CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 17, 2011

Belajar sabar kalau nak bahagia

Assalamualaikum

Aku bukan orang yang penyabar. Memang bukan. Hubungan aku yang kelam kabut pun sebab perangai aku yang jenis tak sabar. Nasib baik la aku dapat pasangan yang selalu stand by dengan perisai. Kalau dapat yang pegang pedang 24jam? Memang lama hilang dah kepala aku.

Semalam patutnya nak keluar. G beli sesuatu yang penting. Tapi bila sampai masa kena extend pulak. Aku lak jenis kalau cakap nak pergi kedai, wajib pergi. Kalau tak jadi memang aku hangin. Sangat tak penyabar kan? Jadi bila dah sampai masa tapi terpaksa extend aku dah frust dah. Padahal extend je makcik, bukan cancel. Aku bukak puasa dulu. Bagi hilang lapar dan dahaga. Kedai lak tutup pukul 8. Frust lagi. Macam la esok takleh nak g beli.

Dah kul 8 tu kena extend lagi.. Extend,extend,extend baik cancel terus. Tak penyabar kan? Bengang sangat takla.. Tapi dalam kepala otak ni mula la pk bukan2. Dah la tak bagitahu apa punca lambat sangat sampai 2x tunda. Syaiton mula dah hasut. Ish! Lepas berbuka jangan nak jadi ular sawa. Pastu syaiton jadi pengapit. Elok la sangat. Sebelum waktu habis tak reti2? Sejuk sikit hati yang tak sabar tadi. Syaiton pun dah berambus ntah ke mana ntah. Tak jadi nak marah dan nak soal mcm polis.

Kecewa tetap kecewa, sedih mcm la kau nak g kedai Mitsubishi. Bajet nak nangis dah sebab tak dapat g kedai itu. Tapi rupanya dia lagi la kecewa. Terkejar sana sini, semata2 nak bawak jugak aku g kedai itu akhirnya tak jadi. Sampai2 rumah ( rumah dia, bukan rumah aku ) aku lak buat ayat merajuk. ' G lah mandi, solat. ' Bajet nak merajuk. Kau tak tau orang tu kecewa gila tak dapat nak penuhi permintaan kau okay. Cuba sabar sikit.

Dengan penat, lapar.. Hajat nak bawak aku g kedai itu tergendala pulak. Dia kata rasa nak mengalir je air mata. Eh, ingatkan aku je nak nangis. Dia pun sama? Nasib baik aku berjaya tepis hasutan syaiton, cuba sabarkan hati walaupun aku mcm nak nangis kuat2 sebab bengang. Bayangkan kalau aku ikutkan hati.. Nak marah nak merajuk sangat.. Mesti dah berperang dah. Penat terkejar sana sini, lapar, kecewa kedai dah tutup pastu aku ajak berperang. Best kan?

Kan bagus boleh bawak bersabar. Kan dah boleh selematkan keadaan. Kedai emas tu bukannya tutup terus makcik. Emo sangat la kau. Ada masa lagi nak g beli pun. Apa yang kau gedik sangat.. Dah beli kang bukan kau leh pakai terus pun. Tak reti sabar? Sabar sikit boleh kan? Takde la nak berperang. En Gaban dah takde mood nak layan angin merajuk aku. Aku lak bila tau yang dia pun kecewa cepat2 tekan button off mesin merajuk aku. ' tata tak masak sebab ingatkan b balik lambat lagi..tata teman makan kat luar eh..' siyes aku taktau kerja pujuk memujuk ni sebab aku kalau merajuk pun jangan nak pujuk.

Sabar itu membawa kepada ketenangan. A'ah. Aku je yang degil. Lepas ni bawak2 la bersabar ya. Jangan cepat sangat nak soal siasat orang mcm polis pastu ajak gaduh. Bosan tau dengan perangai kau ni. Bosan okay. Sabo jelah.




Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!

No comments: