CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 2, 2011

Aku bukan budak kecik lagi. Terimalah hakikat ini.

Masa aku kecik2 dulu ibu aku cakap aku degil, degil, degil dan suka melawan. Sampai skrg. Tahap ke'aktif'an aku sampai ibu aku kena tukar susu formula. Alasannya : susu formula tu bagi budak jadi cerdik. Dan aku terlebih cerdik sampai menyusahkan ibu aku. So kena tukar susu formula. Minum susu murah. Padan muka. Tapi dah terlambat. Kesan susu formula tu kekal dalam kepala otak aku menyebabkan aku kekal aktif tahap degil, bijak tahap mulut takleh diam bercakap mcm2. Sampai skrg gak.

Supaya aku tak kacau ibu aku buat kerja kat dapur, ayah aku rakam cerita, kartun termasuk iklan kat TV untuk dipertontonkan kat aku setiap hari. Semua iklan kat TV ayah aku rakam. Pasang pastu aku akan duduk leka kat depan TV. Dah pandai sikit mula mintak kartun pulak. Semua jenis kartun ayah aku rakam gak. Time tu dah pandai pasang video tape sendiri walaupun bru 3 tahun mcm tu.. Ayah aku ajar ' nak play tekan ni, nak forward tekan ni, nak stop tekan ni, nak pause tekan ni, nak kuarkan tape tekan ni ' lama2 memang aku conquer video tape tu. Hahaha





Dah pandai cakap mcm2 mula layan video P.Ramlee. Habis kasut tumit tinggi ibu aku jadi mangsa kerakusan aku bajet Saloma. Time Saloma nyanyi aku pun laju2 amek heel ibu aku pastu ikut menari sama mcm Saloma. Ibu aku jerit2 kat dapur suruh aku simpan balik heel dia. Ingat aku nak dengar? Takdenya.. Selagi tak kena cubit takde makna aku nak simpan. Boleh lak aku jawab ' Saloma pakai kasut tumit tinggi, yun pun kena la pakai. Kalau tak mcm mana nak joget '. Perempuan kaberet sungguh kau kan!




Lepas tu ayah aku ajar tengok cerita Three Stooges pulak.. Semua siri Three Stooges ada. Aku pun tengok sampai lebam. Ibu aku agak lega sebab aku dah tak jahanamkan heel dia. So layan la benda merapu tiga orang comel tu. Yang aku paling geram kat si botak bolat iaitu Curley. Shomel ya ampun. Sampai skrg aku layan cerita ni dengan ayah aku. Boleh pulak ayah aku sms aku bgtau 'three stuges dah start' walhal aku dlm bilik nak start tido dah. Ayah pun dah mcm Moe dah.. Hahahaha.. Oppps! Hari Bapa dekat dah. Hehehe



Ada baru2 ni Ifah bgtau aku, dia pernah dengar Wardina Safiyah bgtau bahawa : kanak2 yang banyak tengok TV perkembangan minda dia terlalu agresif, aktif, imaginasi tinggi, byk tanya.. Kira boleh jadi penyebab anak2 jadi ganas.. Sebab tu Wardina tak bagi anak2 dia tgk TV.. Tak elok untuk perkembangan minda anak. Sila rujuk Bidang Psikologi Kanak2 untuk maklumat lanjut eh.

Patut la perkembangan aku mengarut.. Banyak sangat tgk TV. Bukan takat tgk TV, iklan pun ayah aku rakam bagi aku tgk sampai leka. No wonder aku kuat bercakap, banyak bercakap sampai family dan En Gaban komplen. Huhuhuhuhu.. Bukan salah aku laaaa..

Sekarang ni TV pun aku tak tengok.. Jangan tanya aku pasal cerita kat TV. Kalau aku tgk tu kira untung la.. Iklan kat TV pun aku paling lambat okay. Selalu aku gelak lebih2 padahal orang lain dah tak heran okay. Pastu ayah aku akan cakap ' kakak kau belum pernah tgk iklan ni ke? ' ' belum. dia kan slow '

Ada la kawan aku tanya ' kau dengan En Gaban tak pernah tgk wayang ke? ' Pernah. Sekali. Tu pun member kelab Re-10 yang ajak g ramai2. Tgk cerita Lu Pikirlah Sendiri. Lepas tu takde makna. Aku tak minat. En Gaban? Tak reti. Wahahaha.. Tak reti okay. Malulah yu ni.. Malu ai tauuu.. Hahaha

Tetiba teringin nak layan kartun2 zaman aku kecik dulu















Ibu aku cakap ms dia pregnant kan aku dia suka tgk donald duck ni.
Pastu sebab tu mulut aku bising mcm si donald.
Aku di aniaya. Menci!
En Gaban, jangan cakap pape okay!



Banyak lagi.. Malas dah nak memanjangkan entri. Korang pun mesti suka layan kartun kan? kan? kan?  kan? Bahagianya kalau aku budak2 lagi.. Dari pagi layan kartun sahaja. Nikmatnya.

Terima kasih pakcik google!

Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)
Tata!

2 comments:

chu-E said...

bukan aku dan ina ke yg tanye soklan : ko gan cik gaban x penah tgk wayang ke? huhuhu

Cik Tata said...

ada gak org lain tny..huhuhuhu..aku cukup sedih dgn soalan mcm tu dr dulu..