CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 11, 2011

Jadi Bini Pertama ke Bini Kedua?

Masa menghadiri kursus kat Ayer Keroh Melaka beberapa bulan lepas, ada satu aktiviti yang paling aku suka giler. Arahan dia senang je.

Yang setuju sila beratur di sebelah kanan, yang 50-50 sila beratur di bahagian tengah, yang tak bersetuju sila beratur di sebwlah kiri.

Memula rasa blur gila. Amenda la penceramah hensem tapi dah kawen ni nak suruh kitorg buat. Pastu dia cakap ' bila saya kuarkan satu statement, awak terus decide nak setuju ke, tak setuju ke atau 50-50. bila dah decide terus beratus ikut decision masing2. sebelah kanan saya yg setuju, tengah saya yang 50-50, sebelah kiri saya yang tidak bersetuju' Disebabkan penceraman tu sweet, ikutkan jelah. Aku ingat lagi kawan se kursus aku sume ckp dia sweet kan? Hepp, suami orang okay.

Tetiba dia cakap ' sblm saya kuarkan statement ni saya boleh agak sebelah kanan saya siapa,sebelah kiri saya siapa'

Kitorang pun diam tunggu dia kuarkan statement. ' poligami '

Wahh,tu je statement dia. Tengah bersantai-santai tu tetiba jadi mcm semut berkeliaran. Sebelah kanan ( setuju ) semuanya lelaki. Sebelah kiri ( tak setuju ) semuanya perempuan. Ada dua ahli non-muslim disebelah kiri. Sila tolak tepi yer sebab non-muslim stick dengan monogami. Bukan poligami. Kat tengah ( 50-50 ) ada beberapa orang lelaki dan perempuan. Memang salute kat diorg yang decide nak berdiri kat bahagian tengah.. Ada ke lelaki yang pk 50-50 nak poligami ke tak, nak ke tak, nak ke nak. Sume laju je cakap nak. Termasuk En Gaban. Jaga eh En Gaban.

Yang perempuan pun boleh gak pk 50-50 nak berpologami ke tak.. Huhuhuhu.. Kenapa? What's on your mind sayang? I salute you sangat. Tapi paling aku kagum bila kawan aku yang single ( tp dh bertunang, baru sgt2 ) berada di barisan tengah. Penceramah yg sweet tu ternganga k.. Nak try la tu kan.. Heee~

Of course aku tak teruja nak tau yang sebelah kanan tu. Wajib la sang lelaki setuju kalao kau suruh dia berpologimi. Dan yang sebelah kiri pun sama. Jangan harap kau nak suruh orang perempuan ni setuju kalao bab poligami. Tapi yang bahagian tengah tu.. Apakah Puan itu sudah bosan dengan suami dia yang mcm kayu? Apakah si gadis tu tak yakin dengan tunang dia so malas lah nak pk, nak pologami pun lantak lah. Apa yang buat diorang tak kisah nak berkongsi suami eh?

Memula penceramah sweet a.k.a suami orang ( for sure isteri dia sgt sweet jugak ) tu tanya kat barisan kanan. Takyah tanya la kan.. Mesti la diorg cakap ikut sunnah nabi, siap kuarkan hadis bagai. Bab poligami boleh pulak hafal hadis kan.. Bab nafkah, lupa lak nak hafal. Baik yang bujang, yang dah kawen sume nak poligami. Yang muda baru kawen pun sama gak, nak pologami jugakk.. Bini kau muda cantik lagi kau pasang niat nak kawen lagi masa kat kursus eh. Kesian bini kau okay.. Yang bujang pun kau perhal pasang niat awal2 nak pologami ni? Biasa la.. Lelaki. Nak cukup kan empat katanya. Jawapan standard.

Penceramah beralih ke bahagian kiri. Semua muka emotional. Haha.. Isu sensitif bagi perempuan okay. Walaupun aku belum kawen. Tetap emotional. Penceramah carik yang dah kawen. Penceramah tanya kenapa tak suka poligami. Puan tu pun jawab dia tak suka kongsi suami dia, ekonomi suami dia, and everything about her husband. Lepas tu boleh pulak penceramah tu provoke Puan tu dengan soalan

cuba puan bagitahu, sebenarnya apa yang puan taknak kongsi. puan dah kawen kan.. benda apa yang puan taknak kongsi tu..

Puan tu blur. Still bagi komen yang sama iaitu dia taknak kongsi kasih sayang,ekonomi suami. Tapi penceramah tetap nak paksa puan tu ngaku benda yang puan tu takmau kongsi. Apakah? Kitorg yang wanita2 suci ni mcm blur, mcm nak marah pun ada. Kena provoke kan.. Pastu emosi terlebih. Orang perempuan lah kata kan..

Lama2 puanpuan yang dah kawen merahmerah muka. Soroksorok muka semua. Kami yang bujang? Apakah? Penceramah tu sengih tapi tetap sweet..

biar saya bagitahu.. ( muka sinis gila, senyuman tetap hot ), sebenarnya.. ( senyum lagi meleret ) orang perempuan ni tak suka kongsi a** suami dengan perempuan lain ( maaf, malu nak tulis kat sini ' . _ . huhu )

Damn! Penceramah yang sweet tu takde pakai penapis okay. Telus sungguh kata-kata dia. Nasib baik dia super sweet.

betul kan? Penceramah tu tanya kat segala puan yang ada kat situ. Puanpuan tu senyum sipisipi sambil muka merah mcm bengang di provoke cenggitu.

Bukan pasal a** yang aku nak highlight kan kat sini okay. Tak kuasa. Tapi aku nak highlight kan kat sini ialah cerita bawah ni..

Bila penceramah tu beralih kepada wanita bujang lagi suci ni of course jawapan kami takmau kongsi suami. Yang best jawapan kawan sekursus aku bagi

saya jenis tak suka kongsi2 barang, bilik, harta benda dengan orang. memang tak suka kongsi2.. jadi bila bab suami pun sama la.. saya taknak kongsi sebab saya memang tak suka kongsi apa2 dengan orang. memang tak suka.

Amek kau. Tak suka kongsi barang,bilik,kereta,cawan,sudu bagai kau nak suruh dia kongsi laki dia? Boleh jalan.. Kitorang back up la dengan anggukkan penuh keyakinan.

Pastu si penceramah sweet tapi kaki provoke ni cakap

kita tak tahu kan apa yang akan berlaku di masa depan, kalao lah suami cik mintak nak berpoligami jugak.. what will you do? Ni kalao je k sebab kita xtahu kan..

saya mintak cerai.

Nak suruh aku terkejut? Maaf lah. Aku pun simpan jawapan yang sama mcm kawan aku tu sejak dr dulu. Wanita bujang yang lain angguk2 je. Yakin okay. Para lelaki kat barisan kanan sume terdiam ternganga terkaku sume lah. Kau ingat kau je boleh demand? We can do more.

para lelaki, untuk makluman anda semua.. para wanita di barisan kiri ni ( kami la tu ), mereka sanggup buat apa sahaja untuk hak mereka. demi suami, kalao bab poligami diorg tak sanggup berkongsi. lain boleh. tapi bab suami, maaf lah. tak mustahil diorg akan bersifat defensive yang teramat sangat sampai sanggup potong a** suami. betul?

betul.

Terdiam sume peserta kursus lelaki. Penceramah tgk muka kami sorang2 dengan senyuman manis dia. Yup, we will.. Nak duit aku boleh bagi, nak segala harta aku,aku boleh bagi semua. Tapi kau mintak suami aku.. Maaf.

Game tu berakhir dengan senyuman puas para wanita, tapi para lelaki mcm terkedu lak aku tgk. Macam terpadam niat. Aku tau, diorang sayang isteri2 diorang. Tapi biasa la, imaginasi lelaki ni tinggi.. Diorang jenis simpan cita2 tinggi. Taknak kalah. Bab bini pun nak kaut semua. Kalao bini boleh 10 pun diorg nak. Sebab diorg memang jenis tak takut apa. Redah semua. Janji dapat capai cita2 pastu leh show off yang diorg hebat. Sebab naluri diorg memang mcm harimau.. Nak tunjuk gagah. Its normal. Tapi sayang isteri tetap ada. Cuma diorg tak reti nak simpan dalam balang kedap udara. Letak sepah2 je. Jadi anda harus ingat la.. Kalao takat jaguh harimau kami para wanita tak gentar sebab tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia. Harimau boleh goncang dunia ke? Hahaha

Bukan taknak payung emas.. Tapi kalao rasa tak yakin boleh redha sepenuhnya suami kita kawen lagi satu baik jangan carik pasal. Ingat senang ke nak kongsi2 ni. Time bercinta pun kau tak suka ada perempuan lain sms, cakap, senyum2 dgn boyfren korang kan. Mesti melenting punya, soal mcm polis, check henfon.. Sume nama perempuan dalam henfon boyfren korang sume korang soal kan. Ni pulak kau tau hari ni giliran rumah bini lagi satu. Boleh ke? Memalam kau tido peluk bantal laki kau. Laki kau sudah pasti peluk bini dia yang lagi satu. Boleh? Nanti mesti korang tergedik2 tanya

bini abg yang sorg tu pandai masak ke? dia masak apa untuk abg? Sifat cemburu tu ada dlm diri semua perempuan okay. Mesti nak bersaing, jelesjeles, dengkidengki wajib ada. Jangan nak kata takde. Menipu sangat. Bila laki korang jawab

biasabiasa je.. Korang tak puas hati. Tapi bila laki korang cakap

sedap.. Mesti korang anginkan?

ohhh.. dia masak sedap. saya masak tak sedap? mcm ni la kan.. dh ada bini baru, saya ni awak lupa blablablablabla..

Tak kuasa aku nak membebel sakit hati, cemburu, dengkidengki. Baik angkat kaki.

Betul la orang tua cakap bila perempuan sekarang dah berkerjaya, ada duit sendiri, ada pangkat, boleh berdikari diorang tak kisah kalao bercerai sebab suami buat perangai. Sebab diorg ada segala2nya. Dari layan perangai suami mengada2 tak reti bersyukur ada bini sorang baik jalan.. Gatal sgt nak poligami, bini sorang pun tak terjaga banyak songeh lak.

Apasal aku emosi sangat ni? Preparation tu penting. Hahahaha..

Sorry la entry ni emosi melampau.. Korang jangan stress lak eh.. Hahaha.. Biar aku je stress sebab nak kawen dah kan. Erk! Ala, bagi la chance aku drama sikit.. Asyik orang je kawen.. Boleh? Hehehe.. Aku tipu je lah. Aku tunggu Ifah kawen dulu.



Tata!

No comments: