CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 7, 2011

Azizah Sudah Kawen. Yayyy!

Assalamualaikum

Jiwa dan fikiran tak mampu nak fokus dengan kerja pagi ni. Masih rindukan kampung ( sebab ibu masih kat kampung dengan adik beradik dia ). Rindukan bacaan yasin setiap waktu di sekitar rumah arwah nenek. Rindukan bacaan tahlil di tanah perkuburan nenek. Rindukan sepupu, makcik pakcik yang buat aku gelak tak henti2. Rindukan life kat kampung. Jiwa aku kosong kat sini. Malam tadi call ibu pun nangis2. Ibu aku pun pelik nape la dengan aku nih.. Jumaat ibu balik okay, dah jangan nangis.

Kerja banyak ni. Tapi takleh fokus. Mengarut kat blog kejap la eh. Kawan baik sejak dari tingkatan 5 dah kawen. Alhamdulillah. Azie, jodoh Azie memang tak panjang dengan si dia dulu tu. Tapi Azie dapat yang lebih baik. Itu janji Allah untuk hamba Dia yang bersabar. Tahniah Azie. Semoga kebahagiaan Azie kekal hingga ke akhirat. Semoga Azie jadi isteri solehah. Semoga Azie dapat anak2 yang soleh & solehah ya.

Disebabkan aku sampai lewat, jadi takde gambar menarik aku dapat snap. Apa2 pun terima kasih kepada tukang snap gambar ( En Gaban ). Lepas makan terus jumpa Azie kat meja makan pengantin. Ooopss.. Lupa nak mention.. Fikah my big boss pun ada.. Niyaz comel melampau. Tapi panas punya pasal kesian Niyaz, meragam la dia. Gigit nak?


Korang nampak Norman Hakim tak kat situ? Heeee~


Niyaz leka main kerongsang Azie. Nakal eh Niyaz.. Amboiii~


Niyaz, pandang camera laa.. Tak habis2 lagi dia main kerongsang Azie tu. Haishh..


Mama Niyaz dengan Aunty Sella nak snap pic. Niyaz dukung dengan pakcik Gaban eh.
Okayyy.. Pandai dia.


Kena bagi barang kat Niyaz baru dia leka. Purse aku pun jadilah. Dari dia dok main kerongsang Azie lagi haru. Mcm ni pulak bapak dia kan. Eh?


Sudah panas. Cepat2 balik. Kat FB apasal kawan2 aku dok komen pasal ayah aku? Apa kes korang ni dok usha ayah aku weihh.. Terkejut aku bukak email korang cakap pasal ayah aku mudo remajo segala bagai. Bapak aku memang mcm tu. Rock tua. Oopps.. Selamat Hari Bapa. Kalau berminat nak ayah aku jadi photographer rockers korang contact anak dia eh.. Gua la tu.. Haha..

Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)
Tata!

No comments: