CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 28, 2011

Kawan Aku Yang Kaki Selamber, Cool, Gila, Senget Dah Makin Pupus

Disebabkan ketua kumpulan aku masa zaman jahat dah jadi follower blog ni, saje la nak bagi penghormatan sikit. Tenkiu bos sebab jadi follower blog ni. Terharu okay. Terkejut gak bila nama kau tersenarai dalam follower aku. Dan follower yang lain, terima kasih banyak2 sebab sudi ikut blog ni eh. Tenkiu sayang! Silent readers, tenkiu so much dear!

Sesi kata-kata aluan dah settle. Jom layan aku merepek.

Dulu masa form 1 sampai form 5 aku tak ramai kawan. Sebabnya? Ntah.. Haha
Masa tu bebudak kat sekolah aku perangai pelik2. Kaki gaduh, bajet cun, yang pandai nerd sangat, yang tak pandai macam budak2 sangat. Macam2 pattern. Aku? Bengong sorang2. Haha
Tapi aku kawan dengan Zamsuzliati ( weih, btl ke aku eja nama kau ni? dari form 1 aku selalu salah eja nama kau kan? Hehe ). Dia okay sangat. Jujur orangnya, kaki selamber. Tapi bila aku kawan dengan kau orang asyik ingat aku couple dengan pengkid. Tiap kali kita balik sekolah lepak2 kat kedai alat tulis mesti ada je orang pandang kita. Time lintas lak kau pegang tgn aku. Teleng2 pala orang tgk kita. Kau la. Jantan sangat. Rambut tercacak2. Jalan ganas gila. Haha.. Tapi aku suka kawan dengan kau. Sebab kau selamber babe!

Masa form 2 aku naik kelas dari kelas B g kelas A. Malas la kelas budak2 pandai ni. Kepala otak baik sangat. Merayu2 kat cikgu mintak jangan tukarkan kelas aku. Tapi kena tukar gak. Bosan teramat sangat la duduk kelas tu. Bajet hebat, smart, tertib, cakap pun cover2.. Takde ke yang terencat akal sikit? Budak lelaki jelah yang cool.. Takkan aku nak g kat diorang.
Pastu Aniza masuk kelas aku. Wahh, budak baru. Muka baik. Macam baik. Dia duduk dekat dengan aku. Jadi aku pun tegur2 lah dia. Lelama kitorang jadi kawan.
Dah lama kawan baru aku tahu dia cemana. Gila2 rupanya. Takde maknanya baik Aniza tu. Mulut cili api. Hampeh. Tapi aku suka. Aku suka jenis yang jujur, takde cover2, takde bajet2. Nak bajet2 sila duduk kat bahagian Bajet okay.

Kitorang berkawan sampai sekarang. Tapi dia macam okay sikit sekarang ni. Maybe nak kawen dah kan. Kena la adjust elok2 mana yang cacat tu. Hahahaha.. Jangan marah ye Aniza ;)
Kau ingat lagi tak citer gila-gila kita dulu tu? Kerja gila kita kau ingat lagi tak? Kau kan samseng.. Kau la harapan aku.. Kau kan pernah lempang orang bagi pihak aku. Hahaha!

Pastu bila aku kena campak g kelas sains masa form 4-5 siyes aku jadi bengong. Jadi baik. Senyap je. Nak gelak kuat2 pun takleh. Bosan tol. Harap time rehat je la nak jumpa Aniza pun.

Masuk form 6 aku kena campak gak kat kelas sains. Apa diorg ingat aku suka sangat ke operate tikus,katak,cicak,orang bagai ni.. Tension tau. Dah la tu.. Bebudaknya lagi la nerd. Muka mcm nak masuk dalam buku. Mereng aku kejap. Takleh jadi ni.. Apply tukar kelas. Tak dilayan. Alasan : result kamu layak kat kelas sains. Result jela layak, tapi aku tak minat cemana. Jiwa aku bukan jiwa operate2 ni la.. Huhuhu! Tiap kali balik sekolah ngadu kat ibu ngan ayah, bgtau aku taknak duduk kelas sains.. Nanti rambut aku gugur sebab byk pk. Boleh pulak bg alasan cenggitu. Bengong. Hahaha
Pastu ayah aku la g jumpa kawan baik dia kat PPD Gombak mintak sign. Bukan taktik kotor, tapi jiwa aku lebih penting dari segala2nya. Haha

Akhirnya,setelah 3bulan aku hadap Biologi, Kimia, Math S yang latihan dia buat aku tak tido malam, aku pindah g kelas sastera. Wahhh, time ni feeling Dian Sastrowardoyo tau. Bajet aku nanti pandai bersastera gitu. Pastu ada lomba* puisi. Pastu aku join. Pastu puisi aku menang. Tapi.. Nan ado. Berangan lebih.

Time ni la aku kenal Norhafikah Osman a.k.a Fikahchu. Memula kawan minah ni mcm sopan je. Suara halus, bajet ayu je. Tapi.. Rupanya.. Mereng.
First time jatuh cinta dengan Fikah ni time dia bagi cokelat hantaran tunang abg dia kat aku. Boleh dia ingat nak bagi kat aku gak. Terharu sangat. Yelah, aku kan baru kenal dia. Tapi dia gigih gak nak bg cokelat tu kat aku. Nampak sangat aku ni baik kan? ( sila muntah laju2 )

Pastu ada la Ifah, Lenny, Suriani, Azie, Zanna dgn Siti join kitorang together2 buat satu group. Group gila. Sumenya tahap gila maksimum. Ketuanya Fikah lah. Sebab dia paling gila, paling selamber, paling mengarut. Malang kot dapat ketua mcm dia.

Fikah,kau ingat tak kerja gila kita dulu? G jln TAR pakai baju sekolah, naik bus pastu Lenny dgn Ifah mengurat semua mamat2,lelaki tua,negro yang ada kat tepi jalan. Geli aku tgk diorg geletis kat tepi tingkap bus. Hahaha.. Pastu konduktor bus tu ngurat aku, kau dengan suriani g bgtau nama aku kat dia kan. Kau jgn bt2 lupa eh.. Tak pasal2 mamat tu pkai sunglasses dalam bus sbb nak bg effect macho tak bertempat.

Kau ingat tak kita g tgk wayang pakai baju sekolah. Kau memang kaki wayang. Pening aku layan hobi kau.

Kau ingat tak ko suka sangat tiru gaya Nabil Mentor. Ala yang dia menari macam orang cacat tu. Tapi bila kau tiru lagi la nampak cacat. Kau sorang je leh buat. Kat tengah2 kelas lak tu. Sebab tu aku suka sgt dgn kau. Lagi satu kau suka sangat naik tangga pastu kau sengetkan kaki kau. Dah mcm OKU. Kitorang kat blkg bontot kau terpaksa rela layankan aktiviti kau tu. Pastu yang lain pun ikut buat mcm kau gak. Kecuali aku. Heeeeee

Kau suka bagi hadiah kat aku. Macam2 kau bagi. Sampai baju kakak kau pun kau bagi kat aku. Ada lagi kat rumah aku tu. Tak pakai pun. Sebab Malaysia panas kan. Pastu kita gila sangat dengan Jepun. Habis sume benda pasal Jepun kita buat. Belajar bahasa Jepun, lagu Jepun sume kau suruh aku dengar. Cakap dengan aku pun bahasa Jepun. Kau gila sangat dengan Jepun sebab abg kau belajar kat sana. Bilik kau pun mcm bilik orang Jepun. Nape kita tak mkn sushi time tu eh?

Effect gilakan Jepun masih berkesan lagi kat jiwa aku ni. Sekarang ni aku punya lah gilakan sushi, sampai En Gaban marah aku selalu sangat mintak sushi. Aritu aku demam aku mintak sushi gak. En Gaban tak bagi sebab dia tak bagi aku makan benda yg masak dua kali ni. Tua petua family dia kalau demam. Kesian aku kan. Tapi aku paksa gak En Gaban bagi aku makan sushi. Dapat gak. Hehehe.. Apahal citer pasal En Gaban lak ni. ish!

Agak2 kalau anak kau Niyaz baca entry aku ni dia gelakkan kau tak? Hehehe

Takde gambar la. Nanti aku masukkan gambar kita eh.. Yang penting buku kita. Nanti aku masukkan eh..


Tata!

2 comments:

Aki said...

kaw salah eja nama aku lagi!

Cik Tata said...

aku fed-up eja nama ko. hahaha.. dr dulu xpernah btl.. malas dh nk eja lagi. hehe!