CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 4, 2011

Housemate Dari Neraka

First of all thanks sebab sudi luangkan masa baca email ni.. saya ialah salah seorang silent reader blog awak yang setiap hari akan tgk dan baca post2 terbaru. jgn risau.. email ni bukan nak complain apa2 cuma dah nama blog pun'cursingmalay' so saya pun nak cerita perihal orang melayu..

bulan januari kawan saya masuk ke rumah sewa yang baru. masa datang dia tgk girl yang duduk kat rumah tu pun ok. muka nampak innocent je. jln dengan cakap pun kepit je.. hari pertama dia dtg nak pindah barang.. dia agak terkejut tengok ada pakaian lelaki dengan seluar dalam bersidai dlm rumah. kasut lelaki pun ada.. mungkin girl tu tahu apa yang kawan saya fikirkan, dia pun ckp yang semalam tunang dia tidur sini. temankan dia sebab dia tinggal seorang. nanti adik dia akan duduk dengan dia. kawan saya pun cakap oklah. cuba untuk berfikir baik.. mungkin girl tu memang takut duduk sorang2..

esoknya kawan saya dtg lagi nak pindah barang dan kemas bilik. dia tengok seluruh family girl tu ada kat rumah tu. mak dia abang dia kakak dia abang ipar kakak ipar anak sedara dari yang besar sampailah yang kecil. kawan saya pun fikir takpela kut sekejap aje.. kawan saya pindah barang dengan tunang dia..
minta tunang dia tolong angkat barang2 yang berat..


3 hari selepas tu baru kawan saya pindah betul dan kunci bilik hanya diberikan selepas kawan saya masuk.. maknanya sebelum ni walaupun kawan saya dah pindah barang dan bayar deposit kunci still diorang pegang. masa kawan saya masuk semuanya ok dia pun baik.."kalau nak makan apa-apa.. ambil je.. kita kongsi-kongsi" kawan saya pun senyum ajelah.

kawan saya ni bukan jenis yang memasak. tengah hari makan kat opis.. lepas keje pergi makan dulu baru balik kadang-kadang dia bungkus makanan. mungkin ada dlm 2 ke 3 kali je dia makan kat rumah tu sementara tunggu gaji masuk.

seminggu lepas kawan saya duduk, adik girl tu pula masuk. lepas tu dia tgk toileteries dia belum sebulan dah habis.. dia pakai krim mandi 1 liter takkanla 2 minggu dah habis.. ubat gigi pun sama.. memang tempat dia letak barang2 tu berubah-ubah. dia pun fikirla mungkin dia terpicit banyak.. esoknya dia tgk ubat gigi ada menitik merata-rata dlm bilik air.. dia tak nak tuduh sesiapa tapi saya tahu kawan saya ni memang jenis tahu mcm mana dia letak barang.. dia memang sgt2 particular so lepas semua tu habis.. dia beli baru n letak dlm bilik bila nak mandi baru bawa pergi bilik air.

kemudian, make up dia pula hilang.. dia pun pelik.. mcm mana make up yg ada kat dlm bilik boleh hilang.. oh mungkin dia tersalah letak.. jenuhla dia spot check bilik, korek sana-sini kut2 tersalah letak.. cari dlm kereta dan rumah family tunangnya juga sebab dia selalu ke rumah. tapi hampa takde.. so dia fikir mungkin dia terbuang.. dia diam je.. buat mcm biasa pergi keje balik keje makan dulu pastu baru balik rumah.

dia pun awal2 dah pesan dengan diorg yang dia ni malam-malam pun buat keje. so kalau dia memerap dlm bilik tu maknanya dia buat keje. bukan saja2 tak nak bersembang dengan diorang n tgk tv. dia pun bukan jenis yang suka tgk tv sgt. dia tgk cerita gemilang je kat tv3.. itupun 3 episod yg pertama dia tumpang tgk tv diorang.. yg lain semua dia tgk kat tonton. so dia igtkan semuanya dah ok..

last week dia balik rumah parent dia.. bila balik rumah sewa dia tgk tgk lagi sekali make up dia hilang.. barang2 dia ada yang berubah tempat.. lagilah pelik.. takkanla ada hantu suka curi2 make up orang kut.. dia diam lagi.. bila perkara mcm ni dah jadi.. mulalah dia suspek seseorang.. selalunya adik dia akan duduk di rumah bila semua org dah pergi keje.. untuk menghilangkan persoalan di hati.. dia pun masuk bilik diorang dan dia jumpa barang make up dia dlm bilik diorang! patutlah krim mandia dia walaupun dah letak dlm bilik tapi still cepat habis!

bila adik girl tu balik.. dia tanya pasal barang tu.. terus adik girl tu maki kawan saya.. ckp kawan saya sial.. sundal.. suka buat maksiat.. bawak balik jantan.. menumpang rumah orang.. menghabiskan api air.. curi makanan diorang.. mcm2 lagi. siap tunjuk fuck dan ludah2.. pastu adik girl tu call kakak dia.. kawan saya pun agak geram.. dan of course marah. kawansaya pun ckpla.. kenapa kurang ajar? fitnah dia bukan2.. suara dia pun mula meninggi. adik dia terus keluar rumah tunggu kakak n tunang kakak dia balik..

kakak dia pun balik rumah dgn tunangnya.. tunang dia pulak masuk rumah terus sepak kasut.. bayangkanlah kawan saya seorang nak menadah telinga untuk cacian yang keluar daripada 3 mulut manusia.. diorg tanya kenapa.. kawan saya ckpla pasal barang dia hilang.. kalau betul ambil mengaku.. kalau tak sudahla.. dia
pun sebelum ni memang pernah ckp kat saya yang dia ada terfikir nak pindah sebab diorang suka buat bising.. lepas tu bawak masuk penyewa lain tanpa beritahu kawan saya ni.. kawan saya bukan menumpang dia bayar sewa.. jadi kalau ada orang baru nak masuk.. sekurang2nya beritahulah dia dulu.. dia pun ada hak untuk tahu

lepas tu terus kawan saya ni dihujani dengan macam jenis perkataan yg menyakitkan hati.. tunang girl tu pun boleh tahan.. sebab kawan saya perempuan dia berani buat mcm tu.. dayus la kut.. bukan dia yg duduk dlm rumah tu tapi sebab sayang punya pasal.. dia pun backing la si kakak dengan si adik ni.. pastu tuduh kawan saya tampar adik dia.. pergh bila masa?


lepas tu diorang macam lari nak jawab soalan pasal make up tu.. point kawan saya malam tu pasal make up je. lepas tu terus diorang tuduh kawan saya curi beras dengan sabun basuh baju.. WTF dapat duit ke curi benda2 mcm tu.. kalau kawan saya makan pun sebelum ni girl tu kan pernah ckp dengan baik dan lembutnya suruh makan sama2.. lepas tu, kawan saya mandi pun boleh jadi isu.. dia mandi average memang 10 minit. pompuan kan.. lepas tu ckp pasal kawan saya mandi dgn basuh baju kat rumah tu duit air melambung2.. tak masuk akal.. masa dia sewa kat rumah lama takde masalah pun.. siap pakai washing machine. kat sini basuh tgn je.. pasal tutup pintu pun jadi isu.. pintu depan rumah tu memang agak rosak sikit.. kalau nak tarik kena kuat sikit.. itupun diorg ckp dia suka hempas2 pintu segala.. tuhan ajelah yg tahu betapa sakitnya hati dia malam tu..

lagi best diorang suruh dia keluar rumah tu malam tu jugak.. eh dia dah bayar sewa takkan nak keluar mcm tu je.. infact kawan saya bayar lebih dari diorang berdua.. diorang bayar sikit duduk bilik besar kawan saya bayar banyak duduk bilik kecil.. tunang girl tu pulak keluar ayat best "mulut ko tu jaga sket. aku bagi peluang untuk ko duduk di sini lagi.. tapi aku tak nak dengar ko buat diorang ni mcm ni" mcm kawan saya ni menumpang kat rumah orang..

semalam saya ikut kawan saya pergi cari bilik sewa baru.. alhamdulillah Allah tolong dia.. dia dpt rumah baru.. dia igt nak pindah esok.. tapi tiba2 pagi tadi mak diorang pulak telefon.. suruh dia berambus ckp bukan2.. fitnah dia bawak laki tido kat rumah.. padahal girl tu yang suka bawak laki masuk rumah. mestilah mak girl tu percaya anak dio sebab anak dia balik kampung pakai tudung.. duduk kl tudung terbang...

ada lagi ke orang mcm ni.. tak cukup diorang tiga orang.. mak dia pulak serang kawan saya.. siap ckp nak report polis tuduh kawan saya mencuri barang2 anak dia.. mak dia pun cakap kawan saya tu babi.. satu family dia memang mcm ni ke? FYI kakak dia pernah keje GRO..

dan mungkin Allah nak tunjuk.. semalam masa kawan saya nak keluar pergi keje.. kawan saya nampak penyewa baru tu tidur kat ruang tamu dengan kawan dia kut.. dua2 girls tido atas tilam yang sama.. peluk bukan main erat.. mulut bertemu mulut.. astagfirullah.. saya rasa bagus kawan saya pindah dari rumah tu.. satu family syco.. tak sangka zaman sekarang ni ada lagi orang mcm ni.. suka fitnah orang..

kepada yang nak cari bilik sewa tu.. saya nak pesan jgnlah terpedaya dengan orang yang nampak innocent ni.. sebelum pindah tu cari rumah yang elok.. kalau ada rasa tak best je.. pindah terus.. jgn tunggu nanti jadi mcm kawan saya ni.. baru 3 bulan nak kena pindah lagi.. tak sangka duduk dgn orang gila..

thanks sebab sudi baca email yang panjang berjela ni.. just nak cerita pasal orang melayu yang duduk kampung datang kl pastu rasa diri dah kl habis.. rasa diri dah besar habis sampai boleh caci maki orang.. dan fitnah2 orang.. sory kalau ada yang terasa tapi inilah realiti orang melayu.. suka jaga tepi kain orang.. suka fitnah2 orang tapi diri sendiri tak nampak kesalahan. mungkin kawan saya pun ada khilafnya.. tapi takdela sampai nak memperdajal orang mcm mana yang diorang buat kat kawan saya ni.. harap diorang akan terkena buku dengan ruas nanti..

Yang benar,
Izan

Entry ni diambil dari En Mantot. Kwn ofis suh aku copy di blog ni. Katanya berguna dan ada point-point penting. Point penting apa, itu yang kita tak tahu.

Moral cerita di atas ialah sikap manusia yang macam-macam. Mungkin kita tak tahu siapa puncanya. Tapi yang benar tetap di pihak yang benar kan.

Tenkiu En Mantot. Blog En Mantot mmg pedas. Takde selindung2 bila berkata-kata.

Komen En Mantot :

Aku kesal dengan penulis surat ni.Dia dah nampak adegan lesbian depan mata dan dia tak ambik video!Kalau ada video,dia boleh pegi jumpa "orang kuat UMNO" claim itu video Nurul Izzah dengan wanita mana-mana sedang berlesbian-lesbianan.Mana tau boleh dapat title Datin dan jadi ikon orang Melayu!

Hehe.Tapi secara seriusnya,nasihat aku,kalau nak duduk rumah sewa,duduklah dengan orang yang kau kenal.Member aku duduk dengan seorang mamat playboy di kondominium lima bilik dan tiap2 minggu mamat tu bertukar pasangan.Apa yang member aku mampu buat hanyalah mendengar esakan dan gelak2 manja minah2 Melayu gersang setiap kali proses zina berlaku.

Satu tips nak carik bilik sewa,tanya dulu yang dah menyewa situ,"Kalau saya bawak masuk boifren /gelfren saya boleh tak?" hanya sekadar untuk menduga bakal housemate anda.Jika dia kata "Silakan!I pun! macam tu.Sini jiran semua sporting!" jauh2kan diri anda dari rumah tu.


Tata!

No comments: