CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 27, 2011

Seminar Paling Laju Aku Pernah Hadir






Ni aktiviti semalam. Ada seminar pasal Cyber Crime dari Cyber Security Malaysia
Memula semangat gila. Siap keluarkan pen, bajet nak salin semua benda.



En Mohamad Nizam Kassim. Penceramah.
Gila laju dia bercakap. Slide best2, nota penting, tak tahu mana nak tgk mana nak tulis.
Kejap aku tulis, kejap aku tgk slide. Tak tgk kang rugi.. Bila tgk dah lupa nak salin apa dia cakap.
Tak pernah lagi aku g seminar laju macam semalam. Next slide dia laju betul. Selalunya satu slide je sampai lebam. Ni tak sempat2.. Penceramah pun sungguh lah sweet. Bujang lagi rasanya.. Haha
i adore dengan laptop Apple dia tu.. window dia memang gempak lagi mengancam. rasa nak pinjam.
Maybe dia pakai Apple - MacBook Pro la.. Pro semacam je..
Habis tu.. Takkan nak present pasal Cyber Crime tapi bawak laptop Toshiba macam aku tu.

Tapi gerun la bila dia cakap virus sekarang bukan macam dulu. Lembab, blue screen kira tu ada virus lah tu.. Sekarang ni laptop sendiri leh jadi zombie. Relax je guna macam biasa, laju, tiap kali scan virus tak detect apa2 virus. Tau2 je padam. Laptop aku sehat ke tak eh?

Canggih tol kepala hotak hackers sekarang ni. Dia lagi expert dari anti virus. Cemana?

Paling kerisauan bila En sweet tu cakap dari keyboard je leh kena hack.
Selalu guna internet banking? Tak mustahil rupanya bila kita menaip, maklumat kita dah sampai kat pihak ketiga. Dari keyboard je pun.. Dah leh tangkap password kita etc.

En sweet tu bagitau ' hackers will attack human than infrastructure '
Maknanya, sila berhati2 dengan manusia yer.. Jangan bagi sesiapa cucuk pendrive dia kat PC atau laptop anda, dikhuatiri dalam pendrive tu ada virus yang boleh curik data anda. Data peribadi, gambar peribadi.. Cemana?

Aku rasa laptop aku pun dah jadi Zombie Computer la. Bukan leh caya sangat tu. Diam2 berisi.
Brape banyak pendrive cucuk2 kat laptop aku. Zaman belajar dulu sikit2 laptop aku, sikit2 laptop aku. Alasan ' laptop ko kecik, ringan, senang nak bawak g mana2 ' ' laptop ko sound kuat, best tgk citer '.
Wahhh.. Nak kena g bawak jumpa doctor nih. Mati la.
Patut la ayah aku dok bising  ' jangan bagi orang cucuk pendrive ' ' jangan transfer data guna laptop ' ' selalu on kan anti virus' ' jangan itu ' ' jangan ini ' ' jangan buat mcm tu ' ' jangan main game kat laptop ' ' jangan simpan banyak benda dlm laptop ' pot pet pot pet. Satu pun aku tak amek kisah. Mentang2 ayah kau bukan Senior Analyst kat Cyber Security
Kau buat pekak je kan. Padan muka laptop kau dah jadi Zombie Computer.

Okay jom check benda-benda best yang En sweet bagi semalam








That's all for today,
Tata!


No comments: