CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 10, 2011

Saya dan Anak Perempuan Saya

Anak saya adalah kawan saya.
Saya boleh bercerita tentang apa saja dengan anak saya.
Saya selalu tanya pendapat anak saya tentang diri saya.
Saya selalu keluar lepak dengan anak saya bila bosan.
Saya selalu window shopping atau terr shopping sekali bila dah rambang mata dengan anak saya.
Saya selalu baring2 tgk TV dengan anak saya lepas tu tertido sama2.


Anak saya adalah kawan saya.

Beza umur aku dengan ibu aku of course jauh. Takde la mcm dalam cerita Gilmore Girl feveret aku dulu tu. Dapat anak masa umur 16 tahun. Boleh la mcm kakak dengan adik.
Tapi walaupun umur aku dgn ibu aku jauh sebab ibu aku kawen masa umur dia 27 tahun, tapi kitorg boleh ngam. Gaduh tu biasa la kan, sebab aku ni super degil. Super duper degil. Taknak dengar kata. Ikut kepala sendiri je. Dah la degil pastu bantai merajuk pulak. Banyak songeh kan. Tapi aku merajuk tak lama. Kejap je aku okay la dengan ibu aku. Yelah, nak merajuk lama-lama mcm mana.. Ibu aku masak sedap2 pastu aku terpaksa la sengih2 depan dia sebab nak join makan sekali.

Bila dapat gaji je lajulaju g Jln TAR. Biasa la kan.. Tempat feveret para wanita mcm ibu aku. Ibu aku je. Aku tak.. Hehe.. Aku selalu bawa buku untuk baca sambil tunggu ibu aku memilih memilah kain-kain dia. Busan okay.

Disebabkan ikatan kekeluargaan kami ni kuat, mcm korang jugak la kan.. Mesti la bonding kita kuat dengan ahli keluarga kita lagi-lagi ibu/mak/mama kita.. So tiap kali birthday ibu aku wajib la celebrate. Hari Ibu pun sama. Dulu masa zaman sekolah, takleh nak beli hadiah grand2 sgt.. So aku dengan adik2 aku buat kad birthday dengan kad Hari Ibu tiap kali celebrate. Pastu ayah aku beli kek senyap2. Kitorang yang agak serabut ni lajulaju tutup lampu rumah bagi effect malap2 konon. Bila ibu aku tgk rmh gelap2 dia pun bising la kan.. Tetiba kuar kek bercahaya lilin kecikkecik.. Suka takkk..

Tapi sejak dah ada duit poket sendiri kena la beli sesuatu pulak. Aku selalu beli benda yang dia nak sgt2.
Penuh dah rmh tu dengan hadiah2 dia je. Selalu pagi2 kitorg masak samasama pastu wish birthday atau Hari Ibu.. Salam pastu cium pipi banyak2. Pastu makannnnn..

Tapi tahun ni rasa lain pulak wish Hari Ibu.
Pakai sms je. Tak syiok laaaa..
Pepagi ( x la pagi sgt sebab bgn pun lambat kann ) anta sms wish Hari Ibu.
Please la tahun depan time Hari Ibu jangan g mana2 k. Taknak la wish pakai sms. Huhuhu

Nasib baik a day before Hari Ibu sempat g jenjalan dengan ibu aku g habiskan duit yang ada. Mana lagi. Jln TAR jela feveret ibu aku pun. Jahanam poket aku sebab Jakel buat sales.
Kebetulan ramai kengakawan nak kawen bln Jun ni kan.. Cik Ifah pulak dah suh aku pakai baju kaler pink kenduri abg dia nanti. Pink yang sedia ada? Takmau. Nak yang baru. Mengada kan. Orang lain yang kawen, kau sibuk nak baju baru gak kan?
Pastu En Jepun pulak. Nak kena hadir tu. Aya? Ntah jadi ke tak.. Ke dia lupa dia patut kawen bln Jun ni.. Mung jgn tak jadi kawen eh Aya.




Anak yang baik memang cam ni. Biarkan ibu dia pilih kan untuk dia.


Saya. Baik.


Anak yg baik memang mcm tu. Biar ibu dia pilih bag sorang2.



Di Hari Ibu tibatiba aku rajin semacam. Biasa la, aku mana pernah rajin kan. Kan En Gaban kan?
So dessert untuk hari minggu ialah Punch Buah-Buahan a.k.a Koktail


Jagung, Laici, Nanas.. Boleh la tambah ikut buah yang korang suka.


Nata De Coco sikit..


Jelly. Ni Cik Leha punya kerja. Aku suruh masuk dalam mangkuk kaca, gatal tgn g masuk dalam mangkuk bintang ni. Dia kata bentuk bintang tu penting. Banyak la.


Amek jelly sikit2 pastu masuk dalam mangkuk yang ada buah-buahan tadi.


Masukkan susu krimer sejat F&N.


Masukkan ice. Tak ceria ke kaler dia?


Letak syrup. Ceria tak? Ceria la tu..

Jom makan!


Ni tukang makan. Thx Yana sebab sudi habiskan koktail ni.. Haha


Yang ni tukang buat. Muka rajin kan?

En Gaban suka koktail ni.. Asyik tambah je. Suka tapi taknak ngaku. Cakap jelah sedap.. Susah sgt ke nak puji. Cuba la puji sikit..

sedapnyaaaa..tak pernah b makan benda sedap cenggini kat malaysia ni tau..buat hari2 ehhh..

Hahahahaha.. Paksaan tu adalah elemen penting bagi memuaskan hati kita sebagai wanita.






Tata!

No comments: