami. Dah tak mampu lagi aku nak hadapi badai yang menghempas ganas. Aku terlalu lemah untuk menghadapi lagi.

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang, barulah terasa ku bernyawa

Kalau ditakdir kan kita hanya punya waktu tak banyak mana.. Aku tahu aku kehilangan nyawa. Hilang denyutan nadi. Aku bernyawa dengan cintamu. Walaupun kita selalu berselisih pendapat, terguris hati, terkasar bahasa, banyak tangisku untukmu.. Tapi cinta darimu buat aku senyum semula. Andai tiada lagi kewujudan kita..
Setiap nafas yang dihembus, setiap degupan jantung, aku akan selalu memikirkan kamu sayang. Akan ada sisipan kemas dalam hatiku sayang. Akan ada. Pasti.

Belum pernah aku mencintai sesiapa dalam hidupku. Biarlah sekali ini ku punya cinta, untuk dia seorang sahaja. Hingga ke akhir nyawaku.














Tata!

No comments: