CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 28, 2011

Ada Baby Dalam Perut

Agak sunyi hari ni sebab Ina dgn Zhul takde. Diorang g kursus. Kalau tak takde la sunyi mcm ni. Selalu tu dengar la suara si Zhul menyanyi lagu Anuar Jen dia tu, tak pun suara Ina dengan Zhul bergaduh ntah pasal apa2 ntah.. First time aku terdengar suara Zhul nyanyi lagu Anuar Jen 'Sedetik Lebih' terdetik kat hati aku lebih2nya dia ni.. Aku pun call tempat dia

sedap suara kau.. nyanyi kuat lagi yer..

kau dengar ke? boleh pulak dia tanya. dengar la pakcik.. tembus dinding bilik aku ni ha.. bergema dengan suara ala suprano kau tu.. kau nak suruh Tn Haji Abu bagi mic kat kau eh..

Lepas kejadian pertama tu, berlaku lagi kejadian yang serupa sehingga lah sekarang. Malas nak tegur.. Dengar jelah.. Hahaha

Paling best bila dengar suara Ina marahkan Zhul. Pasal benda bengong pun sampai aku leh dengar.. Haha

Ni.. Sunyi gila. Kalau tak tu, ada gak makhluk muncul depan pintu bilik aku pastu posing maut terliuk2 kat situ.

Hari ni sarapan pun sorang kat bilik. Nak sarapan kat pantry kang lambat pulak. Pot pet pot pet dengan akak2 ni besok pun tak abis cerita. Tetiba lapar lagi.. Yer, sila ambil makluman bahawa perut aku ni memang selalu bocor. Lapar memanjang. Jadinya aku potong buah-buahan,masuk dalam mangkuk pastu bawak g kat bilik.

Jambu air tu sedap gila. Di bawakan khas dari Perak. Tenkiu eh Zhul..
Pasni bawak lagi eh..

Jangan pulak ada yang cakap aku ni diet. Takde maknanya aku diet. Segala macam aku makan. Takde yang aku takmau. Tu je yang ada dalam peti ais, stok beli kat Pasar Tani selasa lepas. Kalau ikutkan mahu saja aku call McD. Hahaha.. Pastu lunch mintak nasik pulak kan. Sila lah tampal perut kau tu cepat.

Nak buat macam mana. Metabolisme tinggi sangat. Lum sempat nak jadi lemak, dah cerna. Hilang lesap terus. Cemana? Disebabkan itu, semua benda aku makan. Sampai En Gaban selalu cakap

ada baby kot dalam perut tu.. lapar memanjang.

Hahahaha! Bukan baby la. Metabolisme okayyy..



Tata!



2 comments:

chu-E said...

awww ko charut mak dlm blog ko! siap ko nox, mak charut ko balik nanti he he he c(:

Cik Tata said...

kemain lagi main carut2 ehh..suka aku lahh.. hahaha