CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 12, 2011

Dapat Kerja Baru. Gaji Rm7500. Wallahhhh!

Young people are finding it harder to land the right job ... with the right pay.


































Mohamed Ali ( bukan nama sebenar ), 24, pemegang Ijazah Komunikasi dari Universiti di British. Dia pulang dari Britain 7 bulan yang lalu dan telah menghantar sebanyak 30 permohonan pekerjaan dan setakat ini hanya berjaya menghadiri 5 temuduga dan kemudian dia mendapat hanya 1 tawaran pekerjaan sahaja. Tawaran kerja yang diberikan adalah sebagai Production Assistant dengan bayaran RM1,600. Dan dia perlu mempunyai sebuah kereta sebagai syarat dalam tawaran kerja tersebut.
Ali merasakan dia tidak mampu untuk memiliki kereta dengan gaji mcm tu. Sebab dia perlu bayar duit sewa rumah, utiliti dan perbelanjaan lain. Jadi dia tolak tawaran kerja. Lepas tu dia signed up dengan websites yang bagi peluang pekerjaan, dia g job fairs tapi tetap takde kerja yang sesuai dengan dia. Kawan serumah dia pun alami benda yang sama mcm dia.
( sumber : StarTwo, Wednesday 11 May 2011, pg 2 )

Rasanya benda ni bukan benda baru. Dah lapuk dah. Tapi benda ni makin meningkat setiap tahun. Iklan kerja banyak. Tapi apasal ramai lagi yang takde kerja. Job fair, JobStreet, Allyhunt, JobsDB, mcm2 lagi lah, tiap2 hari masuk dalam email bgtau kerja kosong kat sini, kat situ, kat sana. Tapi kenapa sampai separuh million orang masih carik kerja bagi tempoh 2 bulan lepas?

Selalu bila jadi macam ni orang akan cakap
1. Terlalu ramai sangat pemegang diploma,ijazah,master,PhD skrg ni
2. Tak reti langsung cakap BI mcm omputeh makan salji
3. Tak reti buat kerja
4. Takde pengalaman
5. Memilih sangat. Belajar takat diploma mintak kerja CEO
6. Tak reti komunikasi
7. Susah dapat kerja sekarang ni.. ekonomi teruk..

Kesian budak2 akan datang. Rakyat Malaysia makin hari makin pandai. 5A,9A,12A dalam tangan dah. Kuar matrikulasi terus buat degree. Pastu Master. Pastu PhD. Takkan nak sekat2 peluang rakyat sambung belajar pulak. Kang sume ada SPM je cakap Malaysia takleh bersaing dengan negara luar. Sebab rakyat kurang pandai semua. Sape lak nak jadi CEO esok? Bila dah ramai sangat yg pandai pun still takde kerja. Memilih katanya.

Yang tak reti cakap BI tu takleh nak kata apa la. Kita ni kan negara pengguna. Bukan mcm Jepun. Dia tak harap orang. Dulik apa dia dengan BI tu. Korang tak paham bahasa Jepun pun, korang beli gak Honda, Toyota, Toshiba segala mcm tu. Kita? Please watch your mouth.
Tapi ada slogan 'Cintai Bahasa Kita' 'Bahasa Melambangkan Budaya' 'Utamakan Bahasa Kebangsaan'
Nak utamakan BI ke BM? Ke dua2 sekali? Rojak? Sila kuasai 10 bahasa okay!

Cikgu aku dulu pernah cerita, dia tak diberi peluang kerja dengan alasan cikgu aku tu takde pengalaman. Bila takde pengalaman pasti la kau tak reti buat kerja. Selamber je cikgu aku sound ' dah saya tak diberi peluang kerja, mcm mana nak ada pengalaman ' dan pasti lah dalam sesi temuduga tu cikgu aku tak dpt kerja tu. Sebab dia menjawab. Haha.. Cikgu aku tu selamber rock je. Takpe, janji cikgu dah sound dia. Eh, dpt gak cikgu jadi cikgu kan? So betul la, memang la kita ni 0. Otak beku. Dah tu fresh graduate.. Kena la bagi peluang diorg explore benda2 baru. Buat salah, kena marah.. Tu la pengalaman. Kalau tak buat salah, tak kena marah sampai bila pun takde pengalaman, tak betulkan kesilapan.

Memilih sangat. Aku tak pernah pun memilih, dengan degree tu aku pernah kerja kerani bengong2. Tapi banyak kot pengalaman walaupun kerani cikai gaji rm750. Kau ingat boleh kaya dengan rm750 tu? Shopping dengan melepak aku je terus lesap seminit rm750 tu. Tapi aku belasah je. Janji ada duit shopping. Pengalaman banyak la bila kau jumpa orang. Lagi banyak kau jumpa orang lagi banyak pengalaman kau dapat. Apa aku melalut ni. Memilih. Bukan memilih sebenarnya ( yang memilih tu ada, lempang je lajulaju ) tapi cuba pk.. Dengan rm750 sape nak? Lagilagi kau ada degree. PTPTN nak bayar, kau nak gak pakai superbike, baju nak tukar gak, kasut nak penuh almari, makan takmau mamak. Cukup ke rm750? Takat setahun boleh la bertahan kan. 5 tahun kalao? Tahan ke? Paling dasat dalam 5 tahun tu gaji kau naik la jadi rm1100. Dalam tempoh 5 tahun tu harga brg tak naik ke makcik? Harga minyak makin turun eh? Sama je. Tak cukup gak kan.
Kita perlu memilih dengan kelayakan yang kita ada ( yelah,kau ingat senang nak habiskan 3thn kat U? hutang PTPTN kau nak campak mana ) tapi jangan terlalu memilih. Berpada-pada. Agak2 gaji rm750 situ la nak byr tambang public transport, situ lah nak bt lunch, rmh sewa, PTPTN, yg perempuan tiap2 bln peruntukan banyak okay, pk2 lah sebelum amek job tu. Takat tinggal rm50 kalao korang sanggup its okay. Tu dah termasuk bagi kat mak ke belum? Haha..

Tak reti komunikasi memang masalah besar lah. Kena la improve kemahiran komunikasi kita. Bila bekerja ni kita kena banyak bercakap, dengan bos dengan org bawah, orang atas orang tepi. Lagilagi bila nak kena buat pembentangan. Nanti idea ada dlm kepala tp takleh nak cakap. Cemana?

Dalam artikel tu gak ada gtau pasal lebih 1.8 million pekerja asing bekerja kat sini. Pls jangan sama kan pekerja asing dengan orang kita k. Diorg tak memilih kerja, boleh je jd buruh bt bangunan, boleh je kerja kotor2, boleh je kerja gaji rm600. Diorg duduk rumah pun sewa ramai2 mcm sardin. Rumah kongsi pun boleh, satu bilik 5 orang relax je.. Diorg tak pentingkan keselesaan sebab diorg nak hantar duit balik kampung. Diorg asal ada tempat tido,mkn sudah.. Kerja 7 hari seminggu pun takde hal. Diorg takde life kat sini.. Diorg dtg sini semata2 nak kerja habis-habisan sebab nak hantar duit blk kampung. Kita? Takkan nak sewa sebilik sampai 5 orang. Serabut kot. Tido peluk2 ke himpit2? Hujung minggu nak release tension.. Takkan nak kerja je. Bebal otak.

Yang dah ada bf/gf nak kawen lagi.. Duit kawen nak rompak mana? Slip gaji pun takde ada hati lak nak buat loan. Carik laki ada duit boleh la goyang kaki, tunjuk tu tunjuk ni. Poket dia yang jahanam. Lelaki tu kerja la sampai pitam. Boleh la. Tumpang poket orang.
Tu tak kira lagi bajet nak kawen mcm Elyana, pelamin grand mcm Elyana.
Muka pun nak mcm Elyana. Boleh la kan, cari laki berduit kita nganga je. Sedap apa. Yang baik hati suci murni, tak reti carik jantan poket penuh, tak reti tebal2 muka pikat lelaki berduit kesian kan.. Kena la struggle kerja sebab ada master, takkan nak harap duit orang.
Macam mana tak memilih. Segala mcm harga naik. Gaji lak cukup2 sampai tengah bulan.

Aku pernah gak rasa tensi kerja kerani, tapi happy la kerja tu.. Bos baik,kelakar,suka belanja i makan.. Hahaha.. Si perut bocor ni. Tapi aku pun nak gak kayo. Nak gak pakai Lamborghini. Nak gak lunch kat Paris, dinner kat Japan. G sarapan naik ducati. Tapi gaji banyak pun sama je. Banyak benda nak pk. Yang penting bersyukur. Bab kerja ni rezeki masing2. Ada dpt cepat, ada dpt lambat. Ada dpt ikut kelayakan, ada tak. Sume tu Allah nak uji kesabaran kita.

Mcm En Gaban, berkat kesabaran dia aku, goyang kaki yu skrg kan.. Kemain senang lagi kan.. Buncitkan perut sahaja. Berat pun dah bertambah. Senang hati la katakan.. Takde la pucat lesi je muka, cengkung mcm tak cukup makan. Adik aku pun leh perasan ' En Gaban dah gemuk skrg ' hambek kau.. Makan malam sedap je memanjang mana tak gemuk. Hati manyak senang kannn.. Jangan gatal nak besarkan perut tu.



Tata!






2 comments:

Anonymous said...

Betoi...Betoi ...Betoi

Cik Saila said...

Kan? Kan? Kan? Hehe :)