CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 20, 2011

Tak Best Kan Bila Orang Buat Kita Sakit Hati


Entry ni bukan nak cari pasal ke nak carik gaduh ke nak cari masalah ke
Tak.
Entry ni nak meluahkan apa yang aku rasa je.
Kita ni selalunya sebagai manusia suka pk diri sendiri je.
Tak kisah dah pasal orang.
Kita je betul.
Kita je sempurna.
Kita susah atau taknak langsung letakkan diri kita kat tempat orang lain.
Cuba kita pk mcm mana orang lain rasa.
Tak paham?
Mcm ni....

Situasi 1

Aku ni jenis dengki dengan orang.
Takleh tgk orang senang.
Tgk orang pandai lebih sikit dari aku, aku dah tak senang duduk dah.
Tgk orang tu g kerja pakai cantek2 aku dah menggelupur dah.
Kepala otak mula pk mcm mana aku nak highlight kan keburukan minah tu.
Aku kena mulakan tugas menjatuhkan minah tu supaya orang lain tak nampak apa2 yang hebat pun kat minah tu.
Bila ada orang termakan dengan kata2 aku, mula la aku buat kenduri kesyukuran.
Aku puas hati tgk orang lain sama bodoh dengan aku, sama buruk dengan aku.
Lebih jangan. Aku tak suka faham?

Situasi 2

Aku ni jenis bajet bagus.
Apa aku buat semuanya bagus.
Aku jela yang bagus.
Orang lain tak bagus.
Cakap nak bagus je.
Cakap pandai, buat? Takde la bagus mana.
Masuk Asia Bagus lagi bagus la.


Aku asyik dengki dengan orang, buat orang sakit hati, tunjuk bagus padahal hampeh, tak pk pun pasal orang. Janji aku puas hati dapat dengki dengan orang. Kekadang kita tak kenal pun orang tu, belum cukup kenal, kenal gitu2. Tapi kita yakin je dia tu mcm tu mcm ni. Pastu mula la buat cerita, cakap pasal orang tu mcm kita duduk satu perut dengan orang tu.
Orang mcm ni selalunya dikenali sebagai busuk hati.

Tapi.. Kena ada tapi..
Tapi mcm mana kalau satu hari nanti kita lak merasa mcm tu.
Ada orang dengki dengan kita.
Ada orang tunjuk bagus dengan kita.
Sakit hati tak?
At that time baru kita nak amek clorox nak suruh orang tu minum bagi cuci hati dia.
Eh, dulu time kita dengki dengan orang kau lupa lak nak minum clorox bagi cuci hati kau.
Baru kita rasa sakit hati bila orang dengki dengan kita.
Bila orang tunjuk bagus baru kita rasa nak muntah hijau bagai.
Masa kita tunjuk bagus kat orang tak pk lak orang nak muntah usus tgk kita.

Macam tu la kehidupan.
Kita boleh menyampah tgk orang. Tapi kita kena ingat, ada jugak orang menyampah tgk kita.
Kalau kita sibuk nak berdengki dengan orang, ingat.. Tak mustahil esok akan ada orang dengki dengan kita.
Jangan mudah sangat tak suka orang, nanti orang pun mudah tak suka kita.
Sebelum nak cuci hati orang, kita cuci hati kita dulu.

Adik-adik, awak-awak semua..
Kita nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dulu.
Taknak orang benci kita, kita jangan benci orang.
Macam mana hati kau sakit orang dengki dengan kau, mcm tu la jugak hati aku sakit dulu masa kau buat aku mcm2. Dulu la. Dulu. Sekarang aku dah imune. Sekali lagi kau buat hal, aku contact bodyguard aku bagi penampar satu kali berpusing muka saploh kali okay.

Wahh.. Garangnya. Takde lah. Sakit hati kot orang dengki dengan kita.
Sikalang lu pulak sakit hati.. Sama2 rasa lorrr..
Sedapkan rasa sakit hati?
Mcm biskut cicah tempoyak rasanya.


Nikmat.




Tata!

No comments: