CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 20, 2011

Emas, Cincin Tunang, Harga Emas Naik & Blablablabla


Kat FB ada sorang kawan tulis kat status dia pasal harga emas dah naik jadi RM162/gram.
Pastu ada lagi sorang kawan komen, katanya masa zaman dia kawen harga emas RM96/gram.
Tahun dia kawen tu kalau tak salah tahun 2006. Betul kan Ita?
Rasa geram je bila tau tahun 2006 leh dapat emas dengan harga RM96.
Yelah.. Tahun tu kau tgh buat apa. Bila masa kau pk pasal emas.. Huhuhuhu!
Sekarang baru kau nak sibuk2 amek tahu pasal emas kan.. Sudah terlambat.. Harga emas dah mahal makcik. Uhuk!
Tapi takpe.. Beli tetap beli. Nak cincin tunang tak? Nak cincin nikah tak?
Kemain lagi kan..
Alaaa.. Sekali seumur hidup kan.. Okay la mintak cincin je. Mintak rantai boleh?
Mana En Gaban? Lari dah dia..

Awal bulan April baru2 ni terbeli gak sebentuk chinchin. Terbeli kan..
Ajak Ifah. Kalau aku memandai sendiri memang ntah apa2 la jadi kat kedai emas tu. Nasib baik ada cik mek molek.. Pandai sungguh dia ( padahal aku memang gagal bab emas ni ).
Tetiba rambang mata ( sejak bila cik nursaila norman boleh rambang nata pasal emas ni eh? ). Padahal dulu kalau longgokkan emas depan mata jangan harap aku heran.
Lama gak memilih memilah. Sampai aku cakap kat gadis kedai emas tu
' Amanda, jangan tunjuk lagi design2 lain leh tak.. serabut dah ni tak tau nak pilih mana '
pastu si Amanda cakap
' aku bagi kau pilih.. biar puas hati '
Banyak la puas hati.. Makin sakit hati ada la.. Banyak sangat. Tekanan tau nak buat pilihan. Haha!
Last2 taknak duduk kat situ lama2 aku terus pilih satu. Satu je. Walaupun jari ada sepuluh.
Dapat payung lagi. Bagi kat Ifah payung tu sbg upah dia teman aku dan ajar aku pasal emas. Hehehe!

' nak tunang dah ke? '
' taklah, beli sebab suka2 la.. '
Tak boleh ke? Asal beli cincin je takde lain nak tunang lah yer..
Nak buat macam mana. Time2 ni soalan yang sesuai takde lain. Bila nak kawen?
Fed-up tau.. Huhuhu!

Berbalik kepada cerita asal pasal harga emas naik, memang betul la dah makin naik. Dan mungkin akan naik lagi. Apa benda la yang tak naik kan. Gaji bila nak naik? Minimum Rm3000 setiap pekerja boleh kan? Hahaha..

Dari sumber emas ni beritahu bahawa harga emas adalah
999 Gold : RM160/gm
916 Gold : RM151/gm
835 Gold : RM138/gm
750 Gold : RM125/gm
375 Gold :  RM67/gm
Last updated on 28 Jan 2011

999 Gold : RM166/gm
916 Gold : RM157/gm
835 Gold : RM144/gm
750 Gold : RM131/gm
375 Gold :  RM71/gm
Last updated on 02 Mar 2011

Dan dengar2nya emas 916 dah jadi RM162/gm

En Gaban cakap bagi sport rim leh tak?
Heyyy.. Tak muat la nak letak atas dulang hantaran. Cisss..



Nak yang ada batu berlian banyakkkkk.. Pastu berat,besar,berkilau-kilau. Kita kalahkan Dato' M Daud Kilau okay En Gaban..
Kau ingat En Gaban anak Dato' M Daud Kilau ke kau nak demand sangat?
Materialistik sungguh.
Nak beli sendiri yer!

Tata!


No comments: