CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 9, 2011

Hati suci sang lelaki yang sangat tak suci

Assalamualaikum


Pernah satu masa dulu aku dengar satu kenyataan yang keluar dari seorang lelaki tentang lelaki. Katanya 'setiap lelaki mesti ada tersimpan keinginan untuk berpoligami'. Okay sebelum tu entri ni bukan nak libatkan Salleh Yaakob ya.. Jangan pk bukan2 eh.. Dia dah selamatkan pun. Ni aku nak cakap pasal 'niat'. Niat seorang lelaki.

Semalam, aku terdengar atau memang sengaja nak bagi aku dengar aku pun tak berapa pasti sebab aku memang duduk dekat je dengan dua orang lelaki tersebut. Jadi anggaplah dia memang tak kisah kalau aku dengar perbualan mereka. Puncanya diorang bercakap tentang dewan. Dewan tu besar, ada tempat parking yang banyak dan selesa. Jadi si lelaki mem'promote'lah dewan tu sesuai kalau buat majlis kahwin. Takde apa yang menarik pasal dewan tu pun jadi aku mengkhayalkan diri dengan benda lain. Tetiba aku terdengar lelaki tu cakap

kalau nak kawen biar pilih yang berduit, boleh tanggung kita semuanya. buat apa pilih yang muda takde pape. kan?

Lelaki tu tanya kat kawan sebelah dia sambil gelak jahat ke gatal ke aku pun tak pasti. Kawan dia angguk2 malas. Sengih lebih kurang. Malu nak mengiyakan kot. Ntah. Lepas tu lelaki tu cakap lagi

buat malu jela nanti kalau kita tak mampu nak tanggung dua2. baik carik yang berduit. kan? lagi pun nanti bila ada anak, orang ingat cucu kita pulak.. buat malu je kan..

Lelaki tu gelak lagi. Geli lak aku dengar gelak dia tu. Kawan dia tersengih2 mcm tak berminat pun ada. Kesian. Aku rasa perempuan yang duduk lebih dekat dengan diorang tu lebih rasa loya dari aku agaknya. Aku nak buang jauh2 apa yang aku dengar tu dah takleh dah. Cuba mengkhayalkan diri tentang benda lain pun tak jalan gak. Hampeh tol pakcik tu. Kalau lah isteri dia dengar apa yang dia cakap tu ( tak kisah lah dia main2 ke betul2 ke, tapi tetap tak patut sama sekali ) pasti dan aku amat pasti isteri mesti sedih dan kecewa.

Niat pun ntah apa2. Macam mana orang perempuan nak yakin dengan orang lelaki konon mampu berpoligami. Cakap boleh adil, boleh itu, boleh ini. Aku percaya bukan pakcik tu sorang je yang ada niat ngarut2 mcm tu. Ramai lagi yang simpan niat ngarut2 pasal poligami ni. Kan dah kantoi dia ialah seorang pakcik. Pakcik, pakcik.. Ish3. Wanita, saya tahu anda sedih. Saya juga..




Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)
 
 
 
 
Tata!


No comments: