CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 16, 2011

Cikgu-cikgu Saya dan Pensyarah Juga












Untuk kali ke-6 aku tak lagi sambut Hari Guru.
Rindunya time tu. Bila bulan Mei je mesti ada sambutan meriah kat sekolah.
Cikgu-cikgu buat persembahan, time ni baru leh nampak cikgu yang garang mcm harimau lapar rupanya lawak orangnya..

Apahal sampai 6 tahun kau tak sambut Hari Guru ni?
Takat sambut dalam hati jela.. Nak luahkan dalam bentuk hadiah ke, kad ke, puisi ke aku tak jumpa dah cikgu2 aku dulu2 tu. Lagilagi cikgu yang rapat ngan baik dengan aku sume nya tak tahu ada kat mana. Dulu2 mana la ada henfon leh save nombor cikgu2 mcm budak2 skrg. Kat FB pun tak jumpa gak.
Bila tgk iklan kat tv rasa sayu je.. Teringat zaman2 sekolah dulu..
Nak wish selamat hari guru kat cikgu rasa debar2. Pastu bagi hadiah kat cikgu.
Jap, kau jangan nak nangis skrg.

Dulu masa sekolah rendah beli hadiah bunga setangkai ( pihak sekolah jugak yang jual..haha ) harga time tu rm1 tiap satu. Pilih la mcm2 warna ada. Bunga tipu je pun. Tapi aku selalunya bagi bunga rm1 tu untuk cikgu2 subjek. Tapi untuk cikgu kelas yang selalu baik dengan aku, aku bg special sikit. Beli hadiah lain. Takmo bagi yg bunga rm1 tu. Yang bestnya order je kat ayah aku. Cakap je nak bagi hadiah untuk cikgu, nanti ayah aku belikan. Hampeh kan. Balut pun suruh ayah aku gak. Aku? Tau2 pagi tu sebelum g sekolah dah siap dah. Pastu sayang nak bagi kat cikgu. Sebab cantik sgt ayah aku decorate. Hahaha

Tapi kan cikgu yang paling banyak jasa dia kat aku ialah Puan Nurul Eshan. Kalau la dia baca blog mengarut aku ni, aku nak dia tahu sebab dia la aku yang bebal math ni boleh buat subjek math last2 minit lak tu. Untuk pengetahuan umum aku ni bebal gila math dari sekolah rendah okay. Dapat cikgu garang mcm dalam neraka iaitu En Azri pun still aku beku gak. Aku tak suka lansung subjek math. Bila PMR jgn mimpi la nak dapat B. A lagi la jangan nak mimpi yer. Dapat C kira beruntung boleh buat kenduri doa selamat. Aku ni jenis kalau tak suka tu jangan berangan aku nak suka. So aku bairkan jelah otak beku math ni terbiar cenggitu, tak pk langsung nak upgrade ke, nak berubah ke kan.. Time form 4 pun aku tak kisah kalau aku gagal math. Dpt markah 40% dah bangga. Gila. Masuk form 5 still tak berubah. Bila kuar result untuk ujian penilaian Pn Nurul mengamuk tiba2. Ayat dia

saya kecewa dengan markah matematik kamu. lebih2 lagi pelajar perempuan....(dia benti kejap sambil mata meliar tgk keliling kelas) melayu! Sape yang rasa lemah sangat matematik datang kelas tambahan saya tiap hari selasa lepas sekolah. bayar rm1 tiap kali hadir. di makmal sains. sape rasa dah pandai sangat tak payah datang!

Bila dapat kertas ujian masing2 yang ntah mcm apa tu, aku kira termasuk la dengan pelajar perempuan yang bebal math tak sudah2. Time tu apahal ntah aku rasa malu sgt. Budak pmpuan lain leh buat tak kisah je. Gelak2 sambil simpan kertas ujian dalam bag. Bila tanya kat diorg takde yang nak join kelas tambahan Pn Nurul tu. Padahal diorg pun 2x5 je dengan aku. Aku ajak Azie. Azie setuju. Bermula lah dunia baru aku untuk mencintai math. Tiap hari selasa lps habis sekolah aku dgn Azie g makmal sains. Ifah dgn Lenny pun ada kat situ. Tapi malu2 kucing nak kawan. Sengih2 je la. Aku datang dgn tangan kosong. Apa benda tak tahu pasal math. Senang cakap memang bodoh math sungguh la aku time tu. Yang bestnya kelas tambahan tu ada dalam kurang belas2 pelajar je. Semuanya perempuan melayu.

Aku tak pernah terlepas walaupun satu hari. Kalau Pn Nurul batalkan kelas tambahan dia,aku lak rasa frust. Walaupun makin lama bilangan pelajar makin susut, tapi aku datang gak. Ntah apa yang buat aku suka sgt nak datang. Best kot ptg2 duduk kat makmal. Hahaha..
Tetiba bila exam pertengahan tahun aku dapat B kau untuk math.
Member kelas yang tahu kebekuan math aku selama ni jadi tak percaya dgn result aku.
Pn Nurul bagi hadiah kat aku.. Huhuhu! Sebab pencapaian math aku meningkat.
Target subjek matematik untuk SPM pada mulanya C. Tapi aku dapat A-
Dalam tempoh kurang 10 bulan je. Dari D jadi A-
Pn Nurul, kalau bukan sebab Pn Nurul saya mesti tak merasa dapat A- dalam SPM.

Cikgu sejarah aku masa form 3 nama apa ehh.. Aniza kau ingat tak? Cikgu India perempuan.. Nama dia apa eh? Garang okay.. Aku pernah kena soal. Pastu bebal taktau jawab sebab aku tak baca apa dia suruh. Malu sebab tak dapat jawab dan menyesal nape aku tak baca apa dia suruh, aku nekad nak dapat A untuk sejarah. Dapat jugak. Hahaha.. Tenkiu Puan.. Kalau Puan tak soal saya, pasti saya lupa daratan.

Pn Aisyah.. Saya tahu cikgu ada ramai anak murid yang mencintai cikgu. Saya yakin semua anak murid cikgu sanggup buat apa saja untuk cikgu. Cikgu hebat dalam kelas. Cikgu ajar kami mcm menyuap anak2 makan. Sebolehnya cikgu nak kami kenyang cukup2 sebelum cikgu keluar dari kelas. Cikgu layan kami mcm kawan2. Kami selesa nak lepak dengan cikgu. Borak2,gelak2..
Sebab jasa dan bakti cikgu kat kami pelajar STPM tahun 2004/2005 terlalu besar, kami tak mampu nak balas dengan wang ringgit atau harta benda.
Tapi nama cikgu jadi sebutan bila result STPM kami keluar. Sebab pelajar kelas cikgu ( kami la tu ) lebih separuh kelas dapat A- dengan A untuk subjek Bahasa Melayu. Tu je yang mampu kami balas atas usaha cikgu bersusah payah ajar kami.

Ada banyak lagi nama-nama cikgu yang aku nak sebut kat sini. Semuanya cikgu2 yang banyak tabur jasa.
Pensyarah pun kira cikgu gak kan.. Prof Madya, Prof.. Semuanya byk berjasa.
En Zaim, terima kasih sebab sudi jadi penyelia untuk tesis saya. Kalau En Zaim tak reject tesis saya memula dulu, sampai nangis2 saya sebab kena buat semula mesti saya tak dapat A untuk tesis saya. Huhuhu..


Terima kasih cikgu




Tata!



2 comments:

aniza said...

sumpah weh x ingat name cikgu sejarah kita dlu...huih...ape la nak jadi ngan kita ni...aduhaiii....sape ek??

Cik Tata said...

ko duduk paling depan pun tak hingat ke? ko dgn ita kan depan sekali..kejam lah kau..kau ingat ustaz tu je kan? hahaha..