CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 13, 2011

Berebut Aaron Aziz dengan En Gaban

Assalamualaikum

Minggu ni penuh gila xtvt berlibur sampai penat.. Tetiba dah kena bgn pagi g kerja. Bila masa ari sabtu dgn ahad aku berlalu? Tak bestnya dah habis berhujung minggu. Tetiba aku rasa ruginya hujung minggu aku tak dapat tido lebih. Heeee~

Okay, tak payah ngarut jauh2. Entri ni bertujuan nak promote KL Gangster.. Tetiba lak aku minat nak cakap pasal filem ni apahal? Takde la minat sangat, tapi disebabkan bukan senang nak suruh aku tgk wayang jadi saje gatal tangan nak taip2 pasal wayang. Boleh eh. Okay, firstly citer ni sangat la membuat aku jatuh hati dengan Aaron Aziz. Tiap2 petang TV3 dok pasang pasal Nora Elena tak pulak kau jatuh hati.. Tak pun. Lembik sangat si Seth Tan tu. Tgk Malek lagi syok. Bukan aku je yang jatuh hati dengan Malek ( Aaron Aziz ) tu okay.. En Gaban pun jatuh hati gak tau. Ya.. En Gaban jatuh hati dengan Malek. Sampai ke ari ahad, dok ulang2 cakap pasal watak Malek tu. Kadang2 tu aku pun pelik, dia cakap kat aku ke dia cakap sorang2? Pastu aku terfikir, haruskah aku berebutkan Aaron Aziz tu dengan En Gaban? Erk..

Puas hati la tengok KLG jumaat lepas. Memula aku taknak ikut pun. Tapi disebabkan En Abg Azam cancel, tiket dia aku amek atas nasihat En Gaban. Terfikir gak boleh ke aku nak join diorg ni.. Dah la wayang start kul 10.30pm. Kul berapa aku nak sampai rumah. Sekali takleh ikut padan muka. Minit2 terakhir nak kuar tu baru gtau ayah aku yang aku nk g tgk wayang, lambat balik boleh eh.. Nasib baik boleh. Kalau tak sila tukar baju. Padan muka. Tak rugi la aku balik lewat semata2 KLG. 

Skrip Sofi Jikan jadi ayat kesukaan budak2 re-10 lak skrg ni. Dok ulang2 skrip Sofi Jikan tu. Termasuklah En Gaban. Pening aku. Nak buat mcm mana. Memang skrip dia sedap. Sedap? Macam kek la pulak. Pastu En Gaban nak beli DVD KLG. Sebab? Nak dengar lagi skrip Sofi Jikan dgn Zizan, pastu nak tgk Aaron Aziz. Aku cakap dah. Dia jatuh hati dengan Aaron Aziz tu.. Siyes.


Mamat tu muka je ganas. Ayat dia? Lebih berkesan dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ( watak bomoh jawa tu ). Luv Sofi Jikan!!


Yang tengah2 tu En Gaban punya. Erk??

tenkiu pakcik google

Sikitsikit Abang Long Dil. Sikitsikit Abang Long Dil. Aku dah tak dengar nama lain yang kuar dari mulut En Gaban. Risau lak aku kalau dia asyik meracau nama Abang Long Dil ngan skrip mamat2 gangstar kat atas tu. Harap2 lepas ni dia pulih seperti sedia kala.


Ni bukan ahli kumpulan Dragon mahupun King okay. Tak layak sama sekali.
Abang Long Dil boleh la.. Haha


Macam kat celah2 lorong pun ada. Diorang mcm tgh beli anak ayam kan? Banyak la anak ayam. Tu tunggu Epul la tu. Sesat kat KL? Apakah?


Menyemak kejap takpe kan?


Dia mintak tgk Tranformers lakk.. Aiyooo. Takmau.


Yang ni bukan scene dalam filem ya. Ni aku pun taktau apahal. Berebut air ke, gaduh ke aku pun tak pasti. Aku suh berdiri elok2 main rebut2 lak. Ishh.


Kalau tengok kat blog Cik Rara, katanya KLG ni baru ditayangkan 3 hari dah dapat kutipan RM5juta. Tak rugi diorang kena sepak terajang dalam filem tu.

Malek (Aaron Aziz) : sorry la, aku dah cuci tangan. aku nak carik kerja halal. ( muka suci sgt )
Abang Long Dil (Zizan) : wo, bro.. ayat lu jangan la mcm drama petang2 tu bro.. ( muka gangstar la sgt )





Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)
Tata!

No comments: