CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 26, 2011

Dia Gay. Saya Okay - Full Entry

Jumaat lepas aku lunch berdua dengan Chu E Zhul merangkap PA bos aku yang ntah hape hape tu. Yer. Kami berdua. Sahaja. Tapi takde apa2 yang berlaku antara kami. Sebab? Lapar kot. Baik settle kan lunch kami dari mengarut yang bukan2. Lagi pun ada apa dengan Chu E Zhul tu? Hahahaha.. Jangan marah yer En Zhul. Nanti blog ko jadi sasaran lak. Hahaha..

Time makan yong tau fu tu memacam la yang kami karutkan. Salah satunya Dia Gay, Saya Okay Jerrr.. Jangan jadi macam yang dalam video tu. Saya Gay, Saya Okay. Memang la kena hentam kan. Dah tu sape suruh kau mengaku. Konon bila dia ngaku tu orang respect la dengan pendirian dia. Kau buat baik macam mana pun orang tetap nampak buruk kau je. Tak payah lah nak Barat sangat g ngaku benda bukan2. Takde orang nak bimbing kau ke jalan yang baik. Kutuk2 kau ada la.

Tapi kan tu satu kes yang kita nampak. Yang kita tak nampak belambak kat luar tu. Kat Kuala Lumpur ibukota tu? Ada sape amek pedulik? Siap ada kelab khas untuk diorang. Apa kebenda ntah aku lupa la Zhul. Brape kali ntah aku nak tanya nama tempat tu kan. Tetap aku lupa.

Kalau dah kat Malaysia ni ada kelab khas untuk diorang, agak-agaknya ada brape puluh orang yang terlibat eh? Puluh lah sangat. Kelab untuk perempuan teraniaya macam aku ni pun tak wujud. Untuk diorang lak yang ada. Sedih untuk perempuan macam aku tau.. Huhu

Bila buat pengakuan 'saya gay,saya okay' kena hentam gila-gila dan still golongan mereka berleluasa, aku nak kata apa lagi Zhul? That's why la aku cakap 'dia gay? saya okay jer'. Dah tu.. Kang aku cakap pasal hal agama orang cakap sendiri pun tak betul ada hati nak tarbiah orang. Okay lah aku sedar diri. Jangan jadi macam orang tak siap. Diri sendiri sopak sana sopak sini, selamber je kutuk orang, ngata orang pastu bagi tazkirah kat orang.

Nak cakap hal ni orang alim, orang berilmu dengan hal2 agama je layak nak tegur, kenakan tindakan. Takkan nak senyap dan tengok je. Nak merasa zaman nabi luth as kot. kita ni. Nak lebih2 kat sini pun takut gak. Nanti ada lak yang cop aku memandai2 ngan bajet bagus.

Bukan bajet bagus la.. Zhul la. Suruh aku buat entry cenggini. Aku tulis bagi pihak dia. Yang pasti aku tak sokong pun aktiviti diorang tu okay.

Zhul, harap kau puas hati eh. Entry tercetus time lunch di hari jumaat. Hampeh sungguh.


Tata!

2 comments:

chu-E said...

miah ha ha ha - lari tajuk daaaaa! ha ha ha

Cik Tata said...

lari kah? kejar la.. rasa mcm hampeh je entry ni.. nk delete sesal.. tak delete kesal.. dilema.. hahaha