CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 22, 2011

Kenduri Kahwin Waktu Siang atau Malam?

Tetiba buat entry pasal kenduri kawen siang ke malam kan.. Bukan apa, teringat masa g kenduri kawan En Gaban bulan lepas.. Panas takyah cakap la mcm mana.. Dah kata Malaysia. Khatulistiwa kan.. Redha jelah..

Sampai2 je kat rumah pengantin aku terrr'mengomel'

panasnyaaaa..

Pastu kena tegur dgn En Gaban.. Huhuhuhu

panas salah, hujan salah.. ishhh..

kalau buat kenduri kawen waktu malam leh tak? ( sambil kipas2 muka guna tangan -- bajet mcm datin )

dulu b cadang mcm tu tata taknak.. ( nada suara mcm nak makan aku )

yeke? ada ke? bila? tak ingat pun.. yeke nie? ( nyanyuk sudah )

Pastu bajet gedik nak buat kenduri kawen waktu malam. Aku punya bajet je. Family? Kalau diorg tak setuju? Nak kena nangis guling2 ke eh? Nampaknya kena buat proposal pastu present kat family dua2 belah pihak cenggini.. Hiks! Kalau diorg takmau buat waktu malam, wajib dalam dewan. Tak dulik.

Eh Cik Tata, apa istimewa sangat kau nak buat waktu malam ni? Buat tengahari jelah. Mengada lebih kau ni.

Sebab utama ialah tak panas. Yeahhh! Jangan hujan sudah lah. Mati la. Nak sejuk sangat kan? Amek kau. Hujan terus. Hahaha..

Pastu leh hias lampu lip lap lip lap. Ala, lampu gantung2 tu. Macam nak raya tu..


sumber : lovelyshafa
Yang ni kanopi transparent. Nampak langit terus. Majlis kawen bawah cahaya bintang kononnya.




Ni la effect yang paling best bagi aku. Bagi aku yer. Bagi yang tak minat takpe. Sila buat ikut citarasa masing2. Aku suka sebab lampu tu la. Berjurai2. Walaupun simple tapi bagi impact yang maksimum k.



Pintu gerbang simple. Tapi sebab lampu jurai2 tu buat kan pintu simple tu jadi glam. Bagi aku la. Nanti ada lak cakap aku tipu. Huhuhu~ So tak perlu fresh flowers atau artificial flowers bagai.

Tapi bila buat time malam, the most part i like ialah bila ada decoration yang mcm ni
|
|
|
|
V


Lantern ATAU Tanglung

Boleh gantung agak rendah atau tinggi terus. Ikut kesesuaian.
Kalau kat area meja makan tu takyah la gantung rendah sgt. Tapi kalau area yang orang tak lalu, its okay kalau nak gantung agak rendah.


Yang ni pomander ball. Boleh buat sendiri kalau anda kreatif.
Banyak tips DIY pomander ball ni. Kalau anda rajin memang boleh jadikan hiasan kat khemah atau dewan perkahwinan anda. Jimat :)

Boleh hias meja makan dgn lilin comel2 cenggini. Boleh jadikan centrepieces jugak :)

Best kan?

Tapi kalau tak dapat buat waktu malam, wajib buat dalam dewan eh,eh..



sumber : Rassweddings

Jangan ada lak pasni tanya ' nak kawen dah ke??? '. Ni entry sahaja okayyyy.. Jangan gedik bagi soalan membunuh cenggitu k. Tak larat dah nak jawab ' belummm '.. Huhuhuhuhu

Tata!

No comments: