CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 19, 2011

Risau Bila Hari Makin Dekat





Aku tak tau la apasal,mengapa,bagaimana asyik nak gaduh je.
Risau okay.
Sikit2 gaduh.
Sikit2 gaduh.
Benda kecik pun gaduh.
Benda besar lagi la gaduh.
Gaduh kalau mcm budak2 berebut barang mainan takpe.
Ni mcm g berperang.
Sorang pegang pedang sorang pegang perisai.
Aku sah2 tak pegang perisai.
Nasib baik la dia pilih nak pegang perisai.

Yang paling bagus,hebat,takjub,bangga kitorg bergaduh sebab orang lain.
Apahal?
Ntah.. Macam kena jampi kot. Tiap kali gaduh wajib disebabkan orang lain. Orang yang sama lak tu.
Dah setahun okay. Satu tahun. 365 hari. Banyak hari tu kan.

Orang cakap time2 tgh bertunang ni memang la mcm tu.
Ujian dia lain macam.
Dugaan dia memang dasyat2.
Kena banyak2 bersabar.
Kalau boleh tu buang henfon. Jangan msg2, jangan call.
Jangan jumpa.
Kalau msg kang gaduh, call pun sambung gaduh, jumpa lagi la.. Kerut2 muka kau kan.
Tunggu tarikh, nikah laju2. Hafal siap2. Bagi pass sekali lafaz.
Tapi kami lum tunang pun.. Cemana?

Apahal..
Ntah..
Aku pun tak tau la nape.
Nak gaduhhhhhh je.
Gaduh tu nikmat kot.
Mcm makan tempoyak sapu kat roti gardenia.
Erk!

Boleh tak jangan gaduh?
Saya janji kita jangan gaduh2 lagi eh..
A'ah.. Pastu kau gaduh jugak kan.
Nasib baik la kau dapat si dia yang penyabar.
Penyabar nauzubillah.
Silalah bersyukur.

Selalunya aku tahan ego. Takmau ngalah.
Lantak la. Apa nak jadi,jadi la.
Aku marah sgt2 okay.
Okay,memang patut aku marah sebab dia mengeluarkan kata2 yang kejam.
Sampai hati. Lain kali mulut tu jaga sikit eh. Pakai penapis okay.
Tak pasal2 patrick ( petrik ) jadi mangsa.
Sampai hati aku pertaruhkan si buncit bushuk tu.
Kejam gila aku ni.
Amarah punya pasal aku sanggup bayar harga petrik si buncit bushuk tu.

Konon puas hati. Nah,amek duit tu. Aku leh bayar lah ( bajet kalau aku bayar kira 0-0 la ).
Lepas 2hari, hati tak jadi marah. Dah sejuk. Hilang merajuk.
Bila pk2 balik.. Apa kejadahnya gaduh beriya2 sebab orang lain. Orang tu sedap2 dgn life dia. Kita? Berantakan pulak. Apa dapat?
Lewat ptg tu dia bagitahu.. Dia dah pun guna duit petrik yang aku bayar balik tu.
Terkedu. Dia dah guna? Maknanya dia betul2 amek duit tu? Aku acah je.. Dia guna betul2?
Damn!
Menitis lagi air mata. Tak cukup selaut air mata aku bazirkan untuk kesedihan beberapa hari tu.
Lewat ptg tu menitis lagi bila dia cakap duit petrik yang aku bayar tu dia dah guna. Padahal aku main2 je.
Menyesal? Dah terlambat. Sape suruh kau bayar harga petrik tu. Dah tu hadiah dari dia, yang kau g gatal tgn g bayar balik tu perhal. Bajet ego la tu kan. Now? Kau takleh nak claim petrik si buncit tu pemberian dia. Padan muka.


Happy kau eh petrik..

Ni la petrik si buncit bushuk tu.
Hadiah hari jadi dari dia untuk aku.

Malam tu jumpa konon untuk bermaaf maafan.
Tapi dia suruh aku tutup mata kejap.
Puas aku takmau,dia suruh tutup gak.
Tutup gak la mata ni. Kot2 ada kunci kereta Lancer ke kan.. Yelah,hadiah bermaaf-maafan haruslah hebat2.
Bila aku bukak mata ada sampul surat tulis 'duit petrik'
Eh, ni macam sampul surat yg aku bg 2hari lepas jek.
Dia tak guna pun duit petrik tu.
Dia tak sampai hati pun nak guna. Dia cuba pertahankan petrik tu sbg hadiah dari dia.
Dia tak usik pun duit tu.
That time aku rasa bengongnya aku buat mcm tu. Air mata ni perhal la suka sgt nak menitis aku pun taktau.
Kat kedai makan okay. Kau ingat drama Yusof Haslam ke?
mamak, tisu..
Tak gentle sungguh tau dia ni.. Ada ke suruh mamak tu amek tisu.. Baik dia mintak je kain lap meja tu buat lap air mata aku kan..
Aku tak marah pun dia tipu aku, aku nangis sebab petrik kami masih mampu diselamatkan.
Dia takmau guna pun duit petrik tu sebab dia cakap
Dia tak banyak bagi hadiah kat aku. A'ah memang pun. Satu tu je la hadiah dari dia. Sedar takpe.
Dia kata itulah yang pertama dan yang terakhir. Hampeh. Jadi dia tak nak hadiah yang satu tu aku bayar2 pulak duitnya. Nanti apa je pemberian dari dia kan. Alah, pertik murah tu. 10 aku leh beli. Orang lain tgk dapat apa? Rantai, cincin, gelang kaki, baju ribu2 helai, henpon, laptop.. Baru la hebat kan.. Takat petrik tu kat tv leh tgk.

Oit, En Gaban.. Awek kau cakap mcm tu? Tampar mulut dia lajulaju. Kurang hajau!
Aku tau takde benda paling mahal dari dia untuk aku.
Memang takde.
Selalu orang tanya 'kau dapat hadiah apa besday semalam?'
Apanya? Takde.
Tak percaya lak. Diorg ingat aku sorok2. Diorg pk aku dapat kunci kereta kot tu yang sorok2.
Bila aku cakap aku makan kue tiow kungfu je masa celebrate besday, mati2 tak percaya. Dia ingat aku makan kat Paris.
Dia tak pandai benda2 ni semua. Nak bagi2 hadiah ni dia tak reti. Nak sambut2 besday tutup2 mata aku guna kain pastu ada lilin2 menerangi suasana ni memang tak la. Nak bagi bunga setangkai pun dia tak reti. Beli kek sepotong pun dia tak reti. Pendek kata memang dia tak mengerti nak tabur2 kelopak bunga mawar kat aku.

Tapi aku selesa mcm tu. Aku tak dapat semua tu dari dia maybe sebab aku dapat semua tu dari family aku kot. Jadi aku tak berapa nak heran la kalau dia tak buat cenggitu. Tak kisah pun. Aku tak harap hadiah dari dia sebab aku bercinta dgn dia bukan sebab nak hadiah. Aku nak cinta dia. Wahh,poyo sikit takpe kan.
Untung lah yang dapat boyfren lambakkan hadiah duit.
Perempuan mana tak suka kan. Tapi aku okay je. Takde hal.. Janji dia ada dgn aku sudah. Dia selalu buat muka paling berseri2 bercahaya mcm spotlight tiap kali nak tiba hari2 penting kami. Puas hati aku tgk dia teruja nak celebrate walaupun lagi seminggu baru sampai tarikh.
nak makan mana malam ni? sambil terkinja2.. Hahahaha

Cukup bagus bila kitorg gaduh dia pilih pegang perisai.
Cukup bagus bila kitog gaduh dia pilih untuk jadi air.
Cukup bagus bila kitorg gaduh dia marah aku 5minit je. Pastu aku merajuk lebih2 mcm syaiton dia gigih buat baik. Patut dah kena penampor kan?
makan aiskrim jom..aiskrim singgit..
Boleh tak dia pujuk mcm tu? Pastu ada la dua makhluk makan aiskrim kat bangku kaki lima Giant.

En Gaban tak bagi aku buat entry tulis kitorg gaduh2 ni.. Ni kalau dia baca ni taktau la dia marah ke tak..
Ala, hakikat la sayang.. Sedangkan lidah lagi tergigit.. Menipu la kalau cakap 4tahun bercinta sehari tak pernah gaduh. Time kita berkawan kau aku kau aku pun kita gaduh gak kan.. En Gaban takut kot orang cakap apa.. Takut orang tepuk tangan.. Biarlah.. Gaduh tu kan konflik. Konflik kan pencetus perubahan.
Kalau tak gaduh nanti simpan2. Dendam2. Ungkit2. Ai tak suka la cenggitu.. Ai suka yang all out..
Luahkan.. Haha

Entry ni maybe En Gaban tak suka. Tapi suka saya tegaskan di sini saya nak bgtau bahawa awak cukup baik kat saya walaupun.. walaupun tu wajib ada. Walaupun awak suka buat saya nangis.
Next time, please.. Pakai penapis okay.


Sebelum tu.. Gambar aku dgn En Gaban bermesra takleh pisah langsung.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tata!

No comments: